Lima Jenama Pinggan Mangkuk Mewah Idaman Suri - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, February 21, 2024

Lima Jenama Pinggan Mangkuk Mewah Idaman Suri

 Hobi orang perempuan ni macam macam. 
Ada yang suka jenis hobi pembuatan macam menjahit, memasak, menyulam, mengait dan membuat kraftangan. 
Ada yang hobinya lebih santai seperti menonton TV dan membaca novel. 
Ada yang hobinya jenis senaman dan rekreasi macam joging, zumba, hiking, camping atau fishing. 
Yang suka bermain dengan tanah serta pokok pun ramai juga. 
Tak kurang juga yang sukakan koleksi seperti koleksi jam tangan, handbag, kasut, tudung, pinggan mangkuk, periuk dan lain lain lagi. 
Kegilaan wanita pada koleksi pinggan mangkuk bukan perkara baru. 
Sejak dulu dah ada. 
Paling cikai pun kumpul koleksi Tuppeware... 
Macam mak mak kita lah..
Pantang dengar parti Tupperware.. 
Tergedik gedik nak pergi.
Angkut anak anak semua sekali,
Untung untung dapat minum petang teh o + karipap.

Geng geng wanita berkarier dulu dulu ramai yang ada koleksi pinggan Corningware, Royal Albert, Lenox, Corelle dan Vantage.
Ni semua antara pinggan ada-ada. 
Yang jenis kalau bangsa bipoti macam kita ni teringin, kena la main kutu sejak dari alam roh. 
Haha...
Macam MY sendiri, memang tak dapat nafikan yang MY sendiri teringin nak memiliki set pinggan mangkuk yang mewah. 
Tapi bak kata orang ukur baju di badan sendiri.
Jom kita tengok berkenalan secara asas dengan beberapa set pinggan mangkuk glamour dan mewah ni. 
Mewah la bagi kaum bipoti mcam MY ni. 
Kalau uolls yang T20 tu mungkin lempar lempar aje ke sinki,,hahaha
Taklah semuanya MY senaraikan dalam tulisan. 
Banyak sangat rupanya pinggan mangkuk mewah ala mak datin rupanyaaaa...
Ada jenama Cartier, Hermes, Versace, Wedgwood, Villeroy & Boch, Bordallo Pinheiro, Dodie Thayer, dan lain lain lagi yang MY nak sebut dan eja pun tak reti. 


1. Portmeirion

Pinggan mangkuk dan hiasan seramik terkemuka buatan Britain cenderung kepada konsep hiasan gaya Inggeris. 
Disaskan oleh Susan William - Ellis, perniagaan tembikar ini bermula di Stoke-on-Trent, Britain sekitar 1960. 
Bermula dari situ, beliau dan suami mengembangkan perniagaan tembikar dan seramik yang mengikut rekabentuknya mengikut peredaran zaman.
Antara corak yang begitu laris adalah Botanic Garden dengan motif bunga-bungaan dan daun berangkaian. 
Pada tahun 1982, Susan mengeluarkan corak buah-buahan ilham dewi buah dengan nama Pomona.
Walaupun ada banyak keluaran dan design design yang dikeluarkan, 
corak Botanic Garden yang paling menjadi buruan bidadari di Malaysia ni. 
Lagipun corak BG ni sendiri bagaikan lambang jenama Portmeirion tu sendiri.
Harga Portmeirion ni memang agak kasar sikitlah kalau di Malaysia. 
Kalau nak murah, kenalah pergi ke kedainya di Stoke-on-Trent, Britain. 
Kat sana selalu ada buat potongan harga. 
Kalau harga Malaysia, macam kat bawah ni lah. 
Sebiji mug aje lebih dari RM100.
Harga cawan Portmeirion


2. Corelle

Pinggan mangkuk Corelle memang sangat popular dengan ketahanlasakannya. 
Corelle diperbuat daripada Vitrelle iaitu gabungan 3 lapisan kaca. 
Lapisan kaca porselin di sebelah teras, 
disaluti dengan 2 lagi lapisan kaca jernih di bahagian atas dan bawah. 
Jadinya, pinggan mangkuk Corelle ni mempunyai ciri ciri tidak mudah calar, cetakan yang tidak pudar, 
tahan pecah atau sumbing untuk kegunaan harian, 
senang diuruskan serta tahan panas juga. 
Memang ramai orang Malaysia yang gunakan pinggan Corelle ni. 
Corak yang paling popular adalah Country Cottage. *Lawo popalih wehh (*sangat cantik ya).
Tambah menarik, pinggan Corelle agak nipis dan ringan, 
menjadikan ia lebih mudah dikendalikan. 
Jika disimpan, ia tidak memerlukan ruang besar.

