Pendaftaran masuk ke sekolah teknik - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, March 24, 2024

Pendaftaran masuk ke sekolah teknik

Pagi semalam Mama Yan dan suami hantar masuk anak sulung kami melanjutkan persekolahan menengah atas ke sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.
Rasa macam baru je tengok dia ambil skrol tadika,
Eh, dah hantar duduk asrama tingkatan 4 pula.
Cepatnya masa berlalu…


Sebelum masuk asrama, 
Bawa shopping barang keperluan dulu,
Kasut korporat warna hitam,
Seluar slack hitam,
Tambah lagi selai seluar track,
Keperluan mandian dan penjagaan diri,
Ayahnya belikan kasut jenama Camel, 
Seluar,tali pinggang, kat AEON,
Personal care beli di Watson.
Kemahin kan..
Anak first tima nak masuk asrama,
Kemain belikan barang jenama,
Bukan tak tahu, kehilangan barang dan budak asrama sangatlah sinonim,


Suasana semasa pendaftaran pagi semalam.
Susahnya nak suruh bujang sorang ni berdikari.
Berkepit aje dekat maknya.
Cikgu tanya apa apa,
Dia boleh pandang mak dia pass soalan.
Adoiii…

Kelmarin, Mama Yan dah susunkan semua borang borang dia,
Dah suruh dia dengan ayahnya semak dan tandatangan,
Ehh… pagi semalam,
Boleh pula surat tawaran tertinggal tak disertakan,
Mamanya ni berbuih mulut suruh semak ikut ‘checklist’ yang diberi,
Dah semak?
Dah!
Semua ok? Ada apa apa yang tertinggal?
Takdek… semua dah!
Kelam kabut ayahnya call kawan kawan yang kerja kat area Jb minta tolong printkan.
Lepas tu,
Settle bab surat tawaran…
Lupa bawa gambar pulaaaakkkkk….
Hadoi mak geramnya…
Kalau mak ni takde,
Dia bawa sependa dengan berus gigi je agaknya masuk asrama,
Sebenarnya dah bagitahu,
Abang, nanti kita kena keluar amik gambar pasport,
Okay okay…
Pastu lupa..
Dan terus lupa sampai lah masa daftar semalam,
Masa cikgu minta,
Baru la teringat dua dua,
Sengih aje la mak dengan anak pun…

Abang mohon kelas kejuruteraan awam,
Dan berjaya dapat kelas awam,
Sama macam mama dia,
Nama kelas pun sama macam mama dia zaman sekolah dulu,
4 Awam 2 atau 4A2.
Kat sini abang ambil matapelajaran teras :
1. Bahasa Melayu, 
2. Bahasa Inggeris,
3. Matematik,
4. Pendidikan Islam,
5. Sejarah
Mata pelajaran elektif : 
6. Fizik
7. Kimia
8. Matematik Tambahan
9. Lukisan Kejuruteraan
10. Pengajian Kejuruteraan Awam

Kat koperasi sekolah,
Masa tengah pilih saiz untuk baju,
Tambah sekali seluar slack hitam untuk dipakai bersama baju korporat sekolah.
Dia tengok tadi jenama seluar tu Black Cat,
Dia boleh gelak,
Dia kata ni macam jenama seluar adik Mijan.
Tu lah dia… dah terbiasa pakai jenama Falcon,
Maknya ni gasak pakai seluar madr in China beli kat shopee,
Datang anak anak,
Eksen.. *mak tepuk dahi*

Wahhh… pakai bantal hilton okay… 
Mama Yan dalam kepala dah ingat dah…
Lepas dah pasangkan cadar,
Nak ambil gambar katil abang,
Lupa juga…
Dasar blogger sendu,

Harapan Mama Yan.,
Semoga abang pandai bawa diri hidup bersama kawan-kawan di asrama..
Belajar rajin -rajin abang,
Bukan untuk mama atau ayah,
Tapi untuk masa depan sendiri,
Di masa hadapan,
Hidup makin mencabar,
Jadi persaingan semakin sengit,
Kena usaha lebih sikit okay…
Jangan mengalah..
Doa mama selalu mengiringi abang di mana saja berada.



 

8 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah Abang!
    Semoga Abang sentiasa sukses selalu 🤲

    ReplyDelete
  2. smoga baik2 abang dok asrama...wah bantal hilton..syok la lena kt asrama tu

    ReplyDelete
  3. gitulah anak lelaki kan MY, jenis selamba je apa adanya jelah bagi dia... moga semua yg baik-baik je untuk abang ya

    ReplyDelete
  4. Hahahah.. bab tak bawa gambar tu kita dah biasa jumpa, senyum aje la.. takkan nak suruh balik pulak 🤭

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dan Tahniah Abang. All the best dan moga sentiasa dalam lindungan Allah. Bantal Hilton tu Abang.

    ReplyDelete
  6. Macam-macam lupa tu. Sabar je lah. Masa saya dulu nama kelas kalau untuk Awam, PKA (pengajian Kejuruteraan Awam), 4PKA1 macam tu. Harap semua barang-barang dijaga dengan elok.

    ReplyDelete
  7. Saya rasa harus bersiap seperti ini juga kalo nanti anak saya dah tinggal asrama 😅😄. Memang harus kita sebagai orangtua yg cek semua barang mereka kan 🤭😅.

    Semoga Abang selalu dilindungi , jauh dari orang2 yg tak baik di asrama.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad