10 Makanan Viral 2023 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, February 22, 2024

10 Makanan Viral 2023

Berikut adalah 10 jenis makanan yang viral sepanjang tahun lepas.
Populariti makanan ni,
Bukan sahaja memberi banyak keuntungan kepada foundernya,
Tetapi juga kepada para suri rumah,
kepada suami dan anak anak juga..
Sebenarnya, ada yang viral lebih awal dari tahun 2023,
Ada yang baru je viral,
Tapi sebab nak cukupkan 10,
Kira halal la masuk dalam senarai 2023 ...
Daripada senarai ni..
Bearapa banyak dah yang pembaca cuba buat atau beli?
Atau semua yang dalam senarai di bawah, telahpun dicuba.


1 . Donut Red Velvet

donut red velvet viral

Tak tahu la berapa banyak resipi donut red velvet yang Mama Yan dah save, 
Tapi belum sekali pun MY pernah buat…
Beli pun tak pernah.
Bukan apa.. tiap kali nak beli mesti tak jadi sebab rasa ngeri dengan warna merah dia tu.
Tu yang tertahan-tahan rasa nak buat atau nak beli tu.


2. Sambal nyet

sambal nyet berapi kena ciplak
Sambal Nyet Berapi KhairulAming ni ada pengikutnya yang tersendiri.
Mama Yan belum pernah beli lagi,
Kalau setakat nak makan sambal kat rumah,
MY tak perlukan sambal nyet yang dibeli pun.
Skill MY buat sambal,
Rasanya lebih hebat dari Kerol ahmeng… hahaha
Mungkin la akan beli kut kut nak bawa bercuti ke,
Berkelah ke..
Sebab kalau sambal buat sendiri, cepat basi.
Yela.. kita mana ada kerajinan nak retort makanan kita kat rumah,
Punya la viral sambal nyet ni,
Sampai hari tu kecoh ada yang copy sambal ni…
Hebak mu Ming!


3. Nasi Arab Chef Amar

nasi arab chef amar
Yang ni boleh kata tiap kali Ramadan akan ada la episod beratur gerai bazar Chef Amar.
Padahal kalau nak makan,
Boleh je makan secara aman dan tenang di Restorannya.
Tapi biasalah… itulah dugaan berpuasa namanya.
Selain dari Nasi Arab Chef Amar,
Kita juga dilanda viral Nasi Pakistan No.1 Batu Pahat dengan Lamb Shank nya...
Haaa...
Apa lagi..
Lepas makan masing masing ber Mas muka? Kaifa haluka?


4. Kek Tapak Kuda

Walaupun viral,
Tapi belum sekali pun MY terjebak untuk mendapatkn Kek Tapak Kuda ni.
Bukan tak teringin, nak sangat sangat makan,
Tapi, takut bacaan gula dalam darah MY ni naik ke puncak dan seterusnya ke angkasa.
Lebih lebih lagi bila tengok inti kek tapak kuda tu penuh berlanar… 
Jadi MY belum ada rasa nak makan kek tapak kuda ni.
Mesti sedap kan..?
Begitulah orang ada penyakit...
Nak makan apa apan pun kena tapis dan tepis.
resipi kek tapak kuda

Tapi bila sebut tapak kuda ni,
Teringat pula...
Rumah yang kami beli ni,
pada pintu masuk depan dan belakang,
Ada terpaku ladam kuda.
Kami tak perasan bila tukang cat main sapu je cat atas ladam kuda tu.
Tahu pun sebab tukang buat wayaring lampu (wiring) tegur,
tangkal ladam kuda

Dia kata ni tangkal ni.
Ada la kepercayaan sesetengah bangsa yang kalau letak ni kat pintu masuk,
nanti akan bagi kekayaan dan kemakmuran kepada penghuninya.
Cepat cepat suami kopek dan campak dalam tong sampah ladam kuda tu.
Dalam gambar atas tu masih ada kesan lepas kopek buang,
Belum sempat nak cat semula.

5. Cromboloni


cromboloni sedap

Katanya… cromboloni ni hasil inovasi dari resipi croisant yang digabungkan dengan bomboloni. 
Bomboloni tu guna doh donut pastu picitkan inti dalamnya kann..
Melawan hukum donat sejagat.
Donat patutnya inti udara, 
tapi memandai mandai orang sekarang buat donat inti jem la, kastad la, natela la…
Yang ni MY takde keinginan pun nak rasa.
Lidah dan tekak asli Melayu,
Takde la heran sangat dengan bomboloni, croissant, cromboloni, bagels dan segala jenis English pastries ni.
Pastri kegemaran kami karipap pusing je…hehehe


6. Daging Dendeng

resipi dendeng nyet berapi viral

Daging dendeng versi viral ni lain sikit daripada versi yang MY kenal dulu dulu.
Masa MY kerja dulu.
Selalu juga makan lauk daging dendeng di Restoran Nasi Padang,
Persamaannya daging di rebus kemudian di tumbuk supaya lembut. 
Rasanya dendeng Padang takde perap dengan kicap,
Nampak merah aje… tak nampak hitam punnn 
MY dah banyak save recipe dendeng ni..
Nanti nanti adalah entry daging dendeng MY…
Suami MY dah belikan daging dan dah forward video masakan dendeng.
Bila entah nak masaknya...


7. Donut peach

Yang ni takde resipi apa apa sebab donut peach ni bukan sejenis donut,
Ianya sejenis peach.
Masa tengah viral,
Bukan main mahal lagi harganya.
Sekali dah melambak sampai bonyok tak laku,
Takde siapa pun nak beli.
Benda tak tahan lama ni tak payah la jual mahal mahal sangat.
Kalau durian, boleh juga orang buat tempoyak,
Kalau buah buah import ni,
Hmmm…bila sah lebam lebam takde yang nak beli dah.
Orang pun jenis makan sekali je untuk follow trend dan rasa,
Kalau dia nak repeat pun,
Bukanlah dan dan masa tu juga

donut peach


8. Kaswi gedik

Haha… penangan nak buat kaswi gedik,
Dah dua kali Mama Yan beli kapur sirih.
Kali pertama tu,
Kapur tu habis buat cuci babat lembu,
Pastu beli lagi kapur,
Acah acah nak buat kaswi gedik,
Sampai sekarang bekas kapur tu belum buka.
Sesekali MY beli aje,
RM 2.50 dapat 4 ketul.
Mahal juga la.. Tapi kalau tak rajin nak buat,
Kira murah la tu..hahaha
resipi kaswi gedik
Gambar dirembat dari FB Lynda Hunny - sepupu suami yang merupakan tokey kuih muih .
Sedap sedap kuihnya.

9. Punten

resepi punten jawa

Gambar dari FB Norazlin Nordin - mentor Hai-O
Ni salah satu daripada makanan tradisi masyarakat Jawa.
Tapi mak mentua MY tak pernah buat punten ni,
Jawa Selangor punya tradisi kut,
Bukan Jawa Segamat,
Punten ni diperbuat dari beras yang ditanak dengan air + santan + garam + barang sesudu dua minyak.
Lepas dah nasi dah masak,
Masa tengah panas-panas tu,
Lenyekkan dan kepal kepal bagi bentuk bentuk lonjong.
Makan pula cicah dengan sambal hijau ikan bilis.
Huhuii...
mesti sedap kann..
Malasnya nak buat...
Tapi teringin nak rasa..
Apa apa hal,
Save resepi dulu


Resipi punten


2 pot beras
6 pot santan (santan kotak + air pun boleh)
Garam secukup rasa
Sedikit kelapa parut (Jika suka)


Cara Penyediaan:
Cuci beras sampai bersih,
lepas itu masuk santan, garam, kelapa parut.
Masak macam masak nasi lemak, cuma lebihkan airnya.
Lepas tu bila dah kering airnya, matikan api.
Kacau dan kaup balikkan.
Ambil botol, sarung dengan plastik bagi dia mudah untuk menumbuk bagi lagi tekstur lumat.

Dah lumat, kepal-kepalkan bentuk ikut suka.
Boleh juga alas talam atau loyang dengan daun pisang.
Lepas tu tuang je yang dalam periuk atas tu dan ratakan.
Kemudian, sejukkan. Dah sejuk baru potong ya.

Sambal bilis hijau:
Sengenggam cili api hijau.
Nak pedas tambah lagi lah.
7-8 biji Bawang merah
3-4 biji Bawang putih .
1 genggam Ikan bilis kisar sekali.
1 genggam ikan bilis masuk masa masak
Sedikit belacan jika suka.
Garam dan gula secukup rasa.
Asam keping dalam 1-2 keping.

Masak semua dan bila dah masak bolehlah digandingkan dengan Punten tadi.

Kredi resepi : Facebook Mariyati Miskon


10. Kieda crepe

Puas MY fikirkan apa lagi nak letak untuk cukupkan 10 ni…
Yaa… Kieda Crepe
kieda crepe penang viral
Walaupun MY tak pernah lagi makan crepe atau krepe ni semua,
Apalagi kalau Kieda Crepe yang jauh di Penang sana,
Tapi bila tengok gemuk montel crepenya..
Mesti sedap dan puas hati kalau dapat makan sebekas tu.
Crepe ni ada banyak jenis inti yang boleh dibuat.
Tapi yang paling glamour mestilah Durian Crepe kann…
MY pula tak makan durian…
mungkin itulah faktor MY tak pernah terfikir nak merasa makan crepe ni.






7 comments:

  1. Ada yang dah try, ada juga yang belum. Lamb shank tu belum.

    ReplyDelete
  2. punten dengan dendeng tu kan baru tahun ni viral MY eheheheh

    ReplyDelete
  3. first time kenal punten tu masa anak belajar kat Sg Besar tahun 2019, tup-tup viral tahun lepas. Ni makanan Jawa kat area Selangor. Dah rasa sambal nyet sebab anak beli :)

    ReplyDelete
  4. daripada 10 tu...hanya punten je yg ammi dah makan. kalau yg manis2 tu ammi buang dari senarai terus jelah

    ReplyDelete
  5. Uishhh saya duudk dalam gua ke hahhaa.. semua makanan di atas saya tak pernah rasa apatah lagi membeli nya hahahaha :D

    ReplyDelete
  6. punten, chef amar dgn rendang nyet sy tak try lg
    lain2 semua dah try
    hehehe

    ReplyDelete
  7. Pernah merasa donut peach dengan kuih kaswi je. Yang lain jenis berebut, susah nak beli malas nak difikirkan. hihi...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad