Meneruskan legasi Sekolah Teknik - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, March 22, 2024

Meneruskan legasi Sekolah Teknik





Alhamdulillah,
Semalam dah dapat surat tawaran abang ke Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru,
Tak dapat pun SBP dan MRSM,
Belajar pun tak berapa rajin,
Dapat sekolah teknik pun dah cukup bagus dah.

Memang saja tak mohon awal awal sebab kebelakngan ni,
MY tengok,
Sekolah teknik ada buat pengambilan rayuan kedua, 
Jadi kita usahakan aje untuk mohon pengambilan rayuan,

Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru ni merupakan sekolah tempat ayahnya menimba ilmu sekitar tahun 1993/94.
Semoga abang jadi pelajar yang cemerlang di SMTJB nanti,
Jangan ikut perangai ayah tauu… hahaha




Mama Yan belum finalised lagi berapa total pembayaran yuran yang perlu disediakan,
Baru je lepas isi borang borang yang pelbagai jenis.
Banyak betul borang yang perlu diisi,
Ada borang kebenaran lawatan,
Borang rawatan,
Borang bius, borang akujanji, 
Borang profile,
Mamanya isi guna adobe je,
Nak tulis tangan, memang tak siap sehari,
Jangan tanya kenapa tak suruh anak isi sendiri,
Sebab tulisan dia,
Dia sendiri tak faham kadang tu,
Cikgu kalau tanda buku tulis dia,
Mesti disertai dengan kata-kata,
“Baiki tulisan anda!”

Banyak lagi barang yang takde ni,
Petang kang nak keluar cari barang dia sikit sikit,
Lepas tu nak berbuka puasa di luar,
Sebabnya,
30hb kami ada majlis berbuka puasa syarikat & keluarga,
Tapi abang pula tak dapat ikut sebab pendaftaran sekolah teknik bermula hari Ahad ni,
So, petang ni kita bawa la abang berbuka puasa buffet dulu di Pulai Spring,
Harap harap semua urusan dipermudahkan,
Aminnn




5 comments:

  1. Tahniah, abang. Jangan ikut perangai ayah, ikut perangai mama tau 🤭. Kita ramai geng lepasan Sek Teknik JB.

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Semoga jadi pelajar yang cemerlang.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Tahniah... Nak masuk sek teknik pun bukn senang sekrang nie...

    ReplyDelete
  4. Tahniah abang dapat tawaran ke smtjb

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..dapat juga meneruskan legasi sekolah teknik. Sekolah ayahnya pula tu kan. Semoga bersemangat abang belajar.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad