Semalam Mama Yan sempatkan diri untuk menghadiri Jamuan Hari Raya dan Slot Perbincangan RPI (Rancangan Pendidikan Individu) untuk murid berkeperluan khas.
Ni kelas Mijan.
Tapi dh ketepikan meja untuk buat sambutan hari raya.
Ada lebih kurang 13 orang pelajar tahap satu.
Banyak juga juadah yang disediakan.
Tapi MY datang melenggang tak bawa apa apa juadah pun.
Hihihi… buruk perangai ek.
Mijan makan apa masa jamuan?
Mijan makan donat coklat aje.
Lima ketul okayyy..
Sedap sangat la tu agaknya..
Makanan lain lngsung tak usik.
Mama Yan makan nasi impit + sambal kacang + sambal goreng jawa…
Sedap bangat sambal goreng tu,
Rasa nak tambah je buat jambal,
Tapi segan pulak.
Dah la datang lenggang kangkung,
Makan nak menambah pulak..
Hahaha…
Mama Yan tak ambil gambar juadah juadah tu semua sebab taknak kerjaya MY sebagai blogger terdedah…
Kahkahkah…
Sebelum bermulanya jamuan,
Ada la sesi briefing dari guru penyelaras kelas PPK ni,
Kemudian ada juga slot perbincangan untuk setiap pelajar,
Cuma sebab kesuntukan waktu,
Pelajar pula ramai,
Perbincangan dibuat secara ringkas sahaja.
Untuk Mijan,
Cikgu masih fokus untuk pengurusan diri terlebih dahulu.
Alhamdulillah..
Mijan dah lama sangat tak tantrum macam umur dia lima tahun dulu,
Kiranya, sekarang dia lebih bijak mengawal emosi,
Dah mula boleh toleransi dengan keadaan baru,
Panas ke…
Lapar ke…
Dah tak mengamuk dah…
Boleh bagitahu apa keadaan yang buat dia tak selesa..
Autisme memang takde ubat dan memang takkan sembuh,
Cuna Mama Yan harap Mijan boleh jaga diri sendiri aje nanti…
Semoga MY dan suami sihat sampai tua untuk jaga Mijan selagi terdaya…
Aminnn
selamat hari raya yan n fmili maaf zahir batin
ReplyDeleteAminnn...mudah-mudahan.
ReplyDeleteMasa kat kenduri SIL di Melaka ammi ada nampak mijan terbaring macam merajuk di booth aiskrim. Nak tegur tapi ammi teringat cerita blog MY...jadi kita biarkan dia "healing" cara dia.
tu kira merajuk manja manja aje lah tu...dulu dulu style hantuk kepala kat dinding, jendul macam ikan flower horn dah
DeleteAamin 🤲
ReplyDeleteAyat kerjaya sbg blogger tu win haha...
kerjaya la sangat..haha
Delete