Hari Isnin lepas,
Kami pergi beli baju dan kelengkapan persekolahan anak anak. Pagi pagi dah keluar,
Sarapan kat Taman Universiti,
Lepas tu, terus ke kedai yee fat
Nak dapat parking pun susah,
Jadi MY dan anak anak turun dulu,
MY dah settlekan Sarah punya kelengkapan sehari sebelum tu
Tinggal nak siapkan anak anak bujang.
Cari kelengkapan anak bujang senang sikit,
Lebih pantas dan tak banyak cerewet.
Anak perempuan ni faham faham lah kan..
Kejap nak kain cotton,
Kejap nak kain licin,
Taknak kain zip,
Nak tudung dua lapis,
Macam macam lah.
Sebab tu lah anak perempuan sorang tu,
Kita shopping kan kelengkapan dia takyah campur dengan adik beradik lain,
Fokus dia sorang je
Selesai beli barang sekolah,
Anak anak ajak tengok wayang,
Dah tak boleh tolak ansur dah,
Nak nak adik Mijan,
Ayahnya ajak pergi Angsana dulu cari baju raya,
Dia dah mengaruk nak tengok kungfu panda,
Mengalah ayahnya..
Terus ke AEON Bukit Indah.
Lepas habis tengok wayang,
Terus gerak ke Angsana.
Ingat nak makan, solat zuhur dan cari baju raya kat Angsana,
Tapi, jalan masuk Angsana full, sesak lagi padat tanpa diketahui puncanya,
Padahal hari Isnin, bukannya weekend.
Terus cancel niat nak ke Angsana.
Suami MY cakap,
Kita makan kat Zaituna, lepas tu balik ye,
Okayy…
Tu yang singgah ke Sekolah Teknik JB ambil borang tu.
Macam biasa kami order 2 family set ni.
Satu dulang ni ada tiga jenis nasi dia bagi.
Yang kuning tu nasi Arab Mandy,
Yang warna oren tu nasi Arab Kabsa,
dan yang warna coklat tu, Nasi Arab maqluba.
Ayam dua portion,
Kambing dua portion,
Ngam je untuk kami berlapan beranak.
Air kami order ice lemon tea jug aje.
Kat sini kalau nak salad salatah tu kena order lain.
Tapi kami tak order pun.
Makan je apa yang ada.
Ada dua mangkuk sup dan satu mangkuk sos harrah.
Takpelah,
Kalau ada sayur pun,
Mama Yan dan suami aje yang makan.
ouch..seksinya ayam…
Takde ambil apa apa side dishes sebab selalunya nasi dulang ni pun dah buat kenyang sangat sangat,
Pernah ambil side dish,
Shawarma la, kebab la, baklava la..
Tapi semuanya tak pernah habis pun…
Nafsu makan besar,
Tapi kantung perutnya tak besar mana.
Nasi Arab kat sini memang sedap la pada MY,
Lembut gebu aje berasnya,
Rasa pun sedap,
Tak over sangat rasa rempah ratusnya.
Secukup rasa la kata orang.
Sebab tu la kami kerap juga repeat makan kat sini.
Lepas siap makan terus aje balik ke rumah.
Takde singgah menyinggah lagi dah..
Bukan takat nasi arab aje yang ada,
Ada juga makanan lain macam ayam atau daging panggang dengan resipi Arab, dihidangkan bersama roti arab dan fries.
Ada juga pizza, pasta, burger, dan desserts seperti kunafa serta deretan baklava yang menarik.
Yang nak cuba makan nasi Arab kat sini,
Ni alamatnya ya:-
27, Jalan Tasek
80200 Johor Bahru, Johore
Malaysia
Cerewet perempuan hanya kita perempuan je yang tahu. Hihi...Dia kalau tempat tu menepati selera, memang situlah je lah kita pergi. Kenyang makan nasi arab ni. Kalau side dish tu macam MamaYan cakap, jarang habis sebab dah kenyang makan nasi.
ReplyDeletepenah dgr je nama resto ni
ReplyDeletedari dulu lg
tp belum berkesempatan singgah sini
ayam tuuu fuhhhh
Masuk kedai nasi Arab memang tak perlu dah order side dish. Portion nasi dan ayam yang diorang bagi pun dah cukup mengenyangkan perut. 😄
ReplyDeleteLepas ni kena cari kedai nasi pakistan pulaklah
ReplyDeletehahaha faham sangat bab cerewet tu. Kalau kain licin nanti tak selesa bila panas tapi kalau kain cotton, kemain buruk nau kalau berkedut. Satu hal nak kena angkat baju setiap kali nak duduk. baru tahu jenis nasi arab ni, bila berbeza warna tu nampak lah jenis2 dia. selalu hentam semuanya nasi arab je haha
ReplyDelete