Sedikit coretan buat kenangan,
Kat Johor Hari Ahad dah mula sekolah,
Tapi MY ikut waktu negara mana entah,
Baru hari ni sempat upload cerita kelmarin.
Tahun ni,
Semua sekali pergi sekolah.
Sekali harung ayah hantar naik Starex.
Dah macam abang Mat geng bas sekolah dah ayahnya…
Sekolah abang masuk 7.10 pagi,
Sekolah adik adik masuk 7.20 pagi.
Abang dengan Moq turun dulu sebab sekolah diorang dekat,
Kalau MY kecik kecik dulu jalan kaki je,
Ni rumah dgn sekolah dekat pun nak berhantar,
Manja kali…hahaha
Lepas tu turunkan aril, ucid dan Sarah.
Last sekali barulah Mijan.
Sekolah Mijan jauh sikit,
10 minit perjalanan di pagi hari Ahad,
15 minit di pagi hari lainnya.
Ambil gambar kenangan dulu pagi pagi..
Tahun ni abang jadi pengawas perpustakaan,
Pakai baju ungu dan seluar biru.
Lain macam putih baju baru Sarah & Mijan,
Baju yang lain kusam aje warna… hahaha..
Hentamlah labu..
Asalkan masih muat dipakai.
Ni gambar geng Mijan di hari pertama sekolah,
Siap ada bumble bee datang sekolah ya..
Mana Mijan,?
Tu duduk atas pangku cikgu.
Anak anak semua dah pergi sekolah…
Mama & ayah pun boleh la breakfast date.
Hahaha…
Mentang mentang anak semua dah pergi sekolah,
Beli nasi lemak dua bungkus,
Kuih pulut panggang dan karipap..
Lawan air masak sejuk je,
Tak kena langsung kannn,
Tapi nak buat macam mana,
Nak kena kurangkan kemanisan dalam minuman,
Kesian kan jadi orang yang dah sedia manis ni…
Nak pekena teh tarik + roti canai pun tak berani…
Ni pula kejadian malam sebelum tu,
Tiap tahun pun akan repeat benda sama,
Lepas tu berazam,
Tahun depan aku taknak tangguh lagi,
Ehh… ada je kejadian berulang.
Menyampah betul dengan diri sendiri kalau bab ni.
Alhamdulillah, Syukur Allah bagi nikmat rezeki untuk sekolahkan anak.
Semoga menjadi warganegara yang berbakti kepada agama dan bangsa ya anak anak…
Wassalam
senang skali harung smua sekolah sesi pagi ye...nmpk pulut panggang tu...kebetulan entry kita pn ada juga gmbr pulut panggang
ReplyDeleteanak buah saya pulak baru masuk darjah 1 hari isnin semalam..comel betul tak nangis pun kena tinggal kat sekolah...bapaknya yang hantar, maknya lupa nak mintak cuti..terus nyesal tak hantar anak sulung dia first day..hahahaha
ReplyDeleteSenang urusan semuanya sekolah dekat-dekat. Sekali harung. Semua dah sekolah dapatlah berdating kejap kan. hihi..Amboii Mijan, dok atas pangku cikgu.
ReplyDeleteHarap tahun depan tak ada sejarah berulang, last minit lagi.
MasyaAllah... Semua come dan semangat nak sekolah... Semoga menjaga anak yang cemerlang dan membanggakan ibubapa....
ReplyDeleteDekat SRAI baju purple utk PRS...
ReplyDeleteBab jahit name tag tu bercinta lahai...
bagus la semua sekali harung..SA dah x de dah pengalaman ni semua..anak dara dah 20 thaun umur tahun ni...
ReplyDelete