Buffet Ramadan Dari Dapur Selasih Persada Johor - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, February 20, 2024

Buffet Ramadan Dari Dapur Selasih Persada Johor

Buffet Ramadan Johor

Buffet Ramadan 2024, Dari Dapur Selasih at Persada Johor.

Iftar & Moreh bermula 13 March 2024 hingga 8 April 2024.

Harga Early bird (15/2 - 10/3/2024) :
Dewasa : RM88
Kanak- kanak: RM44
Warga emas: RM44

Harga Biasa:
Dewasa: RM100
Kanak-kanak: RM50
Warga Emas: RM50
*Sumbangan RM2 kepada Tahfiz terpilih dari pakej dewasa*

Apa yang istimewa di sini,
Majlis buffet bermula jam 6.30 petang sehingga jam 11 malam.
Ya.. sampai 11 malam. 
Tak payah terkejar kejar nak balik untuk Isyak dan Terawikh kerana,
Solat terawikh 8 rakaat akan turun diadakan di Persada Johor nanti.
Azan akan dilaungkan oleh anak anak sekolah tahfiz..
Lepas habis solat Terawikh,
Boleh sambung semula makan dengan nama moreh pula.

Untuk tempahan boleh hubungi nombor telefon di bawah ya:
👉Hakim  0197079858
👉Razib  0184745772
👉Zamri  0127390068
👉Azreena  0174619440
👉Rashul  0132292240


Buffet Ramadan Johor
Mula mula kalau berbuka,
mestilah cari air dulu...
Ada air keladi, sirap selasih, asam boi, jagung, Bandung, Milo ais, kopi panas pun ada...

Buffet Ramadan Johor
Sup tulang merah ni salah satu daripada juadah teristimewa yang dihidangkan Dari Dapur Selasih.
Bawah kawah tu sentiasa ada api kecil ya..
Jadi, sup ni sentiasa dalam keadaan panas. 
Jangan risau..
Tak muak.


Buffet Ramadan Johor
Tudung ni bikin spoiled tau.
Langsung taknak bagi kerjasama.
Ni lah antara time dia menjadi.
Dah la suami MY banyak ambil gambar candid.
Muka termuncung,
Tudung terkepek,
Kita bawak dia supaya jadi personal photographer,
Tapi semua gambarnya tak semenggah.
Nak kena potong elaun ni..hahaha 


Buffet Ramadan Johor
Kawasan manisan ni sangatlah menggoda iman kita tau awak.
Macam macam jenis manisan ada..
Memang meleleh lagi mengences tengok pelbagai jenis manisan dalam gelas gelas comel je.
Semua Mama Yan suka.
Bagi orang yang sihat, ni memang syurga tau.
Macam macam perisa dan warna puding ada.
Kek comel comel pelbagai perisa pun ada.


Buffet Ramadan Johor
Ni pulak syurga wong Jowo macam suami MY.
Jauh jauh datang berbuka puasa buffet,
mesti dia nak try lempeng.
Hadehhh...


Buffet Ramadan Johor
Ni jemput jemput sayur.
Memang unik.
Kacang panjang goreng dan brokoli goreng.
Oh ya..
Ada durian goreng juga.
Lupa nak ambil gambar durian goreng.
Suami MY ambil dua ketul durian goreng.
Lepas tu,
kata sedapnya..
Kali pertama rasa durian goreng ni.
Rangup di luar...
Durian fresh di dalam..
"Ma..tolong ambikkan lagi. Segan pula nak repeat ambil"
Lerr.. macam la orang perasan kalau ambil dua tiga kali pun.
Yang goreng goreng ni,
tempat dia luar dewan tau.
Jangan tak pergi explore ke bahagian luar..
Rugi...
Ada aiskrim goreng dan ada apam balik garing juga.


Buffet Ramadan Johor
Bubur lambuk kat sini ada bubur lambuk ayam dan bubur lambuk daging,
Dua dua pun kegemaran MY.
Tak kisah buka puasa kat mana mana pun,
memang wajib ambil.
Bukan tak boleh buat sendiri..
Boleh buat sendiri bubur lambuk ni,
Tapi anak anak MY tak makan bubur yang sarat dengan rempah dan berlauk ni.
Diorang makan bubur ayam style mekdi tu je.

Bubur lambuk ni menggamit memori puasa masa Mama Yan kecil kecil dulu.
Zaman dulu,
Mana ada mangkuk plastik jernih tu ,
Agihan bubur lambuk di surau kampung MY,
Kena bawa bekas sendiri.
Kami rakan rakan sebaya pun berjalan kaki la ke surau,
beratur ramai-ramai ambil bubur lambuk petang petang..
Bawak tupperware mak,
Zaman dulu pun tak banyak tipuware,
Semua tupperware original.
bawak tupperware dan plastik sendiri siap siap.
Jadi sampai ke besar macam ni,
Bubur lambuk tu jadi menu wajib buka puasa.
eh bukanlah hari-hari buka puasa bubur lambuk,
Maknanya, dalam satu bulan puasa tu,
Nak kena la ada satu hari cari bubur lambuk buat buka puasa

Buffet Ramadan Johor
Apa lagi keistimewaan berbuka di Restauran Selasih Persada Johor ni?
Nasi beriani dan kambing kuzi laaa...
Ni first dish yang Mama Yan ambil.


Buffet Ramadan Johor
Ni bahagian kerabu.
Kerabu sotong ni memang terbaik.
cukup dengan rasa.
MY nak try la buat sendiri kat rumah nanti.
Kerabu sotong taruk suhun..
ada macam macam lagi kerabu kat sini...
Semua nampak menyelerakan.


Buffet Ramadan Johor
Yang ni orang bandar panggil kerabu daun selom.
Tapi MY panggil urap.
Memang kesukaan MY ni.
Ye,,gambar gambar dalam ni,
Banyaknya kegemaran MY aje..hihihi...
Gambar makanan yang lain,
Banyak dalam Facebook MY.


Buffet Ramadan Johor
Kuih muih ada pelbagai jenis sebenarnya,
Tapi letak gambar satu aje la..
Macam biasa.. MY pilih gambar makanan kegemaran MY.
Ada kuih lapis, kuih seri muka, kuih talam, dan kuih bakar.


Buffet Ramadan Johor
Mi goreng style pasar malam

Buffet Ramadan Johor
Suami MY kata..
Ni lah baru sate katanya...
Ada sebelum ni pergi berbuka kat mana entah..
Sate hangus rentung sebelah...
Boleh makan separuh je...
Tapi yang kat Cafe Selasih Persada Johor ni,
Sate dia memang terbaik.
Rasanya, stall sate tu dia panggil betul betul punya orang meniaga sate.
Lembut, cukup masak tapi tak terlalu kering,
Dagingnya gebu gebas,
Bukan kulit atau lemak keras ketung.


Sebenarnya ada banyak lagi makanan yang tak MY muatkan dalam ni.
Tak larat nak cuba semua.
Ada sup berempah yang boleh dimakan bersama mi, mihun, kueteow dan mi kerinting.
Sup berempah tu juga boleh kalau nak letak daging, tetel, ekor dan babat juga.
Tak ketinggalan dengan kondimen wajib warga Johor kalau makan sup,
Ada sambal kicap sekali.

Ada Laksa Johor juga.
Kata berbuka puasa kat Johor kan..
Wajib lah ada Laksa Johor.
Pasta pasta pun ada juga.
Dihidangkan panas panas.
Ada kuah bolognese dan carbonara juga.

Tak ketinggalan juga ABC, murtabak, kebab, buah buahan, rojak buah, aneka sambal serta ulam ulaman. Eh.. Macam-macam lah ada...
Ni pun dah tak termakan dah ni.

Harga buffet kat sini pun nampak mampu beli,
Jadi, apa lagi..
Moh la kita..
Beli awai tak kalut.
Harga early birds tu sah dari 15/2/2024 sehingga 10/3/2024 je tau...






8 comments:

  1. Huish awal dah start buffet Ramadannya.

    ReplyDelete
  2. waahhhhh juling mata tengok semua juadah hehe

    ReplyDelete
  3. Dia dah datang....hehehe review Buffet Ramadan. Kalau ke sini saya akan cuba sup tulang merah dan bubur lambuk tu. Cucur pun nak try juga....

    ReplyDelete
  4. Macam-macam ada, kira berbaloilah dengarn harga yang ditawarkan tu kan. Hihi..jangan potong elaun nanti pasni tak ada personal photographer pulak.

    ReplyDelete
  5. Uishhh sup tulang merah tu nampak menyelerakan betullah ... boleh try ni..

    ReplyDelete
  6. Wah..boleh la riki2 early bird kat sini..mana la tau nak berbuka dengan suami kat JB

    ReplyDelete
  7. Ramadhan tinggal menghitung hari, menu"puasa sudah mulai tersaji

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad