Ubi Keladi Goreng Pedas - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, December 11, 2023

Ubi Keladi Goreng Pedas

ubi keladi goreng
Ni memang menu sarapan yang rare bagi Mama Yan.
Sepanjang 42 tahun hidup,
Ni kali pertama jumpa menu ni. 
Sedap juga tau korang.

Nak buat pun senang je.
Macam bumbu nak buat nasi goreng,
Tapi nasi tu digantikan dengan ubi keladi

Resipi Ubi Keladi Goreng


Setengah biji ubi keladi
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili hijau
Segenggam ikan bilis
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara membuatnya:

Kupas kulit ubi keladi, bersihkan dan potong sederhaba besar.
Rebus ubi keladi dengan sedikit garam sehingga empuk.
Kemudian toskan dan ketepikan.
Sementara tunggu keladi tu empuk,
Kita bolehla buat bumbu.
Tumbuk cili, bawang dan ikan bilis.
Kalau malas tumbuk,
Blender aje.
Cuma kalau blender ni kena lama sikit tumis untuk keringkan air.
Ataupun pakai food processor pun boleh juga.
terpulang masing masing.
Bila bumbu dah lumat,
Keladi dah empuk.
Tumis bumbu ke dalam minyak yang telah dipanaskan.
Minyak jangan sikit sangat, tapi janganlah banyak sangat.
Agak-agak sepadanlah dengan kuantiti bumbu kita tu.
Lepas tumisan dah garing,
letak garam dan bahan perasa.
Kalau suka pak aji ke,
cukup sodap ke...
Pasti berasa ke...
Boleh la letak juga.
Kalau tak, garam pun dah cukup.
Lepas tu masukkan pula ubi keladi tu dalam kuali,
Gaul rata ke dalam bumbu yang telah ditumis.
Bila dah sebati,
Boleh la matikan apinya.

keladi rebus goreng
Sedap juga dibuat sarapan tau.
Tak rugi cuba.
Kalau suka pedas,
Boleh la tambahkan sikit lagi cilinya.


 

6 comments:

  1. Cukup kenyang buat sarapan, biasanya di goreng atau kukus saja sih

    ReplyDelete
  2. utk peminat ubi keladi, masak apa pun mesti sedap lah

    ReplyDelete
  3. Tak pernah rasa...biasa makan keladi rebus cicah kelapa atau arwah mak dulu buat masak lemak kuning. Itupun sejak arwah dah takde, tak pernah beli keladi sbb tak reti masak 😅

    ReplyDelete
  4. Ok, tak pernah rasa lagi keladi goreng ni. Selalu buat masak asam pedas ja

    ReplyDelete
  5. arwah mama selalu buat guna ubi kayu...keledek tak pernah

    ReplyDelete
  6. Menariiik😍. Saya jadi teringin pula nak buat. Kalau pedas pasti lebih sedap

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad