Memandangkan anak anak sedang bercuti di kampung,
MY pun ada peluang la nak mengekor suami turun ke site,
Kali MY ikut suami untuk menyertai pra CPC di salah sebuah projek kami yang terletak di Simpang Renggam, Johor.
Bergambar kenangan bersama cikgu cikgu, wakil PIBG sekolah dan kontraktor utama
Lepas selesai urusan kerja,
Kami semua pun beredar untuk makan tengahari.
Kami makan di Warung Salai Tok Abah, Simpang Renggam.
Walaupun nampak macam warung warung tepi jalan biasa,
Tapi makanan kat sini luar biasa sedapnya.
Yang atas ni pinggan nasi suami,
Suami ambil nasi + bergedil + ulam ulam
Ni pula pinggan nasi MY,
Nasi + ayam goreng + asam rebus bendi.
berair hidung,
ingatkan asam rebus dia tak pedas.
Ambil la kuah banyak banyak...hahaha..
Sungguh MY sekarang langsung tak kuat pedas macam dulu dulu lagi dah
Gulai lemak daging salai ni MY kongsi dengan suami.
Selain masak lemak daging salai, ada juga lauk ikan keli salai dan itik salai.
Kuahnya pekat, pedas dan berlemak.
Cukup rasa masin, masam, manis, pedasnya,
Oh ya..
kut ada yang tertanya apa dia CPC tu...
CPC kat sini bukan Cost per Click tau.
Tapi CPC tu singkatan dari Certificate of Practical Completion atau dalam Bahasa Melayu juga Perakuan Siap Kerja.
Lepas kerja kerja dah siap,
Sebelum boleh serahkan tapak projek kepada pengguna.
Kita kena la pastikan projek betul betul dah siap.
Jadinya,
Sebelum kemas dan bawa barang kerja semua keluar dari tapak pembinaan,
Kita kena aturkan satu perjumpaan di tapak bina bersama sama dengan kontraktor utama, dengan pemaju, dengan klien, dengan konsultan.
Nanti sama sama tengok lukisan dan hasil kerja,
Puas hati ke..
Tak puas hati ke…
Masa tu boleh lihat kalau ada item yang tak siap ke,
Tak sempurna ke..
Boleh repair semula.
Ni untuk projek kecik kecik la..
Projek berskala Tera Giga Mega tak tahu la macam mana dia punya prosedur penyerahan.
Kenapa nak ada pemeriksaan bagai?
Ye la… kalau main serah aje..
Tiba tiba masa nak guna semua haru biru.
Suis lampu tak hidup,
Buka paip air tak keluar,
Tingkap ketat tak boleh buka katup,
Pintu tak boleh kunci,
Bumbung bocor,
Kenalah bawa satu senarai semak (checklist) untuk tandakan kerj kerja yang dah siap,
Yang mana perlukan pembaikan,
Yang mana masih KIV.
Bila dah selesai,
Nanti akan ada site memo untuk highlight perkara perkara yang disebutkan semasa proses CPC tu.
Kontraktor akan diberi sedikit masa untuk selesaikan.
Macam tu lah seba sedikit proses untuk serah bangunan atau projek yang dah siap.
Harap harap semuanya berjalan dengan lancar..
Wassalam
Seronoklah dorang bercuti kat kampung. Mama Yan pun dapatlah dating mengekor encik suami. Memang menyelerakan lauk macam tu. Saya pun suka lauk macam ni. Semoga segala urusan dipermudah oleh Allah dan segalanya berjalan dengan lancar. Aamiin...
ReplyDelete