Biskut raya yang pertama Mama Yan buat tahun ni,
Buat biskut samperit macam MY kecik kecik dulu je,
Buat dua adunan aje pun dah penat.. haha
Masa belum bakar nampak cantik,
Bila dah bakar,
Hmm… patah hati melihatnya,.. huhu
MY guna resepi ni,
Resepi Biskut Samperit
250 gram marjerin
3/4 cawan gula kaster
1 biji kuning telur
1 camca esen vanila
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastad
2 cawan tepung gandum
Coklat cip untuk hiasan
Cara membuat:
Gaul sebati marjerin dan gula.
Kemudian masukkan telur dan esen vanila,
Kacau lagi hingga sebati,
Jangan pukul sampai kembang,
Masukkan tepung dan hingga menjadi doh.
Terap guna acuan yag disukai.
MY buat guna presser bunga dahlia yang plastik,
Tapi kejadian bunganya tak cantik sangat,
Sakit aih mata.
Bakar lebih kurang 12 minit dengan api 170 darjah Celcius,
Tapi kena ikut ragam ketuhar masing masing ya..
Nak bagi bunga dia tak jatuh lepas bakar,
Lepas terap,
Biarkan terdedah kepada udara dalam setengah jam macam tu,
Sambil sambil tu MY pun tengok la drama korea kat handphone.
Sekali lupa nak tengok kuih dalam oven,
Hmm… gelap sikit warna yang mula mula ni,
Masa MY kecil dulu,
Hiasan tengah tu pakai ceri yang dipotong potong,
Tapi sekarang dah tua dah,
Malas nak lekitkan tangan potong ceri,
Jadi MY guna coklat cip aje,
Orang kata,
Kalau nak lagi sedap,
Gunalah pure butter,
Tapi MY takde kisah pun,
Takde tanya tanya..
Kuih ko pakai pior butter ke marjerin kampit?
Takde… takde…
Kunyah telan je diam diam…
Sedap makan banyak,
Tak sedap makan sikit,
Lepas ni nak kena buat cornflakes madu pula,
Kuih raya wajib tu,
Abang asmara … eh abang asrama order nak bawak balik asrama lepas raya nanti,
Apa saja yang korang nak mama ikut ye anak,
Asalkan korang nak belajar bersungguh sungguh okay!
Cie selalu buat semperit susu. Bahan pun senang tapi tahun ni tak buat kot.
ReplyDeleteTapi rasa dia okay lagi tak? buat makan makan okay lah tu. Rajin mama Yan buat kuih raya. Kuih fav ni tapi tak pandai nak membuatnya. Risau dia jadi leper tu je lah bila membakar. hihi...
ReplyDeleterajin jugak la MY dana ni memang takde langsung... ilek kemalasan yg tebal... elok je nampak lepak bakar tu cuma terlbh bkr sikit kot, kdg pertama kali bakar mmg gtu
ReplyDeleteTeringat kuih semperit akak opis lama jual.. Sedapnya... Lagi2 semprit kelapa... Linda buat cornflakes je.. Malas nk buat yg lain2... Tp, tulah.. Pun tak mula buat lagi... Ya Allah.. Mana pergi mood nie
ReplyDeleteBiskut ni paling payah nak jumpa yang sedap. Selalu beli keras kalau baling kat kepala biol sekejap. 😅
ReplyDeleteCantik kejadiannya, jangan suruh akak buat..memang x jadi la nanti
ReplyDelete