Kek Kukus Coklat Eco Shop - aziankhalil.com

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, March 15, 2024

Kek Kukus Coklat Eco Shop


Sebagai hidangan sampingan anak anak berbuka,
MY kukuskan kek coklat.
Tepungnya Mama Yan beli tepung kek kukus coklat jenama Noraini’s di kedai Eco.
Senang aje nak buatnya,
Tambah telur, gula, minyak dan pukul sebati.
Masukkan tepung kek dan air secara berselang seli.
Kacau sebati.
Cara nak buat ada tertulis pada bungkusan tepung tu.
Nak kukus boleh,
Nak bakar dalam ketuhar pun boleh

IMG_3728
Panaskan air kukusan.
Sendukkan bancuhan dalam acuan.
Acuan kertas ni MY beli di kedai Eco juga.
Masa belum masak,
Bukan main cantik paper cup tu,
1 bungkusan tepung tu dapatlah 16 biji je kek cawan comel tu,
Boleh la…
Buat tambah tambah penuhkan meja berbuka..


IMG_3729
Tu diaa… kembng paper cup nya…
Ahhh… 
Nak pergi beli acuan plastik tahan panas la macam ni.
Sakit mata tengok huduh huduh macam ni…
Walaupun huduh,
Tapi rasa dia sedap ye…
Boleh la buat lagi lepas ni…
 

668f1248-1bae-44fc-8078-846e94fb7e06
Siapa nak cuba,
Boleh dapatkan di eco shop dengan harga RM 2.40 sahaja sebungkus.
Budak budak kan suka perisa coklat,
Kalau kita yang dewasa ni,
Lebih suka pilih perisa pandan macam tu…
Selain tepung adunan segera kek coklat ni,
Mama Yan juga ada membeli tepung penkek dan donat,
Nanti kita cuba pula buat penkek dan donat guna tepung segera ni ya..
Dahhh… wassalam






 

13 comments:

  1. PhotoGridLite_1661075372308

    Lama tak buat.. Dulu selalu beli yg sekotak tu... Mmg dapat banyak.. 2x makan.. Puas hati lah... Kikiki...
    Linda mmg ad acuan lompang ngan apam tu... Guna je tu...

    ReplyDelete
  2. IMG_0494

    wah menarik ni boleh la beli jugak kat kedai eco nanti boleh buat mudah je caranya tu.

    ReplyDelete
  3. 20190927_082126

    bukan je tepung kek, tepung roti jala tepung pancake tp itulah belum terbuat2 lagi kat rumah tu MY oi

    ReplyDelete
  4. Sihatimerahjambu

    Mudah betul ni. Gerenti jadi punya kan. Haa kalau ada acuan, cantik lagi hasilnya.

    ReplyDelete
  5. 20211230_075035

    hehe tergelak plk tgk kejadian papercup tu aduiii tak bagi kerjasama betul dia ek...

    ReplyDelete
  6. ZYJPicy

    senang kan buat kek pakai tepung segera ni, saya pun selalu buat macam ni..hehe

    ReplyDelete
  7. 39846816_10216632032133830_6333715445945729024_o

    Mudah je bila ada tepung macam ini...

    ReplyDelete
  8. IMG20221116111244
  9. DSC_2512

    Tepung instan macam nih andalan saya juga kalo nak buat kue 😄. Maklum lah kak, skill masak tak improve2 dari dulu 🤣. Cara yg gampang saja. 😄

    ReplyDelete
  10. FB_IMG_1545570899698

    Asal pergi eco jer mesti terlupa nak beli serbuk instant kek coklat ni . Alahaii . Ehh cupcake coklat kalau letak sikit topping coklat menarik ..

    ReplyDelete
  11. IMG-20211012-WA0053

    Lama dah tak baking apa-apa ni. Boleh cuba nanti ni

    ReplyDelete
  12. nona-sani

    Saya pernah beli yg segera punya tapi Bakar pakai air fryer..haha.. bolehlah..Nanti nk try mengukus pulak..

    ReplyDelete
  13. unnamed%252520%25282%2529

    hehe tergelak pulak tengok kejadian papercup selepas tu =P

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad