Percutian ke Melaka | Secebis Kenangan di A'Famosa - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, February 18, 2024

Percutian ke Melaka | Secebis Kenangan di A'Famosa

Haii... Ni jilid akhir kisah Percutian ke Melaka.
Gambar gambar kenangan dengan sedikit coretan sahaja.
Tapi, sikit tambah sikit tambah sikit...
Ah jadi banyak pulakkk....
Tabahla ye membaca sehingga ke akhirnya.

A Famosa Resort
Buat kenangan la dengan anak dara MY..
Kejap je nanti..
Dah besar.
Masa ni la kalau nak pakai sedondon..
Nak ambil gambar hepi hepi..
Nak jalan pegang pegang tangan...
Anak perempuan ni pinjaman aje..
Kalau tak diambil suaminya,
Mungkin akan diambil Tuhannya.

A Famosa Resort
MY dan Sarah pakai tudung Fazura sama sama...
Tapi suami MY kata..
Apasal suka warna tudung yang gelap dan kusam?
hahaha..
Yang dua orang comey lotey ni anak supervisor MY, 
Anak kecik Wady yang ke enam dan ke tujuh.
Suka pegang pegang je sebab dia tak takut orang langsung.
Baik je...
Tapi MY taknak beranak kecik lagi dah.
Letih ulang alik klinik dan spital je.
Silap silap berumahtangga kat spital tu nanti.

A Famosa Resort
Ni suami MY dengan Wady...
Ye..suami MY memang agak katik...
Sebab tu dia cari isteri yang tinggi.
Supaya dapat baka yang tinggi pula..
hahaha...
Pagi tu kami sarapan di A'Famosa Clubhouse.

A Famosa Resort
Macam biasa..
Mijan dan dramanya...
Mana boleh kalau takde drama duduk atas lantai.
Ni dah okay sikit.
Kalau dulu dulu..
Berguling guling macam gasing...
Merajuk apa entah..
Malas nak layan.
Last last ayah pujuk,
gendong belakang barulah senyum.

.
Kat Pool Villa ni kita boleh request nak buat BBQ.
Nanti pihak A'Famosa akan hantar bahan bahan keperluan untuk buat BBQ.
Dia akan hantarkan BBQ pit, arang, meja, kipas, mancis semua lah.
Lengkap segala.
Ni masa malam kedua kami kat sini.

Pukul 6 petang dia dah hantar barang dan kami terus hidupkan api.
Ini dua orang budak darat tak pernah main api macam MY dan suami kecik kecik dulu.
Jadi kita kasik la diorang peluang nak main api.
Nak sangat kipaskan api..silakan.
Nak guna mancis pun tak reti...hahaha..

Pinggan kertas pun dia sediakan ye..
Sos pun ada,
tapi kami beli sendiri juga.
Kami beli dari A'Famosa set BBQ. 
Satu bekas tu berharga RM398.
Ada ayam, kambing, sotong, udang, bebola dan lain lain lagi..
Semua dah diperap.
Dalam banyak banyak tu..
Yang paling paling sedap ialah sotong dan daging kambing dia.
Selalu sotong ring yang besar besar ni,
liat macam tiub basikal,
Tapi kali ni memang sedap, lembut sangat.
Daging kambing pun sedap, tak liat

Kredit untuk para tukang bakar BBQ malam tu...
Tu yang jadi sedap tu..
hahaha...
Takde gambar yang proper ye..
Semua milik orang, dah tak available,
Tak berani nak iklankan dalam blog.
Kang kut ada yang berkenan, 
Pening MY.

Ada kupang juga..
MY makan kupang tu banyak.
Dalam aluminium foil tu isi ikan.

Selain yang bakar bakar tu,
kami juga ada pesan add on RM100 untuk 10 pax nasi goreng, dessert dan air teh lemon.
Iced Lemon Tea tu anak anak tak minum pun,
Sebab memang kami ada belikan anak anak air botol dan air kotak,
Diorang dok gasak air botol aje.
Nasi goreng dia sedap.
Maklumla.. chef hotel yang masak kann...

Makanan banyak tak habis,
simpan dalam peti ais.
Esoknya, bawak balik.
Lepas tu anak bujang kata,
Macam mana makanan nak habis,
Geng bapak bapak asyik borak dan gelak je..
tak tahu cakap apa menda,
tiba tiba gelak.
Makannya tidak.

Geng emak emak,
asyik godek baby je..
Tak makan pun.
Harap kitorang je makan, mana boleh habis.
memang la..
Mak mak mana boleh makan banyak..
Nanti gemuk.
Korang yang tengah remaja la yang yang kena makan banyak banyak.
Metabolisme masih power.

Cuma ada sikit kekeliruan masa penghantaran bahan mentah BBQ tu.
Mama Yan pun apa lagi..
Call recept dan meletup macam popcorn kat pasar malam la.. 
pop pop pop piunggg tum pop pop pop...
Suami MY dah gelak gelak...
Ma..sabar..
Nanti anak anak tengok..
Benda..anak dah selalu dah tengok.
Yang tak pernah tengok MY mengaruk,
Staf MY je.
Tapi alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar dan meriah.
anak anak pun sama seronok.

A Famosa Resort
Hari terakhir kami di sini,
Ke tiga-tiga rumah kesiangan,
amikkk..
Tunggu anak anak bangun mandi bersiap lagi..
Sampai orang hotel call tanya bila nak datang sarapan.
Kali ni tempat makan sarapan dah tukar ke Condo D'Savoy.
Mama Yan ambil nasi lemak hijau, rendang ayam, baked bean dan sikit mashed potatoes.
Itu je dah cukup kenyang dah.
Nasi lemak hijau dia sedap wei.
Anak MY siap ulang tambah.
Adoi la..
Nasib baik buffet sarapan,
kalau kenduri,
Buat malu ke orang aje.

A Famosa Resort
Ada bubur nasi juga.
Tapi lauk dia MY tak berkenan.
Tak jadi ambil.
Mungkin ni Melaka style.
Kalau Johor style nak kena ada telur masin dan kangkung tumis...hahaha


A Famosa Resort
Anak anak MY makan nasi lemak hijau dengan sosej aje.
Yang lain lain ni,
mana nak try.
Pelik katanya.
kentang putar dia tak macam KFC punya..
ah sudah.. kena saman la A Famosa nanti kalau tiru kentang KFC...
Kena la ada kelainan sikit.
Tapi MY rasa sedap je.

Lepas sarapan Floor Manager datang jumpa MY,
Minta maaf pasal kekecohan penghantaran BBQ semalamnya tu.
Benda kecik je,
Bangun tidur,
MY pun dah let it go dah.
Tak terjejas apa pun.
Budak receptionist semalam tu pun dah minta maaf.
Tapi benda dah kecoh sampai ke GM rupanya.
Kami kat villa ni makan minum happy happy je,
Rupanya staff dorang teruk kena tiaw dengan manager.

Manager minta maaf dan nak belanja lunch serta bagi check out pukul 3.
thank you Mr. Raihan.
Kami pun nak minta maaf juga pada staff yang kena marah dengan MY masa tu.

Waktu lunch A'Famosa hantarkan lunch untuk tiga family ke villa.

Ya ampun...sedap sangat sangat lauk pauknya.
Ada ketam masak lemak..
asam pedas ayam,
ada ikan, telur dadar, sayur campur, tofu gulung...
Semuanya kesukaan Mama Yan.
Suami dan anak anak makan menambah belaka...
Nasib baik dah nak balik.
Kalau tak..
Memang ulang makan tak bangun bangun la...hahaaha...
Makanan kat sini walaupun nampak simple,
tapi cukup rasa tau.
Bukannya nampak wow.. tapi rasa cempelang macam tak cukup something.

Terima kasih lagi sekali A'Famosa Resort kerana bagi peluang kami merasa kesoronokan percutian bersama sama keluarga dan staf semua.
Dah puas dah survey sana sini tempat yang sesuai untuk bawa bercuti ramai ramai
Alhamdulillah.. Rasanya sini memang perfect sangat.
Tempat tinggalnya..
taman temanya..
makanannya..
persekitarannya..
Jarak dari tempat tinggal kami pun tak jauh sangat.

Akhir kata, 
Terima kasih Allah kerana dengan keizinan Allah juga kami semua sampai ke sini.
Dengan izin Allah juga kami berkongsi rezeki bersama keluarga staf.
Maaf juga untuk staf & keluarga atas kekurangan dan kekalutan percutian mengejut ni.
Maklumlah, last minute.
Kelam kabut pasangan masing masing kena ambil cuti.
Mudah mudahan tahun 2024 kita dapat projek banyak banyak dan besar besar okay...Aminnn



 

9 comments:

  1. Macam best tmpt ni...dulu2 rasa pernah ofis PH buat family day sini... Senangkan nak bbq semua boleh order je dgn hotel 👍

    ReplyDelete
  2. Aamin2 YRA... Ad rezeki lebih, boleh kongsi bersama lagi...
    Pasal incikSuami lg rendah dr isteri, org kata bawak rezeki lebih... Hihihi

    ReplyDelete
  3. Mesti puas hati bos akhirnya terlaksana hajat nak meraikan staf. Kita pernah ke sini masa Iman kecik² lagi, memang tempat ni sesuai bawa anak², berkumpul ramai² baru meriah!

    ReplyDelete
  4. wah bestnya, rehat sebentar dr kesibukan keja kan

    ReplyDelete
  5. Mijan bukan drama tu,... dia test merket. hehehe

    ReplyDelete
  6. 20 hb Feb ni kalau akk dtg, ada 10 kawasan tarikan pelancongan yg masuk free.
    boleh tgk tiktok ada org share. Tempat kerja Cuya Malaysia Heritage Studios pon masuk free

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah..meriah & rezeki dpt lunch sebelum check out tu kan..
    MA pernah pegi masa Ian & Iris kecik..tapi duduk condo je la.. memang best...

    ReplyDelete
  8. Seronok ada anak dara dah besar sikit boleh sedodon macam ni. Hehe..ketahuilah lelaki bahawa perempuan suka pakai tudung gelap sikit. Senang kerjasama kadang tak perlu gosok. Di sini memang sesuai sangat untuk percutian keluarga. Paling best tu boleh buat BBQ.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad