Ni gambar yang kawan MY kat kampung forwardkan.
Gambar lama.. tak ingat pun pernah ambil gambar kat sini.
Nampak sikit je menara jam yang jadi mercu tanda Bukit Fraser tu.
Kalau tak silap, ni kat depan kedai cenderamata Bukit Fraser ni.
Sebelum bertolak balik, van bawa singgah ke kedai cenderamata ni.
Tapi, cuci mata ajelah.. manalah kami ni ada duit.
Masa ni kami pergi kursus remaja untuk remaja yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sebenarnya kursus ni untuk remaja remaja yang dibawah seliaan JKM.
Remaja dan kanak kanak yang ada kes dan dalam pemantauan JKM.
Ada beberapa tempat kosong, jadi pihak JKM membuka penyertaan kepada remaja lain juga termasuk pelajar orang asli.
Selain itu, ada beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) Raub juga.
Memang JKM nak ada percampuran dari pelbagai lapisan remaja agaknya masa tu.
Itulah kali pertama MY jumpa akak akak dari dari sekolah sains.
So adorable.
Masa tu, MY baru tingkatan 1,
Masa tu, MY baru tingkatan 1,
manakala akak akak dan abang abang sekolah sains tu semua tingkatan 4.
Waktu bengkel dalam kumpulan,
Waktu bengkel dalam kumpulan,
setiap kumpulan kami ada wakil dari akak akak abang abang dari sekolah sains tu.
Masa tu, kagum sangat tengok kepimpinan mereka.
Cara mereka bercakap, cara memimpin kumpulan,
Cara mereka bercakap, cara memimpin kumpulan,
idea untuk pembentangan, semuanya sangat hebat di mata MY.
Dah la wangi, kemas, cerdik, pandai bercakap,
Dah la wangi, kemas, cerdik, pandai bercakap,
serba sempurna di pandangan mata MY masa dulu.
Yelah, kita kan orang pekan kecik je.
Sekolah harian pulak tu.
Yelah, kita kan orang pekan kecik je.
Sekolah harian pulak tu.
Teringinnya nak jadi macam akak sekolah sains tu.
Hahahaha...
Antara yang paling MY ingat,
MY sebilik dengan kawan baik MY sendiri, Wati.
Lepas tu, ada lagi 2 orang peserta sebaya kami yang kami tak kenal.
Kalau tak silap mereka dari Felda Klau.
Lepas tu, ada lagi 2 orang peserta sebaya kami yang kami tak kenal.
Kalau tak silap mereka dari Felda Klau.
Salah seorang dari mereka tu pesalah juvana perempuan.
Tapi takde masalah pun nak berkawan dan bergelak ketawa bersama sebelum tidur.
Kami sebaya.
Cuma dia tersilap langkah sebab ada boyfriend yang dah dewasa.
Cuma yang tak bestnya, ada sorang dua fasilitator yang sangat negatif dengan remaja yang pernah tersilap langkah ni.
Asyik diungkit ungkit kenakalan mereka.
Dikeji macam mereka tak boleh betulkan diri lagi dah.
Padahal kesalahan mereka taklah berat sangat.
Kalau kesalahan berat dah ke Henry Gurney atau tunas bakti dah.
Kami yang pergi dengan pakej memenuhkan kuota ni,
rasa kesian sangat pada mereka.
Apapun,
Semoga kursus yang dihadiri dulu tu ada manfaatnya kepada semua peserta.
Dan semua yang terlibat dengan kursus tu,
Semuanya baik baik sahaja pada hari ini.
Insya-Allah
Ouch..comelnya..
Anak siapa ni???
Omey angat² nih.
ReplyDeleteTak byk berubah sangat muka MY 😁
ReplyDeleteDulu² mmg camtu la kita kan, selalu admire abg² kakak² senior sbb nmpk lawa & berkeyakinan je ...
Baju kurung dan tudung fesyen 90-an.. Kita lebih kurang sebaya je ni.
ReplyDeleteMasih tersimpan fotonya yaaa 😄. Saya ntah kemana foto2 lama masa sekolah dulu 😅.
ReplyDeleteTak suka dengan fasilitator yg menjudge remaja tersalah langkah tadi. Namanya manusia, pasti pernah salah. Terkadang orang merasa dirinya suci sangat, dan menjudge Orang2 yg tak sengaja silap langkah.
Comelnya.. Kenangan yang menarik..
ReplyDeleteTak suka dengan fasi macam tu.. Sepatutnya bagilah semangat supaya pelajar tu berubah.. Bukannya di lekeh-lekehkan.. Tu semua punca untuk semakin memberontak..