Corelle country cottage
Harga pun kategori mampu milik.
Mama Yan dah banyak kali usha nak beli,
Tapi tak beli gak,
Sebabnya,
dia takde deep plate.
Pinggan makan nasi diorang semua jenis yang leper tu.
Kita ni orang Melayu yang makan pakai tangan.
Pinggan leper tu sesuai untuk guna sudu garpu.
Lagi tak best pinggan leper tu,
Takleh makan kuah banjir.
Dah lari konsep anak Melayu tu,
makan nasi nak kena kuah asam pedas banjir.
Kena pinggan leper,
mana tumpahnya kuah kalau tak ke lantai.


3. Noritake

Sejarah penciptaan Noritake bermula seawal 1904 di Nagoya, Jepun. 
Keunggulan terhadap seni pertukangan porcelin menjadikan Noritake sangat istimewa di hati pengumpul pinggan mangkuk. 
Walaupun design nya nampak simple, tapi simple itulah lambang elegance dan exclusive sebenarnya. 

Pada awalnya, Noritake banyak mengeluarkan pinggan mangkuk dengan corak lukisan dakwat emas.
Tetapi seiring dengan permintaan peminat dan pengguna,
lebih banyak corak berbunga dihasilkan.

1 set untuk minum petang untuk 4 orang macam ni harganya sekitar RM1,200 ya. 
Belum lagi set makan siap mangkuk gulai, mangkuk hidangnya untuk 6-8 orang..
aishh... kena main kutu sejak dari dalam perut la nampaknya ni.


4. Royal Albert

Pinggan mangkuk jenama Royal Albert ni sangat terkenal di England. 
Koleksi Royal Albert ni mahal harganya. 
Lebih lama usianya, lebih mahal harganya. 
Lebih lebih lagi juka design tersebut adalah keluaran edisi terhad.
Dengan rekabentuk unik, corak flora dan riasan keemasan, 
memang layaklah ia menjadi satu daripada kegilaan wanita seluruh dunia. 
Queen Victoria membina empayar Royal Albert sebagai penghormatan kepada mendiang suaminya, Prince Albert. 
Baginda juga ingin mengetengahkan penghayatan seni daan budaya negaranya kepada mata dunia.
Set cawan teh dan piring ni sahaja berharga antara RM250 ke RM300.
Tapi takkan lah nak beli sebiji je.
Paling paling 6 biji set cawan dan piring tambah satu teko..
Tak kurang RM2000 juga...huhuhu...
Ashekali lagi,
Jomlah menabung sejak alam rahim...hahaha...

5. Lenox

Pinggan jenama Lenox ni pun memukau pandangan mata jugak.
corak dan rekabentuk pinggan Lenox ni pada MY lebih fancy dan modern.
Cuma dia tak berapa mesra MAE...kahkahkah...
Cantik sangat sangat design Lenox Butterfly Meadow Monarch ni...
Harga 24 pcs ni $269.95.
Korang convertlah kepada RM..hehehe...
Dah lama MY teringin..
Nantilah...
Setahun MY nak beli sebiji.
Nanti bila anak nak kahwin nanti, dah cukup dah nak hidangkan kat bakal besen...
Boleh la tayang ala ala Mami Jarum minum teh


Jenama Lenox ni diasaskan oleh Walter Scott Lenox yang pada asalnya membuka studio lukisan di atas seramik. 
Bermula dari tahun 1889, Lenox terus memacu industri seramik dan dinnerware. 
Terdapat beberapa lagi jenama yang berada di bawah payung Lenox Incorporated seperti Kate Spade, Oneida dan Cambridge.





6 comments:

  1. Pinggan mangkuk Mak Pah yang banyak tu pun x terpakai...hahaha...nasib la akak x minat sangat jenama ni semua...

    ReplyDelete
  2. uishh..semua cantik2 & harga pun cantikk sgt kann

    ReplyDelete
  3. Cantik² semuanya...
    PH paling berkenan Corelle la sbb familiar dgn jenama ni... Dulu ada member dok UK jadi PS beli pinggan mangkuk Corelle ni

    ReplyDelete
  4. Pinggan mangkuk kayangan semua ni. Terpaling suka design Portmeirion.

    ReplyDelete
  5. Kadang saya bersyukur tak terlalu suka dengan peralatan dapur, makan atau rumah seperti ini 😂😂. Tahu sangat hrgnya mahaaal 😄😅. Ditambah passion saya ke traveling, jadi selalu nya kalo nak beli sesuatu pasti mikir dulu, beli ini atau utk traveling saja budgetnya 😂.

    Beda keinginan kak 😁. Tapi memang bagi yg suka pasti akan dicari kan.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad