MY Masak Lemak Cili Api Rebung dengan Udang - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, February 23, 2024

MY Masak Lemak Cili Api Rebung dengan Udang

Rebung ni MY ambil di rumah Mak Mentua.
Belakang rumah mentua ada satu perdu buluh madu.
Walaupun satu perdu aje..
Selalu aje dapat hasilnya.
Tapi macam biasalah..
Selalu je jiran jiran datang mintak...hahaha
kat kampung kan...

Asalnya rebung ni dah tertinggal..
Alih alih..
Mak kirimkan pada anak buah..
Yeayy.. masih ada jodoh dengan rebung ni rupanya.
So... apa lagi,
terus beli udang barang setengah kilo,
Tak tahula..
MY kalau nak masak rebung,
Mesti nak padankan dengan udang.
kalau dengan ayam atau daging rasa macam tak kena..

MY kalau nak masak,
Tak payah tengok resipi.
Main campak campak je,
tapi, bila nak tulis balik resipinya dalam blog,
Memang kena buka blog lain untuk menulis. 
Satu entry masakan, kena baca dua ke tiga blog lain untuk tulis.
Hahaha... 

Masak lemak cili api rebung dan udang

Masak Lemak Cili Api Rebung dengan Udang


Bahan-bahan:-

 800 gram rebung yang telah dicelur
Setengah kilo udang.
1 batang serai - titik dan simpul
1 keping asam gelugur
1 kotak santan 200ml
garam secukupnya
sesudu minyak untuk menumis
500ml air

Kisarkan/;-
3 ke 4 tangkai cili padi - kalau nak pedas tambah lagi.
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang merah sederhana besar
4 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih

Cara Menyediakan:

Kalau pakai rebung segar kena le rebus atau celur dulu.
Tapi MY guna rebung yang telah dicelur dan difrozenkan.
Jadi rendam sahaja rebung tu dengan air.
Bila rebung dah lembut, toskan.
Bersihkan udang, sukahati nak buang kulit atau tidak.

Kisar semua bahan bawang, bawang putih dan kunyit.
Panaskan minyak, masukkan bahan kisar dan serai.
Kacau sehingga bahan tumisan berbau wangi.
Masukkan air.
kemudian masukkan rebung. 
Didihkan sebentar.

Masukkan pula udang.
Kacau sehingga udang sedikit kemerahan.
Masukkan garam dan asam gelugur.
Diikuti juga dengan santan kotak.
Biarkan mendidih dengan api perlahan.

Masak lemak cili api rebung dan udang
Kacau kacau sikit supaya santan tidak berketul.
Kemudian boleh la rasa masin masam manisnya.
kalau dah okay,
Boleh lah matikan api dan sedia untuk dihidang.





 

@dianafisa81 Masak lemak rebung campur udang #jommakan #MYMasak #MalayDishes #CapCut ♬ Gurindam Jiwa - Salim Violin

9 comments:

  1. Sedap ni MY...
    Kalau di kampung sy, rebung kami buat pajeri atau Kari Ayam + rebung.

    ReplyDelete
  2. My favorite ni.. tapi susah nak masak kat rumah sbb wife tak makan udang.. dan rebung satu rumah tak makan kecuali kita huhuuu..

    ReplyDelete
  3. sama lah, kalau masak suka padankan dengan udang rebung nya tu gulai atau lemak cili api

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi masak rebung sendiri kat rumah. apatah lagi gi ambik dari pokok

    ReplyDelete
  5. uiiii
    sedapnyaaa rebung
    judu dgn ikan goreng pun
    dah ckp ni

    ReplyDelete
  6. Wahh senang gitu nak makan rebung ambil je belakang rumah. Tapi ada satu je, kena tunggu ada hasil lah baru leh amek. Lauk favourite juga ni, nak masak pun mudah je. Xpayah lauk lain sebab 2 in 1 gitu.

    ReplyDelete
  7. awal bulan hari tu saya pun masak lemak cili api udang dengan rebung..memang laku keras

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad