Percutian ke Melaka | Zoo Melaka - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, February 7, 2024

Percutian ke Melaka | Zoo Melaka

Kami sampai zoo dalam pukul 11 pagi kalau tak silap.
Masa lepas parking kereta, 
Suami tanya tanya la orang yang jaga parking tu, 
Berbasa basi kata orang,
Huhu… tak mesra alam langsung tukang jaga parking tu,
Nak tunjuk Melaka sangat kut…

Masuk zoo ni tak dibenarkan bawa makanan dan minuman dari luar ye,
Nanti tak laku pula kedai kedai dalam zoo ni,
Harga tiket masuk,
Boleh semak dalam website mereka ya…
Malas nak salin kat blog MY,

Kami sewa satu tram ni untuk sejam dengan harga RM150,
Boleh berhenti di beberapa tempat,
Kami berhenti di tempat harimau, buaya dan gajah 

Gambar banyak, tapi letak sikit sikit aje lah,
Paling stress bila kebanyakan gambar nampak perut buncit MY.. hahaha
Adoi… naik menyampah tau..
Rasa nak delete je gambar yang huduh tu,
Tak pun upah orang edit bagi perut boncet MY tu jadi flat.


Tram tu berhenti kat depan Taman Dinosour ni,
Alahai… tak faham MY kenapa nak buat Taman Dinosaur dalam zoo,
Panas terik betul dalam kawasan Dinosour ni,
Dah la jalannya berturap konkrit menaik menurun bukit hampir 90 darjah…hahaha..
Over nau 90 darjah… tapi laluan pejalan kaki kat dalam Taman dinosaur ni memang curam,
Semput nak kejar anak anak…
Masa nak naik semula untuk keluar dari Taman,
Huhu… nak tanggal tempurung lutut MY naik bukit..
Wei.. aku datang nak santai santai tengok binatang,
Bukan nak hiking…kahkahkah



Zoo Melaka
Ni tempat petting zoo,
Gebu gebu weh arnabnya,
Geram tengok,
Jinak jinak senuanya,
Rasa teringjn nak membela arnah lagi,
Tapi nanti, habisla pokok pokok Mama Yan kena kunyah dek sang kelinci ni…
Kalau nak masuk kena bayar dan dapat satu bekas kecil sayur,
Mana la cukup satu bekas tu,
Entah la berapa bekas MY belikan untuk Sarah dan Mijan,


Zoo Melaka
Sebelah kawasan arnab tu, reban kambing.
Suka sangat Mijan main dengan kambing tu..
Jinak jinak senuanya..

Ni masa tengok animal show,
Tapi masa ni Mijan dah penat,
Lagipun cuaca terlalu panas,
Nak tunggu persembahan mula dia dah pun dah mula meragam,
Dah mula nak lepuk lepuk mama dia,
Dah mula nak berguling kat lantai,
Puas la MY memujuk tapi tak jalan,
Mijan cubit tangan MY taknak lepas, 
Punyalah sakit,
MY geram,
Balas balik dengan halus dan tersembunyi,
Yeahhh…. Sakan dia menjerit menangis,
Terus MY dukung bawa keluar dari tempat show tu,
Cari toilet, basahkan kepala dan rambut dia,
Bagi minum air masak,
Okay dah diam,
Bawa masuk tempat bird feeding..
Jadi parent yang ada anak istimewa ni memang kena sabar lebih sikit,
Jangan jadi macam MY,
Tangan memang pantas bertindakbalas.


Zoo Melaka
Alhamdulillah… dah baik dah…
Animal show tu lambat sangat ..
Dah la panas terik. 
Mujurlah kat area burung burung ni penuh pokok pokok dan agak redup juga…
Kat tempat bird feeding ni dia bagi satu bekas kecil kuaci untuk burung kuning,
Dan satu bekas kecil susu untuk burung merah,
Kalau aktiviti macam ni,
Mijan suka la…
Kalau duduk menonton sahaja,
Memang dia bosan dan mula buat perangai


Zoo Melaka
Burung burung ni semuanya jinak,
Kalau nampak kita pegang bekas makanan,
Lagi jinak dan ramai yang datang kerumun

Zoo Melaka
Panas panas pun,
Gigihla bergambarkan..
Bukan selalu dapat datang sini…

Zoo Melaka
Ucid masuk pegang bekas makanan,
Makanya…
Penuhla burung burung tu datang kerumun..

Tempat burung ni, station terakhir kami sebelum berangkat meninggalkan zoo Melaka,
Alhamdulillah,
Tercapai dah hajat nak bawa anak anak ke Zoo Melaka.
Secara totalnya,
Memang puas hati,
Bilik air, surau, gerai gerai, kebersihan kawasan…
Semuanya memuaskan…
Tapi kalau nak datang dengan membawa gerabak besar macam keluarga Mama Yan ni,
Kenalah sediakan wang lebih lebih sikit ya…
Dompet MY sampai tinggal duit singgit singgit tiga ke empat keping je…
Habis duk beli makanan haiwan je.
Mainan Mijan lagi nak pujuk dia supaya mengaruk..

Bayangkanla…
Nak naik tram duit tiket,
Nak masuk gua ular dan reptilia, duit tiket lagi,
Nak bagi haiwan makan, duit lagi,
Nak beli souvenir, mestilah duit lagi kaannn….
Belum lagi kejap lapar, kejap haus, nak beli aiskrim la, popcorn la…
Dahh… jom tulis blog banyak banyak..
Biar dapat adsense juta juta ria..
Boleh la pergi Zoo Taiping, Zoo Teruntum, Zootopia bagai lepas ni…




 

8 comments:

  1. Hehehe.. kita tunggu zoo Johor buka balik tak lama lagi.

    ReplyDelete
  2. Bestnya! Syu dh lama x pegi Zoo. Tapi itulah...zoo-nya luas. Malas betul nak jalan. Kena pulak sakit lutut time2 macam ni 🤣

    ReplyDelete
  3. teringat masa pi zoo negara tu 3 jam tau jalan kaki pusing satu zoo tu, tobat lahum... nak sewa tram tu mahei lak tu... tapi kalau macam MY ramai takpe lah. Makanan dan minuman lak harga mahal macam apa kn.... tp kalau bersih toilet dan tempat makan takpelah kan.

    ReplyDelete
  4. seronok pergi zoo yg boleh bagi makan haiwan ni. anak-anak la paliing syok hehe.. tp cuaca panas terik betul skrg kak hehehe

    ReplyDelete
  5. Pernah datang Zoo Melaka masa rombongan sekolah masa kecik je.

    ReplyDelete
  6. Fuh! Lama nya tak ke sini... Agaknya kali terakhir uncle ke sini waktu portugis menyerang Melaka kot....

    ReplyDelete
  7. Nasib baik dinosaur tu tak gerak. 😂

    ReplyDelete
  8. nak pi Zoo Negara je..lama x pi..Zoo Melaka dah banyak kali pi...Zoo Johor katanya nak buka x lama lagi kanm..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad