Terapi Mijan di IndeBrain - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, January 24, 2024

Terapi Mijan di IndeBrain

Semalam bawa Mijan ke kelas terapi cara kerja.
sesi terapi Mijan mula pukul 9.30 sampai 10.30,
Jadi kami keluar pukul 8 pagi dah sampai Taman Impian Emas sebelum pukul 9.
Bawalah Mijan sarapan dulu,
Macam biasa..
Nasi lemak kosong dengan ayam goreng.

Mama Yan makan apa?
Nasi lemak + kopi o ais je..

Beginilah rupa nasi lemak bungkus sarapan Mama Yan.
Sedap ke?
Hmm.. biasa je.. rasa nasi lemak standard.
takde apa yang luar biasa pun..

Mama Yan menunggu la sejam kat sini,
Ni kelas terapi Mijan kali kedua,
Kali ke tiga datang sini,
Kali pertama tu datang untuk buat assessment.

Semalam cikgu ada tunjukkan hasil untuk 2 kali terapi,
Mijan takde masalah yang teruk,
cuma ada sedikit masalah behavior katanya.
Agak playful juga.
Dia nak buat benda yang dia nak buat je.
Dia tak nak bercakap kalau kita tak tanya.
Tanya pun nak kena ulang banyak kali.
Dia tahu jawapan,
Tapi taknak cakap.

Kemudian, dia boleh menyalin tulisan,
tetapi menolak untuk menulis huruf kecil.
Semua dia convert huruf besar..capital letters.
teacher OT dia kata,
Maknanya dia kenal semua ABC besar dan kecil,
cuma dia suka tulis huruf besar mungkin sebab huruf kecil lebih banyak curve berbanding huruf besar.
Dia juga boleh mengira 123.. Tapi dah kira taknak sebut jawapan.


Oh ya.. nama tempat ni IndeBrain Theraphy Centre,
terletak di Taman Impian Emas, Skudai.
Ni kawan suami yang rekemen.
dia kata dalam banyak banyak tempat terapi dia hantar anak,
ni tempat paling bagus.
Jadi kami try la hantar Mijan kat sini.
Harap harap ada perkembangan yang lebih baik lagilah di masa akan datang..




 

2 comments:

  1. Insya-Allah...semoga dipermudahkan urusan MY

    ReplyDelete
  2. Saya doakan ada improvement untuk mijan ya kak 🤗. Salut dengan ahli terapi yg handle anak2 . Karena pastinya dibutuhkan kesabaran dan skill untuk bisa connect dengan anak2. Tak mudah itu ❤️

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad