Sesekali balik kampung,
Macam macam nak dibeli.
Kacang tanah mentah pun beli.
Sebelum rebus, kakak ipar MY dah rendam dulu dah satu malam.
Dah rendam ingatkan tak lama sangat untuk lembut.
Tapi rupanya...
Hahahaha...
Lama jugaaa...
Rebus tak susah pun,
Bahan bahan untuk merebus kacang cuma kacang, air dan garam.
Peralatannya pula periuk dan api.
Senang kann..
Tapi.. Ya ampunn..
Lama sungguh nak empuk.
Empuk ke empok ye?
Malasnya nak meng 'google'.
Mula-mula MY setkan high pressure selama 30 minit.
Lepas dah bunyi tit tit tit..
MY lepaskan tekanan,
Buka periuk,
cedok dua tiga biji untuk buka dan lihat isi kacang tu dah lembut ke belum.
Lahh... 30 minit dalam periuk tekanan belum betul betul lembut lagi.
Dia ada rasa macam mentah mentah sikit macam tu.
Jadi MY tambah lagi High Pressure selama 20 minit.
Lepas 20 minit..
Barulah betul betul empuk dan terasa sedap dikunyah.
Banyak mak mentua MY makan,
Padahal kakak ipar MY kata mak makan dua tiga suap je..
Lepas tu dah tak lalu.
Kakak ipar la yang jadi tukang habiskan makanan dan minuman.
Kesudahannya,
Melambung tinggi bacaan gula Kakak ipar.
Asyik habiskan nasi je..
Nak buang sayang,
Nak simpan tinggal sikit,
Sebelum basuh periuk,
Habiskan dulu nasi dan lauk yang bersisa..
Finally...
Sedapnya mengoyel kacang sambil bersembang.
Ni lah orang yang mengidam kacang rebus tu,
Tapi bila kacang dah siap,
Makan sikit je..
Makin gemuk kami berdua suami isteri,
Faktor usia agaknya...hahaha..
Metabolisme dah menurun.
Padahal, suami MY jenis makan sikit.
Aktiviti biasalah kat kampung.
Kemas pelapah kelapa,
Kait kelapa,
Kemas dan pangkas dahan serta pelepah pokok,
Bakar sampah, dan lain lain lagi.
Ingatkan balik nak meracun,
Eh Pok Ude dah meracun dah minggu lepas.
Pok Ude tu abang suami,
Tapi Mama Yan pun ikut macam anak anak juga panggil Pok Ude.
Kami gerak balik lebih kurang dalam pukul 8.30 malam semalam..
Ada tiga opsyen jalan yang diberi..
Nak ikut yang mana?
Jom kita ikut yang tengah.
ya Allah sedapnye makan kacang tanah...
ReplyDeleteSedapnya kacang rebus. Puas hati rebus sendiri tapi rupanya lama eh, guna periuk noxxa pun hampir sejam tu. Patutlah kat pasar malam mahal.
ReplyDeletelama dah tak makan kacang rebus. sedap, lebih2 if biji dia gebu2. ngap! ngap! masuk mulut
ReplyDeleteNi kalau duduk menghadap kacang rebus, memang tak gerak dah.. sedap !!
ReplyDeletesedapp tuuu.. tak sangka amik mas juga rebus ya
ReplyDeleteKacang tanah kering ni memang makan masa nak rebus. kena rendam dulu.
ReplyDeleteKalau yang fresh dari tanah cepat aje empuknya
tak reti pulak nak tanam kacang tanah
DeleteEh saya baru tahu rebus kacang tanah ini lamaaa 😄😅. Selama ini tak pernah buat langsung, biasa memang selalu beli. Itu hampir 1 jam, dah pake panci presto padahal yaaa. Apa kabar di rebus pake panci biasa 🤣🤣
ReplyDeletesedap gak ek kalau buat kacang rebus makan reramai.
ReplyDeleteselalu kalau reramai kita buat cekodok goreng kopok je..
Bestnya kacang rebus..masak sendiri lagi bagus kot kan..sebab beli kat luar kadang kacang dah x elok dan kadang masin sangat
ReplyDeleteLama jugak nak merebus kacang tanah ni kan. Kalau kacang kuda tu pun nak merebus sikit punya lama walaupun dah rendam lama. Agaknya kacang-kacang ni nak masak memang kena rebus lama kot kan. Guna periuk noxxa pun lama juga kaedahnya.
ReplyDelete