Daging Kambing yang MY sah siap rebus empuk ada lagi dalam fridge,
Jadi kali ni Mama Yan nak masak gulai kawah daging kambing pula,
Belasah la ye…
Kita buat dia…
Mama Yan gunakan rempah gulai kawah warisan nenda yang biras MY bagi masa raya haji tahun lepas.
Resepi Gulai Kawah Daging Kambing
1/2 kg daging kambing - rebus empuk
1/2 bungkus rempah gulai kawah ~ 25 gram
1 biji bawang merah sederhana besar - kisar
3 ulas bawang merah kecil - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 sudu makan cili kering kisar / cili boh
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 biji kentang potong kecil
Garam dan gula secukup rasa
1 kotak santan 200ml
2 cawan air
Sedikit asam jawa dilarutkan dengan air
1 sudu kerisik (takde takpe, gwenchanayo)
Minyak untuk menumis dalam 3 sudu
1 tangkai daun kari - opsyen
Cara menyediakan gulai kawah daging kenduri
Mula mula, hiris daging ikut saiz yang dikehendaki dan rebus daging hingga empuk.
Lepas tu, kisar bawang, bawang putih dan halia.
Panaskan minyak,
Masukkan rempah tumisan 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih)
masukkan daun kari,
Masukkan pula bahan kisar,
Tumis sehingga naik bau.
Masukkan pula cili kisar.
Kalau nak pedas tambah lagi cili kisar.
Kacau sehingga timbul minyak atau sehingga cili kering masak.
Kalau tak cukup minyak, sila tambah lagi.
Masukkan ubi kentang dan air.
Biarkan ubi kentang empuk.
Masukkan daging yang telah direbus empuk.
Masukkan garam
Akhir sekali. masukkan santan kotak dan biarkan mendidih.
Kalau ada santan segar, lagi bagus.
Masak sehingga santan mendidih.
Masukkan air asam jawa, gula dan kerisik.
Kacau sebati dan rasa.
Kalau kurang rasa, tambahlah garam gulanya.
Okay… dah siap dah gulai kambing kawah Mama Yan.
Sedap?
Mestilah sedap.
Masak dengan penuh kasih sayang la katakannnn…
Anak anak dok gelak je tengok MY ambil gambar lauk tiap kali lepas masak.
Tapi diorang kata mama nak letak kat Facebook la tu…
Hahaha..
Buat apa yang boleh buat kita bahagia...
Jadi surirumah, kalau hari hari buat menda sama memang stress.
Jadi kena ada aktiviti lain..
Masak pun jadi seronok sambil buat video dan ambil gambar...
Selamat mencuba!!
suka gulai kawah tp biasa mkn yg daging lembu....yg kambing tk pernh lg mkn
ReplyDeleteAirtangan ibu confirm sedap 👍
ReplyDeletesedapnya Yan "_
ReplyDeletecicah dgn roti sedap, dgn lempeng pun ngam dengan nasi apatah lagi... sedap tu. Si Aiyan pun sama, mama ambil la gambar lawa-lawa sambil dia jd model suruh masuk dalam FB
ReplyDeleteLihat bentuknya saja , saya dah yakin ini enak ☺️. Jadi ingat gulai kambing Aceh saat masih tinggal di sana. Sukaaa aneka gulai dengan banyak bumbu rempah seperti ini ❤️
ReplyDeleteJangan mengaku sedap selagi tak hantar spinggan kat uncle!
ReplyDeleteSenang kerja masak dah ada rempah warisan. Pasti menjadi dan sedap. Tengok rupanya dah menyelerakan tu mama yan.
ReplyDeletedap nya..MA suka gulai kawah but x pandai nak masak... selalu beli je.
ReplyDelete