Masak Daging Dendeng - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, March 21, 2024

Masak Daging Dendeng



Akhirnya,
berjaya juga Mama Yan masak daging dendeng,
Setelah lama memasang angan angan.
Takdelah susah sangat nak membuatnya,
Tapi boleh tahan leceh jugalah cara pembuatannya.

Part yang paling malas tu,
bab nak tumbuk daging yang dah direbus tu.
Longlai rasa tangan puasa puasa ni menumbuk daging rebus.

Sebelum mula masak, 
Dah rendam daging,
Tapi belum ada rancangan daging nak masak apa,
Mama Yan siap tanya suami nak masak apa daging ni agaknya..
Suami punya jawapan,
Asalkan bukan kari, cukuplah..
Hahaha...
Nampak tak..?
Betapa kerapnya Mama Yan masak kari kat rumah,
Sampai suami MY dah tak lalu nak makan kari dah kat rumah.
Nak buat macam mana kan..
Anak anak MY suka makan kari,
Cuma bulan puasa ni,
Malas la asyik bagi makan kari,
Dah la musim panas,
bertambah panas la badan kena rempah kari..

Mama Yan selalu masak kari tu bukan apa...
Kalau masak kari kan..
lauk kari yang tak habis tu,
Esok esoknya kita buah jemput jemput ke,
lempeng ke... boleh cicah dengan kari..
Tu pasal la selalu masak kari.
Kalau masak lemak putih, masak sup, masak kicap,
Mana ngam nak buat cicah tepung goreng ni..
ye dak??

Jom tengok Mama Yan punya resepi dendeng yang Mama Yan tiru dari dalam majalah,
Tapi MY ubah la sikit sikit,
Tak la copy & paste hundred percent.
Mungkin dalam 99% la kut tiru.
1 peratus je yang Mama Yan ubah,
hahaha.. baik tak payah ubah ye dak..
aje poyo minah ni.

RESEPI DAGING DENDENG 

Bahan-bahan:

1/2 kg daging | potong sederhana 

1 biji bawang merah saiz sedang - kisar

5 ulas bawang merah kecil - kisar

2 batang serai - kisar

1 inci halia - kisar

2 sudu cili kisar

Kicap lemak manis secukupnya

Sos tiram secukupnya 

1 cawan air rebusan daging

Garam dan gula secukup rasa



Cara memasak:


1. Daging direbus sehingga lembut.

Simpan air rebusannya. Toskan daging dan sejukkan. 

2. Setelah sejuk, tumbuk daging hingga nipis. Pastikan tidak hancur sangat. 

3. Asingkan daging tadi kedalam mangkuk dan campurkan dengan kicap manis. Masukkan kicap sehingga daging nampak kehitaman. 

4. Perapkan selama 20 minit. 

5. Panaskan minyak dan goreng daging tadi hingga sedikit garing. Toskan dan letak dalam pinggan berasingan. Ketepikan. 

6. Tumis bahan kisar hingga wangi. 

7. Kemudian masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.

 8. Tambahkan garam dan gula dengan secukupnya.

Tambahkan juga sedikit sos tiram dan kicap manis. 

9. Apabila dah cukup garing dan rata, masukkan daging yang digoreng tadi. 

Gaul sehingga sekata.

10. Akhir sekali, masukkan air rebusan daging yang diasingkan sebelum ini. 

Masak sehingga dendeng menjadi kering. 

11. Sedia untuk dinikmati.


Resepi daging dendeng mudah

Mama Yan gunakan kicap Lemak Manis Jalen yang dapat masa pergi jemputan kahwin anak Wak Jali bulan lepas.

Mudah mudahan sampai pahala buat Wak Jali kerana bagi barang makan untuk orang berbuka puasa.

Bagus betul strategi pemasaran Jalen ni tau.

Dulu dulu,

dalam 15 tahun lepas,

Kicap Jalen ada jual sekitar Johor aje.

Masa anak MY kecik kecik dulu,

Kalau balik Raub,

kami terpaksa bawa botol kicap Jalen balik sekali.

Sebab kat Raub takde jual kicap Jalen.

Boleh si abang mengaruk taknak makan kicap Cap Kipas Udang kat rumah atok Raub.

Pusing keliling bandar Raub atok dia naik motor cari Kicap Jalen.

Lepas tu, memang bawa kicap sendiri la...



Resepi daging dendeng
Daging perap kicap tadi tu,
Mama Yan goreng dalam minyak yang cukup panas,
Kemudian,
Angkat dan toskan,l minyaknya,
Bekas penapis besi ni MY beli di Eco Shop la..
Kat mana lagi tempat shopping barang dapur mur mur kann,
Bagus beli penapis besi ni,
Senang nak toskan makanan panas panas,

Alhamdulillah,
Jadi juga Mama Yan punya daging dendeng,
Suami kata,
Rasanya yang mama masak ni lagi sedap daripada Kerol Aming punya,
Hahaha…bagus… pandai bodek bini..
Esok bini ni masak lagi ye..
Tapi tak bodek atau puji pun,  
Mama Yan tetap masak juga,

Mama Yan juga kukuskan kuih pau segera kedai eco,
 dan suami ada belikan ayam goreng dari kedai mamak, 
Sebabnya, adik Mijan belum pandai makan daging,
Dia reti makan ayam je,
Alhamdulillah, 
Syukur atas segala rezeki yang Allah kurniakan sehingga ke hari ini.






 

9 comments:

  1. Tiba-tiba CCL teringat kalah battle daging. Dendeng KA tu

    ReplyDelete
  2. Sedapnya daging dendeng. Ingatkan resipi KA tadi. Kalau tengok orang masak, nampak senang je. Sekali dah buat agak renyah nak buat 1, 1 kan.

    ReplyDelete
  3. tk pernah try lg masak daging dendeng tp tgk resepi KA terliur

    ReplyDelete
  4. tengok resepi macam senang tapi bila dah buat tu renyah juga sgh kan

    ReplyDelete
  5. nampak mudah resepi dia. tapi tu la bab nak tumbuk tu memang LM agak malas sebab tu tak try lagi buat kot

    ReplyDelete
  6. Memang lemah bab nak menumbuk daging tu kan.

    ReplyDelete
  7. kalau di Kelate versi yg hampir sama ialah daging kerutuk.

    ReplyDelete
  8. Mama saya dulu sering buat. Kalo saya dah give up lah kak. Beli dari saudara kalo teringin daging dendeng 😂😄.. ribet nak memasaknya memang, apalagi bab di pukul2 tuh kan 🤭

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad