Hari Khamis minggu lepas Mama Yan bawa Oreo pergi buat pembedahan kecil untuk proses pemandulan.
Orang sekarang sebut ‘spay’ kalau untuk kucing betina.
Oreo ni kucing betina yang Mama Yan ambil dari rumah mak abah kat Raub,
Kucing kat rumah mak abah tu dah terlampau banyak,
Naik pening Mama Yan tengok,
Tu yang Mama Yan rembat sekor yang betina,
Ingatkan lepas ambil terus nak bawa ke klinik untuk pemandulan,
Tapi, asyik bertangguh je,
Akhirnya, Oreo pun dah mula miang atau dalam bahasa pecinta kucing ‘on heat’.
Terus la laju laju ke klinik.
Malam tu bagi dia makan kenyang kenyang dulu,
Sebab nak buat prosedur pemandulan nak kena bius kucingnya,
Kucing kena berpuasa dulu supaya takde komplikasi semasa prosesur bius dijalankan.
Proses tak mengambil masa yang lama pun.
Mama Yan hantar sekitar jam 9.30 pagi dan ambil sekitar jam 1.30 petang.
Masa ambil tu,
Oreo masih mamai,
Jadi doktor nasihatkan supaya bagi dia makan jam 7 malam.
Ini untuk elakkan dia muntah atau tercekik.
Sikit dan kecil aje pun kesan luka pembedahannya.
Doktor suruh kurung dalam sangkar sekurang- kurangnya empat hari untuk proses penyembuhan,
Tapi hari ke tiga MY dah keluarkan dari sangkar,
Tak tahan dengar dia menjerit dalam sangkar tu,
Bising betul nak minta keluar.
Harga untuk prosedur spay kucing betina ni,
kat klinik yang MY hantar ni sebenarnya RM120 sahaja,
Tapi MY kena bayar RM180 pula.
Sebabnya,
Pertama, tambahan RM30 untuk kucing yang tengah miang,
Kedua, tambahan RM30 lagi untuk bius tambahan sebab bius dos biasa tak berkesan dengan dak Oreo ni.
Untuk kucing jantan MY tak perasan pula berapa RM.
Tapi biasanya,
Pemandulan kucing jantan lebih murah daripada kucing betina,
Sebulan dua ni banyak betul MY keluarkan belanja untuk anak bulus kat rumah ni,
Aigoo… dah la tak bantu buat kerja rumah,
Makanan dia kita sediakan,
Taik dia kita cedok buang,
Lagi duit klinik dia mahal dari kita…
Ni kalau tak reti reti nak doakan mama dia murah rezeki,
Memang mama letak korang semua kat pasar tau…
Kita pun bukan saja saja nak mandulkan dia sebab tak suka kucing ke apa.
Tapi mandulkan kucing ni ada banyak kebaikannya,
Lagipun, Mama Yan tak larat nak jaga banyak banyak,
Kita ni hidup berjiran,
Walaupun kita sediakan pasir, makan minum yang cukup,
Kadang kadang dia merayau juga ke rumah jiran jiran,
Cari apa pun tak tau.
kalau banyak banyak sangat memang susah la nak kawal nanti.
Lagi satu,
Bila rumah kita ada kucing betina,
Maka bertandanglah kucing kucing jantan dari segenap pelosok kampung untuk mengurat,
Siap kucing kucing jantan tu berentap pula kat laman rumah ni,
Padahal dua dua jantan tu tak laku pun sebab kucing kucing Mama Yan ni dah dimandulkan.
Antara kebaikan pemandulan kucing adalah:
- Kurangkan sifat agresif ketika miang
- Mengurangkan risiko kecederaan disebabkan pergaduhan
- Mengurangkan masalah memancut kencing dan menanda
- Mengurangkan risiko menghidapi barah
- Mengurangkan risiko nanah dalam rahim (pyometra)
- Mengurangkan populasi kucing terbiar
- Meningkatkan jangka hayat kucing antara tiga hingga lima tahun
- Kucing menjadi lebih manja dan sihat
- Mengurangkan risiko jangkitan penyakit akibat luka gigitan
- kucing tidak merayap keluar dari rumah untuk mencari pasangan
Bulan depan Ankun pula kena nak kena operasi pemandulan.
Ready Ankun..
tudiaaa kos membela kucing, nasib baik akak bela bagi makan kucing jiran je..bab memerut ke apa dia balik rumah dia..hahaha
ReplyDeleteBoleh tahan juga kosnya tu. Yeee..kalau dia tengah on heat tu bising betul. Kena tahan lah lebih kurang seminggu bunyinya. Kalau untuk kebaikan, kita teruskan je. Semoga Oreo sihat dan baik baik je.
ReplyDeleteKos membela kucing ni memang tinggi.
ReplyDeleteSebab tu dia dipanggil majikan.
PH pun asyik tertangguh nak sunatkan si Tot ni. Risaukan kesihatan dia sbb dia dah byk kali beranak dan sayangnya anak² dia semua mati :(
ReplyDeleteKami dah tak pelihara kucing tapi selalu kucing datang bertandang kencing atas kasut-kasut kami. Hadoiii!
ReplyDeleteBaru tahu kos pemandulan kucing jantan lebih murah daripada kucing betina,
ReplyDeleteBagus lah tuannya. Memang alert dengan orang sekeliling.
ReplyDelete