Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, April 24, 2024

Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

marhaban
Ahad lepas kelas Mijan datang berkunjung ke rumah untuk program marhaban Aidil Fitri.
Alhamdulillah..
Majlis berjalan lancar.

Untuk majlis tersebut Mama Yan masakkan mihun sup,
ayam goreng tepung, nasi mentega dan rendang daging.
Air pula air sirap sejuk aje.
Kami juga sediakan goodie bags dan duit raya untuk semua anak anak yang datang.
Yang tak datang pun MY kirim aje pada cikgu mereka.
Letak biskut eco shop dan air kotak dutch lady aje pun.
Yang kelakar, Mijan pun beratur nak salam dan ambil goodie bag juga dari atoknya.
Kebetulan mak mentua Mama Yan ada kat rumah sebab baru balik dari ujian mammogram di HSA.

Bersyukur sangat semuanya berjalan dengan baik.
Seronok tengok anak-anak istimewa ni seronok.
Tapi,
lepas aje anak anak semua balik,
Mama Yan dan suami dua dua selesema, sakit tekak dan batuk teruk...
kahkahkah...
Esoknya bergandingan kami berdua ke hospital check batuk ni.
Nak make sure batuk biasa je..
Takut juga kan..
Dah kita cium cium anak anak istimewa ramai ramai tu..
Buatnya Covid ke.. influenza ke... Haru oii..
satu kelas berjangkit.

Beria ia Mama Yan pegang kamera sepanjang anak anak sedang bermarhaban,
rupa-rupanya..
tak tekan butang rekod.
Sedih betul...
Semangat betul anak anak tu bermarhaban beramai ramai..
comel sangat...
Sayangnya takde video kenangan.
huhuhu..
Kecewa dengan diri sendiri sebab cuai..
hahaha...

Dah nak seminggu berlalu,
Barulah ada mood nak menulis.
Kepala dah selesa sikit.
Kalau tak,
bergegar rasa otak tiap kali batuk.
hihihih..over nau perumpamaannya ya..


 

7 comments:

  1. kat tempat wak ni baraan tak habis2 lagi

    ReplyDelete
  2. seronoknya...alhamdulillah..
    get well soon Mama Yan.. MA pun baru ok skt ni batuk2 jugak.. banyak minum ais mungkin... he he..

    ReplyDelete
  3. comelnya anak2 marhaban...aktiviti kelas Mijan ke nie?

    ReplyDelete
  4. Bagusnya cikgu² arrange aktiviti mcm ni... Mesti jadi kenangan manis utk anak² ni .

    ReplyDelete
  5. Oh ini visit ke rumah murid yg terpilih saja ya kak? Bagus juga programnya 👍. Membiasakan anak2 istimewa ini utk saling bersilaturahmi.

    ReplyDelete
  6. Mijan Mijan, ada je yang buat kelakar. Aduhaii tak tekan rekod tu memang menyedihkan. Semoga cepat sembuh dan tak berjangkit sakitnya.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Seronoknya aktiviti macam ini.. Comel je Mijan beratur sekali.. kikiki..
    Semoga diberikan kesembuhan ye MY..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad