Sambal Tumis Kerang dengan Petai - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, January 11, 2024

Sambal Tumis Kerang dengan Petai


Sambal Tumis Kerang dengan Petai

Selamat pagi semua...
Kejap je dah lebih 10 hari kita berada di tahun baru 2024.
Masakan tahun lepas,
Tahun ni baru sempat upload.
Apakan daya,
Banyak urusan yang nak dibuat di tahun baru ni...
Naik je sekolah..
anak anak dah dihidangkan dengan kertas Ujian Akhir Semester.
Kenalah mak apaknya berkorban bersama-sama anak juga..
Banyaklah entry entry yang terpendam di lubuk paling dalam.
Silap silap terus karam tanpa nisan.

Sebagai kenangan,
Tulis la juga resipi sambal kerang yang dicampur dengan 3 papan petai.
Walaupun 3 papan petainya,
namun tidak lah begitu kelihatan mata petainya kerana,
petai muda..
halus halus aje isinya...hihihi

Resipi Sambal Tumis Kerang dengan Petai


Bahan-bahannya:

2 kilo kerang
3 papan petai
2 biji bawang - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 sudu asam jawa extra adabi 
1/4 cawan air
1 senduk besar cili kisar
Minyak untuk menumis
garam
gula

Cara-cara membuatnya:-

1. Masukkan kerang ke dalam periuk bertutup. Hidupkan api. 5 minit kemudian, matikan api, sejukkan kerang dan kopek kerang. Pastikan isi kerang dimasukkan dalam bekas berlubang seperti raga supaya air kerang tidak bertakung.
2. Kopek isi petai, buang kulit ari.
3. Kisar bawang merah dan bawang putih.
4. Tumis bawang merah dan bawang putih dalam minyak yang cukup. Minyak kena lebih sikit. jangan sikit sangat, tapi janganlah banyak macam nak goreng ayam. agak agak sesuailah.
5. Masukkan satu senduk cili kering kisar. MY memang dah sesia cili kisar banyak banyak. Jadi tak dapat nak agak satu senduk cili kisar tu mewakili berapa tangkai cili kering
6. Masak sehingga cili kering dan bawang masak sempurna dan timbul minyak.
7. Bancuh asam jawa extra dengan suku cawan air. Masukkan dalam tumisan.
8. Masukkan kerang dan petai.
9. Tambah garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
10. Akhir sekali, boleh matikan api selepas garam dan gula mesra rasa.


sambal tumis kerang petai
Dah siap dah MY masak sambal tumis kerang + petai.
Taklah susah sangat pun.
Kalau nak tambah bawang hiris kasar pun boleh juga.
lepas masukkan garam gula tu,
Masukkan bawang hiris.
MY tak makan bawang, sebab tu tak letak.
Nak letak belacan pun boleh, kisar sekali dalam bawang tadi.
Terpulang kepada citarasa masing-masing sebenarnya.

Kalau nak pedas sikit lagi pun boleh,
Pastikan beli cili kering yang jenis pedas.
MY beli cili kering yang kurang pedas.
Anak anak tak kuat makan pedas.
MY dan suami pun tak boleh makan pedas sangat.
Sakit perut.
Jadi walaupun merah menyala,
sebenarnya ia taklah pedas sangat.
just nice.

MY dulu suka kerang rebus je..
cicah sos + kicap.
Sekarang je barulah ada kepelbagaian masakan kerang... hahaha..
dulu dulu,
tak banyak majalah dan blog masakan..
Jadi tak tahu sangat bab resipi dan masakan negeri lain.
Bila dah dewasa,
dah banyak berjalan, banyak membaca, melihat dan mendengar,
Barulah terbuka mata untuk mencuba kepelbagaian resipi dari tempat lain pula..
Nak beli kerang lagi lah esok... 
Tahun ni belum jumpa kerang lagi..hihihi...



 

9 comments:

  1. Nampak sedap tu MY. Puas bila tengok sambal macam ni. Pekat, cukup sifatnya gituh. Nanti Tini nak cuba buatlah tapi tu lah pulak, kita sorang je pemakan kerang, incik suami dan anak-anak tak berapa gemar kerang. Takpe, cuba tetap cuba kannnnnn.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya sambal tumis kerang, lagilah ditambah petai.
    Balik Malaya hari tu puaslah dapat makan kerang rebus, kerang bakar dan sambal tumis kerang makan dengan nasi lemak.

    ReplyDelete
  3. Belum pernah campur petai dlm sambal kerang. Nampak sedap, nanti nak try gak. Cuma nak dapat kerang elok tu susah nau :(

    ReplyDelete
  4. sedapnya,..kalau MA..sambal kerang suka hiris daun kunyit sikit.. sbb x makan petai.. he he he

    ReplyDelete
  5. Oh, tak pernah lagi letak petai dalam sambal kerang. Mesti sedap, kerang yg kenyal digandingkan petai yang rangup.

    ReplyDelete
  6. sedapnya MY, petai mmg paberet dipadankan dengan kerang pulak mmg ngam choi

    ReplyDelete
  7. Sedapnya...kalau SA buat kering2 ni...aduhai masuk sini confirm teringin

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad