Percutian ke Melaka | Singgah Sarapan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, February 6, 2024

Percutian ke Melaka | Singgah Sarapan

Hujung minggu lepas,
MY dan suami merancang percutian bersama semua pekerja dan keluarga,
Percutian singkat kami lebih kurang 2 hari, 2 malam je…
Kenapa bukan 3 hari 2 malam?
Sebab hari Jumaat tu staf dapat join lewat sikit,
Jadi MY pergi dulu bawa anak anak pergi Zoo Melaka,
Kami bertolak dari rumah dalam pukul 8 pagi,
Punyalah poyo.. hahaha
Bukan apa… takut kalau lewat sangat,
Nanti panas sangat kat zoo nanti…

Walaupun entry ini bertajuk singgah sarapan,
Takde sekeping pun gambar kami bersarapan..
Hahaha…
Mama Yan banyak tumpukan perhatian pada anak anak je…
Waktu makanan sampai,
Layan makanan dan anak anak je..
Hand phone simpan.

Kami makan sarapan di Marrybrown yang terletak di hadapan pintu masuk Heritage Studios Malaysia.
Jadi, anak anak pun sibuk nak bergambar depan globe tu,

Heritage Studios Malaysia
Sibuk nak ambil gambar acah acah pegang bumi

Heritage Studios Malaysia
Mijan la yang paling beria nak bergambar kat sini,
Kalau dalam movie minion kan, 
sebelum mula tu ada montaj universal studio,
Ada minion nyanyi,
Tu yang dia sibuk sangat nk pergi ambil gambar kat bumi tu,
Tapi kami semua tak masuk dalam studios tu,


Heritage studio Melaka
Suka sangat dia

Heritage Studios Malaysia
Nampak dah besar anak perempuan MY,
Dah pandai nak bergaya,
Abangnya pula belikan dia handbag masa pergi rombongan ke Cemeron highland - KL hari tu,
Nampak dah macam remaja remaja gitu, 
Padahal baru nak masuk 10 tahun.

Lepas selesai sarapan,
Kami pun terus bergerak ke Zoo Melaka.
Nantikan sambungan kisah di Zoo Melaka pula ye.. 
Tapi entahla bila nak upload kisahnya..
Mungkin esok, mungkin lusa atau tulatnya... InsyaAllah

8 comments:

  1. bestnya jalan² melaka... makin byk tempat best kat sana kn? studio malaysia tu br lg kot.. x pernah sampai ke situ

    ReplyDelete
  2. Happy betul muka Mijan tu. Gambar pegang bumi tu real!

    ReplyDelete
  3. linda lepas zoo melaka upgrade, tak pernah masuk lagi...nanti nak pergi jugak lah..nk tgok dinosour

    ReplyDelete
  4. Sakan bergambar tu. Untung datang awal tak sesak dengan orang ramai.

    ReplyDelete
  5. Kita dah berapa kali gi Melaka teringin nak gi MBO yang ada kapal terbang tu tapi takde sala nak melayan hahahaha

    ReplyDelete
  6. Wah! Ada handbag! Tak lama lagi mintak gincu le tu...

    ReplyDelete
  7. Kita dok tunggu gak nak tengok sarapan apa di Melaka ni hihi...
    Macam si Kakak juga MY, dah pandai bergaya gaks... Baju, tudung semua nak sedondon...

    ReplyDelete
  8. Heritage tu memang idaman SA dan Dania tu..x dapat2 pergi lagi..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad