Percutian ke Melaka | Pak Arab Cafe Chef Shah’s Kitchen - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, February 9, 2024

Percutian ke Melaka | Pak Arab Cafe Chef Shah’s Kitchen

Percutian ke Melaka kami diteruskan dengan aktiviti makan malam bersama sama staf dan keluarga.
Restoran yang jadi pilihan kami ialah Pak Arab Cafe yang terletak dalam Freeport A Famosa Outlet.
Kami keluar lepas Maghrib yakni dah pukul 8 pun..
So terus la menuju ke restorannya.
Tak sempat la nak bersiar siar di Freeport Outlet ni.
Jarak antara Villa dan tempat kami makan ni sekitar 10 minit perjalanan dengan kereta.

Pak Arab Cafe Chef Shah’s Kitchen
Pening kepala MY berjalan dalam ni sebab lantai dia berkilau kilau macam ada taburan perada.
MY pun tak sempat nak usha apa yang ada dalam ni,
Tapi nampak konsep dia macam Johore Premium Outlet (JPO)

Pak Arab Cafe Chef Shah’s Kitchen
Yeayy… dah sampai dah…
Marilah kita mengisi perut..
Kat sebelah Pak Arab Cafe ni ada Marrybrown,
Tapi, takkanlah datang jauh jauh nak makan Marrybrown, KFC, semua tu…
Tu semua kat Pontian pun ada…

Ada banyak pilihan makanan Arab kat sini…
Sebabkan mejanya jenis bulat besar,
So kami semua makan sepinggan sorang la…
Tak sempat nak ambil gambar setiap hidangan,
Nasi sampai je,
Serbuuuu,…
Jadinya, takdelah gambar menu banyak banyak,
Dapat snap gambar dua pinggan aje…

Kami duduk dua meja,
Satu meja MY satu keluarga,
Satu meja lagi keluarga Razi dan keluarga Shafiqa.
Tapi takde gambar…
Melindungi privasi…hahaha

Keluarga Wady belum sampai lagi masa ni,
Sebab isteri Wady seorang jururawat hospital, 
Habis shif baru boleh gerak,
Jadi untuk Wady dan keluarganya,
Kami bungkuskan aje set dulang untuknya.

Pak Arab Cafe Chef Shah’s Kitchen
Ni nasi yang Mama Yan order,
Biryani Chicken Mandy,
Yang ni harganya RM22 satu pinggan.
Ayam dapat whole leg,
Nasi banyak,
Memang padanlah dengan harga,
MY makan separuh nasi, separuh lagi bagi Akmal, 
Anak saudara suami yang juga site supervisor kami.
Banyak sangat nasinya,
Melambung tinggi ke angkasa gula Mama Yan nanti kalau makan nasi banyak sangat,
Cuma nasi kat sini,
Terlalu berasa rempah ratusnya,
Ada orang mungkin suka,
Tapi MY kurang suka,
Lebih lebih lagi bau buah pelaga,
Buah pelaga tu,
Kalau tergigit masa makan nasi,
Perghhh… terus potong selera…
Hahaha…


Pak Arab Cafe Chef Shah’s Kitchen
Yang ni pula menu suami MY order,
Namanya Lamb Mandy Kabsa,
harganya RM38.
Suami kata lauknya sedap,
Bagi MY sepotong…
Ye memang sedap kambingnya…

Lepas tu dalam buku menu ada lauk ‘lamb’ dan ada lauk ‘mutton’,
Dah apa pulak beza lamb dengan mutton ni,
Dah tak pasal pulak buka kelas bahasa dengan anak anak kat meja makan,

Kalau ingat balik lagu kindy,
Mary had a little lamb, little lamb, little lamb…
So lamb tu merujuk kepada anak kambing,
Jadinya lamb kat sini merujuk kepada daging yang kambingnya muda sikit,
So daging lamb ni lembut sikit la,
Mutton pula merujuk kepada kambing yang dah dewasa,
Dagingnya mungkin akan lebih keras dan bertekstur berbanding lamb,
Begitulah penerangannya kepada anak anak…
Sebenarnya MY main belasah je…
MY bekas engineer, bukannya chef …


Pak Arab Cafe Chef Shah’s Kitchen
Hiasan dalm kedai ni simple simple je,
Tak macam Restoran Zaituna atau Wadihana JB,
Perkerja kat depan pun semua Melayu,
Senang nak order…

Pak Arab Cafe Chef Shah’s Kitchen
Bos tengah buat pembayaran,
Tapi ya ampun,
Lama sungguh buat bayaran,
Entahla apa yang suami MY temuramah cashier tu,
Masa dalam perjalanan balik,
Suami MY kata,
Budak kedai ni asal orang Pasir Gudang,
Tu diaaa…
Kalau MY,
Bayar duit, ucap terima kasih/sama-sama,
Terus berlalu pergi,
Tapi suami MY,
Sempat menyembang bagai…

Pak Arab Cafe Chef Shah’s Kitchen
Selain nasi nasi,
Tentulah ada juga makanan tradisi Arab yang lainnya seperti kebab, chapati, Lebanese bread, hummus, beef keema dan lain lain lagi,
Air pun takde masalah besar,
Ada semua jenis air,
Tak tertakluk kepada Barbican dan teh pudina aje..hihihi…

Alhamdulillah…
Kami semua makan dengan berselera sebab tengah hari tu tak makan nasi,
Memang bawa khas perut kosong untuk menikmati nasi Arab di A’Famosa..
Harap harap ni bukan kali terakhir lah kami menjejakkan kaki ke Freeport A’Famosa Outlet ni…
Mudah mudahan nanti sempat bershopping pula… aminnn



 

7 comments:

  1. Betullah tu. Lamb anak kambung, mutton kambing dah tua sikit dari anak kambing. Lebih keras dagingnya hehehee.

    ReplyDelete
  2. Portion nasi arab memang banyakkan hehheee

    ReplyDelete
  3. Sy suka bau buah pelaga dlm nasi, tapi jgnlah tergigit, ya ampun seribu penyesalan!
    Mudah-mudahan bertambah luas rejeki boss :)

    ReplyDelete
  4. Selalunya kalau saya makan nasi Arab, memang akan kongsi 2. Sebab banyak portion yang diberi.

    ReplyDelete
  5. Lelaki kalau jenis banyak cakap memang lama la duk temuramah lagi lagi dengan owner kedai tu sendiri..

    ReplyDelete
  6. Hahahahaha sama macam laki saya. Suka sangat ngobrol, ntah dengan siapa2. Kalo saya, secukupnya, kecuali memang dah kenal kan. 😄. Punya suami yg ekstrovert, kdg kita nya pun hrs ikut beramah2 🤣

    Kliatan sedaaap semua kak. Saya justru suka kalo rempahnya kuat 👍. Tapi satu dedaunan yg saya tak bisa kalo sampai kegigit, daun ketumbar , beuugh langsung teguk air banyak2 sampai bekas dia hilang dari lidah 🤣

    ReplyDelete
  7. Bagus majikan ni...hehehe...nasib x sama laki akak...laki akak introvert...kalau ngam je dia leh masuk..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad