MY Masak Nasi Tomato - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, February 14, 2024

MY Masak Nasi Tomato

 Suami MY dah minta masakkan nasi tomato dari bulan puasa tahun lepas lagi,
Tapi MY ni tak reti sebab tak pernah buat,
Hari tu, suami siap send video Khairul Aming masak nasi tomato kat group Family,
Alaaa…
Yela yela…
Kita cuba laaa…

Tapi tak la terus masak malam tu juga..
Mama Yan masakkan nasi tomato tu seminggu kemudian.
Masak masa balik kampung cuti tahun baru cina hari tu.

Hari Sabtu pagi kami keluar ke bandar Segamat beli barang dapur dan lauk.
Beli beras, beli ayam, beli sayur dan bahan bahan untuk buat nasi tomato idaman suami MY ni.
Beli Tomato puree, beli minyak sapi, beli beras basmathi dan beli ayam 

Cara Masak Nasi Tomato

Bahan bahan:
5 cawan beras Basmathi.(MY guna cawan yang berkapasiti 350ml)
6 1/2 Cawan Air ( mesti guna cawan yang sama masa sukat beras)
1/2 tin minyak sapi tin kecil 125gram
5 sudu besar Minyak masak 
1 batang Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
3 Biji Buah pelaga
4 Kuntum Bunga cengkih 
2 helai Daun pandan disimpul
3 Biji Bawang merah besar - kisar
6 ulas Bawang putih - kisar
2 inci Halia - kisar
200 gram Tomato puri dalam tin
1/2 cawan susu cair
Garam secukup rasa
1 sudu penuh Gula 

Cara menyediakannya: 

Basuh beras, kemudian, rendam dengan air yang ditambah dua sudu garam selama 15 minit.
Sementara itu, kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
Toskan beras ke dalam tapis.
Hidupkan suis rice cooker, kemudian masukkan minyak, minyak sapi dan rempah 4 sekawan,
Bila minyak dah panas,
Masukkan bawang, bawang putih dan halia yang telah dikisar,
Tumis sehingga sedikit garing dan wangi,
Masukkan tomato puree dan susu cair,
Masukkan garam secukup rasa dan juga gula,
Kacau sebati bahan- bahan.
Masukkan beras,
Kacau kacau dulu beras sehingga mesra dengan bumbunya,
Masukkan air dan daun pandan,
Tutup periuk guna penutupnya dan biarkan nasi masak seperti biasa.

Kalau guna periuk tekanan elektrik tu,
Masa tumis bahan bahan,
Set ‘Stir Fry’,
Lepas masukkan air untuk masak nasi tu, 
Tukar kepada ‘ high pressure’ dan setkan untuk 7 minit.


Resipi nasi tomato
MY masukkan 2 tin tomato puree yang tin kecil 100gran.
Mulanya beli 1 tin kecil je,
Tapi suami suruh ambil 2 tin,
Lepas tu masa masak MY letak je dua tin.


Resipi nasi tomato
Taraa..
Dah siap dah,
Lepas butang periuk nasi dah jadi keep warm, 
atau periuk tekanan dah bunyi tit tit tit,
Lepaskan tekanan,
Gemburkan guna chopstick atau senduk kayu.
Lepas dah gemburkan, 
Nasi yang bahagian bawah bawa naik atas,
Tutup semula tudung periuk dan biarkan dalam 15 minit lagi,
Jangan la terus serbu makan,

Nanti masa nak hidang,
Tabur pula dengan bawang goreng,
Tapi taknak tabur apa apa pun boleh juga.
Nasi tomato ni paling ngam kalau makan dengan ayam masak merah atau ayam sambal,
Dan juga dengan acar jelatah.
Tapi MY takde ambil gambar masak ayam dan acar hari tu,
Rasanya macam dah ada entry ayam masak merah,
Tu yang tak ambil gambar lauk hari tu,
Gambar yang ada ni pun tak placing elok elok,
Sabar aje la kan kalau blog yang penulisnya pemalas,
Unta padang pasir pun kalau ada blog lagi elok dari MY punya blog ni.

Alhamdulillah…
Rupa dan rasa nasi tomato MY hari tu jadi elok..
Kiranya kalau nak jual kat bazar Ramadan dan boleh dah ni… hahaha..
Jemputlah ye datang membeli di stall MY,
Tapi tak tau lagi bazar Ramadan tahun bila dan di mana… hahaha






13 comments:

  1. Wah, cantik paras kejadian nasi totamo MY!

    ReplyDelete
  2. Akak pulak, dari haritu dok berangan nak masak nasi tomato. Tapi sampai ke sudah tak buat lagi ni 😁

    Okeh, nanti akak bagitau kakak-kakak di Pontian suruh membeli di gerai Yan ya 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... nanti saya war warkan bila nak mula meniaga bazarnya tu..hahaha.. berangan macam mat jenin

      Delete
  3. wahhh puasa nanti boleh la selalu-selalu msk nasi tomato ye MY

    ReplyDelete
  4. nampak sedap, dah boleh buat time open house ni..

    ReplyDelete
  5. Bolehlah masak raya nanti MY, cantik elok hasilnya 👍

    ReplyDelete
  6. lama tak makan nasi tomato ayam masak merah ni

    ReplyDelete
  7. hahaha tu dia... baru sekali masak terus nak buat meniaga

    ReplyDelete
  8. Menarik ni...boleh buat untuk bagi Mak Pah selera makan..buat plak ayam masak merah kan.,..

    ReplyDelete
  9. Lama peram tu KakYan, request tahun lepas tahun ni baru dapat. Hihi...Tapi menjadi terus buatnya. Memang itulah kombinasi nasi tomato dan ayam masak merah atau ayam sambal. Ada acar jelatah tu lagilah sedap.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad