Hari Khamis lepas,tiba tiba suami pelawa anak anak,
Siapa nak ikut ayah balik rumah atok?
Ada kerja sikit..
Semua nak ikut...
Lepas Maghrib baru kami gerak dari rumah.
Singgah makan kat Simpang Renggam.
Main berhenti je kat warung kat Simpang Renggam tu.
Nampak meriah.
Penuh lampu terang benderang.
Nama Warung ni Mbah Sugeh,
Parking pun ada, takleh parking panjang tepi tepi jalan tu.
Banyak juga menu yang ada dijual di warung ni.
Dari goreng goreng ala carte,
Sampai la ke western dan burger…
Semua ada…
Rambang mata anak anak tengok buku menu,
Selfie dengan anak dara memang satu kemestian ya walau di mana jua.
Lagipun dia je yang nak layan mak dia ni berswafoto..
Anak anak bujang dan bapak bujang tu mana ada heran nak bergambar ni semua.
Moq order bandung ais.
Kecur tengok air bandung dia.
Masing masing layan handphone..
Begitulah anak anak zaman sekarang.
Ni nasi goreng daging yang suami Mama Yan order.
Nasi dan daging dah sama banyak gayanya.
Sedappp… pedas melesing.
Suami makan tak habis..
Aikkk… dah tak kuat pedas agaknya suami MY sekarang.
Suami tak mampu nak habiskan,
MY pun apa lagi,
Sapu bersih..hahaha
Dah lama tak makan nasi goreng cili padi pedas pedas macam ni..
Yang ni pula Chicken Chop anak anak..
Boleh tahan sedap.
Ayam dia rangup dia luar juicy di dalam.
Kuah black pepper tercrop keluar dari frame pulak.
Mi goreng daging ni Mama Yan yang order,
Sedap juga…
Tapi tak sesedap nasi goreng daging.
Mama Yan habiskan nasi goteng suami,
Akhirnya mi goreng daging MY yang tak habis.
Yelah.. dah kenyang makan nasi goreng daging pedas bersulam air..
Tu yang dah kenyang tu.
Makanan Ucid malam tu,
MY tertinggal tak ambil.
Dia order Burger Kobong King.
Tu gigitan terakhir burger dia.
Gambar kelabu asap sebab Aril yang ambilkan.
Burger dia bukan macam Ramli ke.. burger Zam ke..
Burger dia tebal tau dia patty tu.
Mama Yan tak rasa burger Ucid,
Tapi sedaplah kut,
Habis licin burgernya.
Kalau lalu lagi kat sini,
Boleh lah singgah lagi,
Mama Yan macam teringin nak rasa burger dia.
Nak cuba? Jom ke restoran Mbah Sugeh,
Bandar Baru Ibrahim Majid,
Simpang Renggam, Johor.
Facebook page Mbah Sugeh
Kalau dah hampir licin tu mesti sedap..mee goreng daing tu nampka menggoda
ReplyDeleteSalam Ramadan dan selamat berpuasa :)
ReplyDeletemenarik semua menu nya MY, nampak penuh daging betul ns gorengnya tu ya
ReplyDeleteDatang sini time puasa hari pertama dan nampak pulak air bandung...hehehe
ReplyDeleteTengok air bandung masa puasa ni lagilah kecur. hihi...
ReplyDeleteMeriah nasi goreng daging dia. Memang sedaplah bila ada rasa pedas. Agaknya husband akak dah kenyang kot. Mi pulak tak habis.
Syok nyer... Mee goreng nampak sedappp
ReplyDeleteSyok nyer... Mee goreng nampak sedappp
ReplyDelete