Tumis Pucuk Paku - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, January 24, 2024

Tumis Pucuk Paku

Kalau pergi pasar,
Suami MY biasanya akan pilih sayur sayur kampung,
Dia memang kurang gemar dengan sayur tanah tinggi macam kubis, brokoli, lobak semua tu.
Tekaknya lebih ke arah sayur hutan, tanah pamah dan paya macam pucuk paku, pucuk ubi, kangkung dan lain lain lagi.
Sejak kahwin, ada banyak jenis sayur yang MY baru kenal,
Luasnya lah dunia ciptaan Allah,
Sayur sayuran kat Malaysia aje pun kita belum habis jumpa atau kenal,
Belum tempat tempat lain lagi.

Pucuk paku bukan saja boleh tumis macam MY buat ni,
Boleh juga dimasak gulai lemak dan dibuat kerabu.
Kerabu pun macam macam rencah kerabu digayakan.
Ada yang campur kerang, ada yang campur perut lembu, ada yang campur isi udang..
Sesuai nak digayakan dengan cara moden mahupun tradisional.

Tumis Pucuk paku

Resipi Tumis Pucuk Paku 


Bahan-bahan:

Satu ikat pucuk paku
3 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis
5 tangkai cili padi
2 sudu makan taucu
Setengah cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara masak :
 
Mula mula siang pucuk paku dulu.
Petik daun dan batang yang lembut sahaja.
Basuh dan toskan daun pucuk paku.
Tumbuk cili, bawang, dan ikan bilis. 
Tak payah hancur luluh berdebu sangat.
Tumbuk kasar pun sedap.
Tapi kalau nak blender halus pun boleh,
Nak hiris aje pun boleh,
Ikut selera dan tahap kerajinan masing masing.

Panaskan sedikit minyak,
Kuantiti minyak tu, tengoklah kuantiti bahan tumis kita,
Anggarkanlah agak agak bahan tumbuk tu boleh ditumis,
Masukkan bahan bahan tumisan tu dalam minyak,
Tumis sehingga naik bau,
Masukkan sedikit garam dan taucu,
Kacau rata.
Taucu ni opsyen sahaja.
Kalau takde, tak payah letak pun takpe.
Tapi MY suka letak taucu.
Cuma MY tersalah beli,
Terbeli yang hancur yang macam paste tu,
Patutnya beli yang ada biji-biji tu sikit

Masukkan pula sayur pucuk paku dan sedikit air, 
Air ni untuk pastikan sayur kita masak rata,
Gaul rata dan masak sehingga sayur lembut ya.
Sedap dimakan panas panas bersama nasi sejuk pun ngam.
Selamat mencuba..

 

11 comments:

  1. suka sayur2 kampung mcm ni.. nak masak sbb makan sorang je memang jarang la, but kalau makan kat luar memang cari sayur2 kampung mcm ni...sedappp

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka sayur kampung. Dapat sayuran hutan tu memang sedap macam pucuk paku ni, favourite betul. Masak apa pun sedap.

    ReplyDelete
  3. Favorite si Kakak, nak² bila buat masak lemak...
    PH suka kerabu, ratah pun onz

    ReplyDelete
  4. kat kampung kami panggil ini pakis perak, kalau yang pakis biasa merah tu panggil pakis je... sedap ni buat tumis gini

    ReplyDelete
  5. Pakis jenis ni kami panggil pakis tanjung.

    ReplyDelete
  6. Sayur ini sedap.. Tak kisahlah masak apa pun.. sedap je..

    ReplyDelete
  7. Alaaaa...kenapa tayang benda kita suka ni...dh teringin dh ha..

    ReplyDelete
  8. Pucuk paku di kampung saya di Sibolga banyaaak sangat. Di jakarta, sayur langka dia 🤣. Dah lama tak makan sayur ini. Padahal saya sukaaa sangat. Biasa dimasak gulai hijau Ama mama

    ReplyDelete
  9. masakan macam ni feveret kami ni... sedap teramat..

    ReplyDelete
  10. Ya inilah kehebatan orang indonesia paku aja bisa dijadiin tumis,,,mana keliatannya enak lagi,,,

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad