Citarasa Nostalgia Buffet Berbuka Puasa Amari Johor Bahru - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, March 7, 2024

Citarasa Nostalgia Buffet Berbuka Puasa Amari Johor Bahru

Hola warga Johor…
Selamat menyambut Ramadan...

Citarasa Nostalgia Buffet Berbuka Puasa Amari Johor Bahru

Jom kita berbuka di Amari Hotel Johor Bahru Ramadan ini.
Amari Johor Bahru membawakan Citarasa Nostalgia Buffet yang pastinya memikat selera dan mengembalikan nostalgia berbuka bersama keluarga dan rakan taulan.


Amari Johor Bahru

Memang betul betul mengimbau kenangan zaman muda mudi tau lauk pauk dan menu yang dihidangkan.
Tapi bukanlah semuanya menu orang dulu dulu,
Maksudnya, 
Kalau masa duduk kat Kelantan dulu selalu berbuka ayam percik,
Kat sini pun ada hidangan ayam percik Kelantan.
Sedap bukan main lauk ayam percik kat sini.
Makan dengan putih ngam teruk.
Makan dengan lemang padu teruk.

Amari Johor Bahru
Lemang kat sini laku keras ya,
Letak letak habis,
Tinggal daun pisangnya aje.
Beras pulutnya kembang habis menjadikan lemangnya lembut dan gebu,
Takde kerak langsung,
Lemak masinnya sempurna,
Tapi Indeks Glisemik beras pulut lebih tinggi dari beras nasi putih ye,
Para penghidap diabetes dinasihatkan supaya makan seketul aje,
Yang lebihnya biar orang yang sihat yang makan okay.
Kita orang yang manis manis masih banyak pilihan makanan yang lain.
Apa tidaknya, 
Lebih 150 menu yang dihidangkan,
Pastilah dapat disesuaikan dengan selera dan taraf kesihatan pengunjung.


Citarasa Nostalgia Buffet Berbuka Puasa Amari Johor Bahru
Ada beberapa jenis hidangan masak Lemak yang dihidangkan.
Antaranya masak lemak ketam bunga ni.
ketam dia besau besau tau korang..
Ada juga masak lemak tunjang style Nogori Sembilan.
Suami MY jenis makan nasi suka lauk pauk kenegerian.
Jadi malam tu dia cuba la masak lemak tunjang tu,
Dia kata sedap sangat.
Kena pula ada pucuk paku..
Memang kegemaran dia laa....


Citarasa Nostalgia Buffet Berbuka Puasa Amari Johor Bahru
Ada hidangan aneka jenis kerabu,
Ada kerabu taugeh, kerabu pucuk paku, Kerabu ayam,
kerabu soo hoon, kerabu kacang botol, kerabu seafood, kerabu daging pun ada...
Haa..
kan dah kata...
Kalau yang takut takut nak makan makanan yang boleh menggebukan,
Boleh bedal kerabu kerabu ni,


Citarasa Nostalgia Buffet Berbuka Puasa Amari Johor Bahru
Ini juga salah satu kesukaan Mama Yan, Chinese Yong Tau Foo,
Banyak sangat pilihan yang korang boleh ambil sesuka hati.
Biasakan kalau kita ambil Yong Tau foo ni,
Sementara nak tunggu makcik siap kira,
Bukan main lagi debar rasa di dada,
Kali ni..
Ambik je..
Kalau larat nak pulut, sila pulun puas puas.
Ada Fish Ball, Fish Cake, Crab Stick, Sausages, Crab Ball, Chicken Ball, Stuffed Bean Curd & Vegetable.
Ada juga sos cili, Sos manis, Sos bijan dan sos siracha.

Citarasa Nostalgia Buffet Berbuka Puasa Amari Johor Bahru
Yang ni Seafood Telur Masin.
Memang sedap.
Lemak, tak terlalu masin pun walaupun katanya telur masin.
Baunya harum betul.
Ada udang, lala dan kupang juga

Citarasa Nostalgia Buffet Berbuka Puasa Amari Johor Bahru
Mama Yan nak ambil Nasi beriani ni pula,
Tapi perut dah kenyang sangat.
Okay next time.


Citarasa Nostalgia Buffet Berbuka Puasa Amari Johor Bahru
Lauk pauk untuk nasi beriani ni ada beberapa hidangan.
Yang ni lauk beriyani kambing.


Citarasa Nostalgia Buffet Berbuka Puasa Amari Johor Bahru
Masih menu Kambing..
Taraaa.. Kambing golek dengan Harissa spices.


Citarasa Nostalgia Buffet Berbuka Puasa Amari Johor Bahru
Tergoda sungguh MY tengok ni berpusing pusing..kihkihkih..


Citarasa Nostalgia Buffet Berbuka Puasa Amari Johor Bahru
Yang ni pula Thai Beef Noodle punya station.
Ada Bebola daging, ada hirisan daging, Fish cake, fish ball, bihun. mi kuning, kueteow dan ini semua dihidangkan panas panas...


