Alhamdulillah...
MY berjaya menyiapkan langsir untuk kedua dua rumah mak. Mak sendiri dan mak mentua. Yeahh... start tahun lepas menjahit, tahun ni baru siap. Lama kaannn... hahaha...
Yang kelakarnya... MY langsir rumah mentua tu..terbalik. Patutnya warna purple gelap tu depan, tapi MY jahit purple cair ke depan. Lepas tu, tengah tengah jahit. Tak cukup kain. MY tertinggal kira satu pintu...
Ajak suami repeat cari kain yang sama pattern di Kamdar JB. Mula mula beli RM8 semeter, datang kali kedua, tinggal RM5 je semeter. Diorang tengah buat penghabisan stok lama untuk masukkan stok baru. Huhu.... murah betul. Tapi kalau baru sekarang nak beli, tak sempat pula nak jahit. Begitulah ye... ini kita namakan segitiga kualiti vs masa vs kos. Bila kita dapat kos murah, mungkin kita terpaksa bergelut dengan masa yang seterusnya mungkin merisikokan kualiti. Bila kita dapat masa yang panjang, kita terpaksa pula mengorbankan kos harga yang mahal.
Langsir mak MY pun dah siap packing untuk diposkan. Harap harap sampai dengan baik dan cepat ye ke Raub. Jangan melencong atau melepak lama lama pula di warehouse atau transit poslaju tu.
Harap harap kedua dua mak happy dengan pemberian yang tak seberapa ini. Tak tahulah kena ke tidak dengan citarasa. Hihihi... lepas ni nak cari kusyen dan sarung kusyen kat Shopee. Lepas tu nak beli pasu dan bunga hiasan untuk rumah mak. Kita raya betul betul eh tahun ni mak...
Wah, langsir raya dah siap ye...
ReplyDeleteKita pulak tahun ni slow sikit...
Lawa coraknya
ReplyDeleteBestnya MY dapat berbakti begitu pd mak. Semoga selamat tiba langsirnya.
ReplyDeleteyeay..siap dah. alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah, mesti berseri2 rumah mak MY raya tahun ni 😄
ReplyDeleteuntungnya MY pandai menjahit...
ReplyDeletecantik...kaler purple...mesti dua2 mak puas hati terima langsir raya..
ReplyDeletePandai MY jahit langsir. jadilah raya ni ya hehehee
ReplyDeletewahh pandai akk jahit langsir...untung.. sebab sekarang kalau pergi upah orang, mahai betui
ReplyDeleteAtas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.
ReplyDeleteYang benar,
Permaisuri Cuya.
Cantik coraknya... pandainya MY jahit langsir 😍😍😍😍
ReplyDeleteMesti seronok sangat ni mak sendiri dan mak mentua MY dapat kiriman langsir baharu!
ReplyDeletePandainya menjahit.... mak sy pun selalu juga jahit langsir...ada langsir baru dah utk raya
ReplyDeleteSemangat Kak! Cantik warnanya!! Bertuah mak Dan mak mentua dapat.menantu mcm akak ni.hehee..Yess..Raya betul betul 😆👍
ReplyDelete