A’Famosa Safari Wonderland ni merupakan aktiviti kami di hari terakhir percutian kami.
Lepas sarapan pagi,
Kami pun pergi ke Safari Wonderland ni,
Termpatnya terletak bersebelahan aje dengan Water World.
Tiket pula, boleh dibeli di atas talian dan juga di kaunter masuk.
MY beli pakej villa yang dapat tiket Safari dan Water World.
Jadinya,
Kami tinggal beli tiket untuk kanak kanak sahaja,
Yang dewasa dah dapat pass masuk dengan pakej villa.
Masuk masuk je,
Gajah tengah buat show..
Memang menarik.
Boleh beli makanan gajah yang merupakan pisang muda
Secawan tu RM10..
Boleh la nak suap suap gajah
Anak anak pula,
Ada yang berani,
Ada yang tak berani nak pegang pegang…
MY ambil gambar aje..
Malas nak pegang pegang gajah…
Lepas tu,
Kami naik trak untuk jalan jalan dalam safari wonderland ni,
Trak ni naik free..
Tapi jalannya…
Off road woi.. bergegar otak dan sendi sendi semua.
Berdebu lagi..
Takde penyaman udara ye…
Udara original lagi asli dari kawasan haiwan..
Cuma uniknya kat sini..
Trak ni dibawa masuk ke kawasan kandang harimau dan singa.
Kandang dia konsep kawasan jajahan,
Bukan macam pondok kecil atau macam reban ayam tu.
Haiwan haiwan ada kawasan yang luas,
Ada kolam dan banyak pokok pokok,
Kita yang dalam trak ni,
Jangan hulur tangan keluar dari trak pula,
Takut nanti binatang binatang predators ni ingat kita nak bagi dia makan pula,
Kudung pulak tangan kang..
Tapi biasa la,
Binatang dalam zoo ni,
Makan tidur je pun,
Dia takde keperluan untuk memburu.
Jadi kami tengok rimau tidur aje la…
Lepas tu, bawak jalan jalan tepi kandang haiwan macam rusa,
Beruang, buaya, badak dan lain lain lagi..
Tapi kami baru ke balik dari zoo Melaka kelmarinnya tu,
So anak anak tak excited sebab baru je tengok haiwan haiwan tu semua…
Turun dari trak,
Suami MY dah pening kepala dan nak muntah,
Agak dah…
Naik bas elok elok pun mabuk.
Ni lagi duduk dalam trak yang bising,
Bau diesel,
Berhabuk,
Bergoyang bagai nak roboh,
Lagi la mabuk…
Jadi… family MY balik villa je terus lepas turun dari trak,
Suami MY nak baring kejap.
Family Razi meneruskan perjalanan lawatan dalam safari,
Family Wady pun balik villa sebab anak anak merengek nak mandi pool lagi,
Family Shafiqa pula, tak dapat join aktiviti ke Safari wonderland pagi tu sebab dah balik Johor,
Baby Amani ada temujanji imunisasi 6 bulan.
Nasib baik tak ikut sebab tak sesuai pun bawa baby..
Apapun…
Bersyukur dapat beri anak sedikit pengalaman.
MY dan suami kecik kecik dulu mana merasa ni semua..
Zaman dulu susah kut..
tapi kami ada adventure dan meneroka sendiri kawasan tempat tinggal kami.
Anak sekarang?
Bahaya kut kalau nak dibiarkan...
Keadaan dah tak sama macam dulu...
So, kalau nak datang Safari ni,
datang pagi tau.
Pukul 10 lepas arapan kenyang kenyang masuk sini.
Naik trak lepas tu, ada banyak lagi tempat nak jalan.
Tak boleh pergi kejap..
Kena berlama lama barulah syok.
Kalau ada masa,
Korang pergilah bawa anak anak ke sini.
Kami dah tak larat nak berjalan. lagipun masa agak suntuk kami.
Memang puas hati sebenarnya kalau betul betul teroka.
Pastikan pakai kasut dan pakaian yang sesuai ya.
Okay..lepas ni sambung sedikit gambar gambar malam BBQ kami..
Pastu dahhh...
Tutup kisah Melaka...
Jom kumpul duit lagi..
Sekolah dah nak buka & dah nak raya..
Wassalam... Byee...
Alhamdulillah, seronok anak-anak bercuti.. pengalaman yg tidak akan dilupakan walaupun akan dtg mereka akan datang lagi .. :)
ReplyDeleteTeringat masa kecik² dulu ada safari kat ayer hitam. Naik bas jalan dalam tu, mmg mabuk la ngan bau dieselnya.
ReplyDeletePernah berfamily day kat sini beberapa tahun dulu. Masa tu anak kecil lag, sekarang dah besar mungkin tak minat dah nak tengok binatang2 ni. Cuma tempat ni memang menarik dari segi pengurusannya. Agak unik pengalaman yang diperolehi bila ke sini, shownya standard seperi di luar negara. Cumanya tak lama lepas kami ke sini ada viral pasal harimau kurus kering kat tempat ni. Mungkin dah tak ada dah harimau tu dan mungkin mereka dah adjust diet harimau ni bagi gemuk sikit.
ReplyDeletekita dulu sempoi je jalan dgn kawan gi duduk tepi sungai. gi cari manik2 nak buat gelang tepi lombong.
ReplyDeleteanak sekrang nak bagi pergi kedai jalan kaki pun takut
wahhh puas hati betul ye... seronok la anak2... sian ayahnya yg mabuk naik trak hhehehe. Tapi takpe janji anak-anak hepi kan
ReplyDeleteSA ada sejarah kat sini...masa tu preggykan Dania, teringin nak tengok haiwan..selamba je la beratur, sekali kena halau...sedih uiii masa tu..boleh SA duduk tepi2 tu merajuk..ex husband masa tu duk pujuk..terus SA ajak balik je..
ReplyDeleteWaaa menarik nya... Biasa kita tgk singa dlm kandang.. Kali ni singa tgk kita dlm kandang hahahaha.. Best best..
ReplyDeletebest best.....anak2 kecik seronok bawak jenjalan tempat mcm ni
ReplyDeleteYang ni macam lagi menarik sebab boleh naik trak tu dan tengok haiwan lagi dekat. Tapi tulah kalau pening mabuk susah jugak kan. Tak dapatlah nak meneruskan perjalanan.
ReplyDelete