Citarasa Nostalgia Buffet Berbuka Puasa Amari Johor Bahru
Minuman ada macam macam..
semuanya sedap sedap. 
Ada yang sejuk sejuk...
ada juga air panas tapi tak gambar takyah masuk la...haha
Oh ya.. ada section ais kacang juga.
Apa?
Takut diabetes?
Hujung sekali tu ada infused water.
Jangan risau k.
Meh berbuka dengan aman lagi tenang


Citarasa Nostalgia Buffet Berbuka Puasa Amari Johor Bahru
MY tak pernah lagi makan macaron,
Sibuk ambil gambar,
lupa nak cekut seketul dua macaroon tu.
Alahai rugi rugi.
kek pun ada pelbagai jenis,
ada red velvet, black forest, pandan swiss roll


Citarasa Nostalgia Buffet Berbuka Puasa Amari Johor Bahru
Nak berangan ala Dato Siti pun boleh..
Nah.. stoberi celup coklat..
hahaha...


Ada banyak sangat sangat menunya sampai MY dah tak terambil gambar lagi dah.
Mana taknya..
perut yang berkeroncong minta diisi.
Daripada ambil gambar,
baik ambil makanan terus.
Barulah kenyang.

Antara menu yang Mama Yan ingat lagi,
Ulam-ulaman, kerabu & keropok :
Daun , ulam raja, kacang botol, telur masin, kacang panjang, keropok ikan, keropok udang, papadom, kerabu taugeh, kerabu pucuk paku, kerabu seafood, kerabu daging dan banyak lagi

Aneka jenis sambal : Sambal belacan, sambal mangga, sambal tempoyak, cencaluk, budu

Somtam : betik muda, tomato ceri, kacang panjang, kacang tanah, sos ikan

Sup style Johor : ada Sup berempah, Ayam, daging. ekor, sambal kicap, mi, bihun dan lain lain lagi

Gulai Kawah Terengganu, Gulai Ikan Tongkol, dan Ayam Percik Kelantan

Masak Lemak Cili Padi &Masak Minang Gulai dengan Pucuk Paku

MI Rebus, Laksa Johor, Penang Char Kueteow, Lemang

Kari ayam Thailand, Ikan kukus lemon Thailand,

Yang bahagian bakar bakar kat luar tempat open air tu yang ada kambing bakar, Oven baked potatoes, sate, Ikan bakar, lamb sholder grill, sosej,
Ada satar Terengganu dan otak otak, shawarma, ayam golek, goreng goreng, nasi ulam dan banyak lagilah.
penat dah nak taip. 


Harganya pun sangatlah berbaloi dengan hidangan.
Nett Dewasa :RM168
Nett Warga Emas :RM148
Net Kanak-kanak (umur 6-12) :RM98

Early Bird Diskaun (14 Feb - 12 Mac 2024)
Potongan 20% harga untuk tempahan 2 orang atau lebih,
Potongan 25% harga untuk tempahan 30 orang atau lebih,
Potongan 30% harga untuk tempahan 70 orang atau lebih.
(untuk buffet berbuka puasa dari 13 mac hingga 22 Mac 2024 sahaja)

Bagi Group diskaun pula,
Potongan 15% harga untuk tempahan 2 orang atau lebih,
Potongan 20% harga untuk tempahan 30 orang atau lebih,
Potongan 25% harga untuk tempahan 70 orang atau lebih.
(untuk buffet berbuka puasa dari 23 mac hingga 9 April 2024 sahaja)

Apa apa pun,
Nah... Jangan lupa buat booking kat nombor ni
 +6016-7768547
Amari Johor Bahru
82C Jalan Trus,
Bandar Johor Bahru,
80000 Johor Bahru,
Johor
amaya.johorbahru@amari.com

Yang paling penting..haaa..
Ada lucky drawwww....
Peluang untuk memenangi pakej umrah apabila bebelanja RM 1,000 di dalam satu resit.
Voucher diskaun untuk bilik bilik juga ada untuk dimenangi..
Jom buat tempahan sekarangggg...
@dianafisa81 Citarasa Nostalgia Buffet, Amari, Johor Bahru #buffetramadan #buffetramadan2024 #ramadanbuffet #amayafoodgallery #amari #buffethotel #iftar #bukapuasa #buffetbukapuasa #buffetbukapuasajohor #CapCut ♬ Ramadan - Lux-Inspira

6 comments:

  1. Macam macam Fusion food cuisine ado! Lemang memang sentiasa laku keras kan...Dah banyak macam ni mesti ada yang tak sempat nak rasa.

    ReplyDelete
  2. Whoaaa..Nak datang lagi ke tu nanti? Memang sedappp..Saya setuju! Hehe!

    ReplyDelete
  3. Semuanya sedap belaka!
    Kalau saya sudah tentu ketepikan yang karbohidrat, sebab nak isi perut dengan macam-macam makanan yang sedap!

    ReplyDelete
  4. Ya Allah meriahnya buffet diaaa...
    nampak semua sedap2 belaka, harga dia pun wow!hehehe

    ReplyDelete
  5. meriah betul buffet nyaaa
    kerabu tuuuu
    fuhhh kecurrr

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad