Pinggan Bunga Kekwa Hitam - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, March 4, 2024

Pinggan Bunga Kekwa Hitam

Lepas balik dari kampung hari tu,
MY ada bau masam kat area periuk nasi tu,
Hmm… dah agak dah…
Mesti ada sesuatu dalam air fryer ni.
Yaaa… ada 4 biji karipap.
Tanya senua tak mengaku,
Kita anggap je la kucing yang panaskan karipap dalam air fryer tu,
Lepas tu,
Mama bukakan wet food,
Terus lupa kat karipap dia.
Karipap ni MY buat sendiri.
Lepas tu frozenkan dalam freezer,
Bila anak anak nak makan,
Tinggal letak dalam air fryer aje.
Tapi ty lah,
Sebab dah senang sangat,
Eh… sampai lupa pulak dia ye…


MY kalau balik kampung memang suka kemas kemas,
Kali ni kemas ada makna..
Hehehe..
Kali ni sambil kemas,
MY angkut bawa balik pinggan mangkuk lama mak.
Daripada terbiar berhabuk sakan salam kabinet,
Baik MY yang ambil dan pakai.
Yang kat atas ni mangkuk nasi kata mak.
Saiz besar tapi ada 4 biji je.
Tapi, MY buat mangkuk hidang lauk.


Yang ni pula pinggan makan nasi.
Banyak juga MY ambil. 
Tinggalkan 4 biji je buat pusaka


Yang ni pula,
Pinggan bunga kangkung,
Ada sebiji je…
Ambil juga.
Suami MY jeling jeling…
Nanti apa kata adik beradik kalau tahu awak ambil pinggan mak?
Ala.. siapa suruh diorang tak ambil.
Sementara mak abah ada ni,
Nak apa apa,
Minta la baik-baik,
Kalau orang tua dah takde lagi,
Tak boleh nak ambil sesuka hati,
Ada waris faraid.

Sekarang selalu sangat terbaca kisah,
Adik beradik yang dulunya baik dan rapat,
Berubah setelah ketiadaan ibu bapa,
Sampai bergaduh berebut tanah dan harta…
Tapi takdelah MY nak minta tanah dan rumah pulak,
Setakat pinggan berhabuk tu,
Berani la…
Abah kata ni pinggan masa duduk rumah kuarters dulu lagi..
Maknanya umur pinggan ni lebih lama dari Mama Yan sebab
MY lahir masa keluarga MY dah pindah masuk ke rumah sekarang ni.

Bagi MY,
Pinggan makan bukan sekadar alas makanan,
Tapi juga boleh menggamit nostalgia dan memori,
Kadang kadang ia juga sebagai satu kaedah menunjukkan penghargaan,
Contohnya;
Bila makan dalam tray besi,
Secara tak langsung kita akan teringat kenangan makan bersama rakan rakan di dewan makan asrama,
Makan dalam pinggan plastik warna biru,
Eh.. macam kat kantin sekolah pula,
Sesekali tetamu datang kita raikan dengan menjamu selera guna pinggan mangkuk yang elok sikit paras rupanya,
Takkan nak bagi makan guna pinggan plastik anak..
Atau mangkuk melamin yang dah berkunyit,
Bukan wajib nak tunjuk sampai habis beribu ribu membeli pinggan,
Asalkan pinggan tu nampak elok cukuplah kann…
Eh .. tapi untuk keluarga pun,
Janganlah tunggu sampai reput baru nak tukar,
Yang dah bertaik lalat atau pudar gambarnya,
Dah boleh la tukar yang baru.

Rasanya dah cukup dah pinggan kat rumah MY ni kalau ada keluarga datang bertandang, 
Cuma pinggannya campur campur dan harga marhaien aje.
Takde pinggan T20.
Pinggan Portmeirion yang ada dua tiga ketul tu,
Buat ambik gambar pos dalam IG dan blog aje
Hehehe…
Dan MY pun dah tak berhasrat menambah bilangan pinggan kayangan lagi…
Sedang cuba merasa cukup apa yang ada..
Kalau perlu, 
Baru kita beli lagi..
InsyaAllah

 






 

8 comments:

  1. Iya ya kak...di rumah almarhumah ibu sayapun banyak barang pecah belah yang tak terpakai...sayang dari pada berdebu...memang bagusnya di pakai.

    ReplyDelete
  2. mujur tak sampai berulat lagi karipap tu MY, kalau idok jenuh nk nyental ke buang je AF tu heheheh. Pinggang gitu kat rumah nyai ada banyak, dan masih digunakan lagi, kadang teringin jugak nak sonlap sikit, nyai bagi punya sebab dia ada banyak hehehhe

    ReplyDelete
  3. Tertarik jugak nak beli PML Bunga Kangkung & Kekwa Hitam tapi mengenangkan harganya mengalahkan pinggan PM terus tak jadi. Mcm MY ni mmg ambil dari keluarga, ok jugak. Kita risau pulak kalu beli sebarang², kang malam² dgr lagu 'pulangkan...'

    ReplyDelete
  4. alahai macam mana boleh lupa karipap dalam air fryer tu , hehe .
    cantik pinggan tu , design -design dulu ni ,

    ReplyDelete
  5. PH pun ada pinggan bunga kangkung tu, arwah Mak bagi. Sayang sungguh dgn pinggan tu sbb penuh dengan memori termasuk kenangan dgn arwah Ayah. Ingat nak cukupkan koleksi dgn mangkuk piring semua, tapi mahal betul harganys sekarang. Jual loose pulak tu, bukan set :(

    ReplyDelete
  6. Biasalah tu, bila tanya taknak mengaku. hihi..sabar je lah
    Saya pun dah amek beberapa design pinggan lama. Senang mintak je mak. Buat untuk props gambar je.

    ReplyDelete
  7. betul tu..biarlah tak ada harta daripada ada harta pastu bermasam muka adik beradik. kadang adik beradik ok tapi pasangan adik beradik pulak melebih2.

    mama ammi takde harta jadi pinggan mangkuk periuk dia semua mmg kami bahagi masa ammi masuk semula dalam ruman ni. sebab tak adillah kalau semua tinggal je dalam rumah ni dan ammi sorang guna. walaupun ada yg ammi belikan untuk mama..itu dah jadi harta mama...jadi siapa nak abmil jelah

    ReplyDelete
  8. Antik pinggannya. Semoga tiap kali guna, dapat lah pahala buat arwah.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad