Amputated cat leg | Potong kaki kucing - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, February 27, 2024

Amputated cat leg | Potong kaki kucing

Kucing Baru Mama Yan yang diceritakan dalam entry Kucing Baru,
Kaki belakang sebelah kirinya terpaksa dipotong kerana cedera.
Mama Yan ralat sangat sangat sangat…
MY balik kampung,
Tengok tengok masa balik rumah, 
Kaki dia dah bengkak.
Puas dah MY cari punca,
Seharian MY mengadap rekod CCTV,
Tak nampak pun puncanya.
Hari Khamis nampak dia masih melompat lompat main.
Hari Sabtu pagi nampak dia cuba nak lompat naik atas bangku tempat dia selalu tidur,
Tapi tak boleh.
Hari Jumaat,
seharian tak nampak bayang dia dalam CCTV.
MY yakin kejadian berlaku hari Jumaat,
Mungkin luar pagar yang CCTV tak cover.

Pagi semalam MY bawa ke klinik Medicat TamanTeratai, 
Doktor kata tak boleh buat apa apa dah sebab dah ada infections yang boleh bahayakan nyawa kucing tu.


Cat leg amputation
Kesian dia…
MY baru plan nak bawa dia pergi spay minggu ni.
Tapi tak jadi.
tunggu lepas sebulan baru boleh bawa untuk spay.

Cat leg amputation
Ni kaki kucing MY yang dah diamputasi.
Bahagian peha tu doktor kata patah,
Dan dah ada jangkitan kuman.


Cat leg amputation
Dah takde satu kaki,
Inilah kucing Mama Yan yang paling istimewa.
Datang menyerah diri kat rumah.
Lepas tu,
Jadi Kucing Kelainan Upaya pula…
Alaa..sedih laa..

Kami belum ada nama rasmi dia lagi.
MY nak letak nama Omei je..
Anak anak taknak.
Nak letak nama yang rare,
Lagi pelik Mijan panggil Ankun.
Ada juga yang nak letak nama Nezuko.

Kos untuk amputasi ni RM500.
Tambah dengan duit makan, duit warded, ubat, ada la dekat RM700 juga.
MY cuma harap kucing ni cepat sembuh je.
Cepat sesuaikan diri dengan keadaan diri sebagai kucing kelainan upaya..
Ralat sangat rasanya..
sob sob sob

 

8 comments:

  1. Allahuakbar...
    ngeri pulak tengok kaki yang dah dipotong tu...
    mesti kucing tu menahan sakit...kesian nya dia..
    moga cepat sembuh ya, dan moga kucing dapat menyesuaikan diri nanti...

    ReplyDelete
  2. Allah... siannya dia MY, takpe jnji MY bg dia sokongan... insyallah dia akan ok, salam peluk cium utk omel tu ye

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar, kesiannya dia dgn kaki sebelah tu, moga dia cepat sembuh dan kembali cergas walau berkaki satu

    ReplyDelete
  4. Kakaaaaaaak, menangis saya lihat nya 😭😭😭. Kasiannya diaaaa... Ya Allah, semoga cepat pulih lagi kucing kakak ini yaa. Semoga cepat hilang sakit Krn amputasi itu 😭.

    ReplyDelete
  5. Alahaiiii kesiannya dia.
    Semoga cepat sembuh wahai kucing yg belum bernama

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar...sedihnya. Memang ralat rasanya. Tapi ini dah kira membantu dia juga KakYan. Semoga luka cepat sembuh dan dia boleh adapt teruskan hidup tanpa satu kaki.

    ReplyDelete
  7. Apa agaknya yg terjadi kpd Ankun ya, MY? Kesian dia.. sedihnya. Teringat kucing kita sekor rupa macam Ankun ni yang terpaling manja.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad