Sabtu lepas syarikat kami bawa staf dan beberapa sub kontraktor berbuka puasa di Renaissance Johor Bahru,
Alhamdulillah,
Segalanya berjalan lancar,
Makanan banyak dan sedap sedap,
Suami Mama Yan ambil mi goreng je,
Banyak bersembang dari makan,
Lauk pauk banyak dan ada pelbagai jenis,
Ikan masak tiga rasa dia nampak menarik,
Tapi MY tak makan pun,
Ni untuk nasi kerabu punya kelengkapan,
Sarah hari tu makan nasi kerabu,
Tapi makan nasi je, letak lauk ayam goreng,
Mananya makan sayur sayur tu semua,
Dia cuma tertarik dengan warna biru nasi kerabu tu aje,
Ada booth air tangan Sheila Rusly tau,
Tapi ambil gambar aje,
Tak ambil pun cucur jagung dia,
Selain Sheila Rusli,
Ada Sharifah Shahora dan Maria Tunku Sabri juga di sana,
Pelakon yang kita tengok macam biasa biasa kat TV,
Kat luar bukan main cantik lagi,
Macam mana lah agaknya kalau yang memang cantik di TV ye…
Hari tu orang terlalu ramai sampai sesak dan beratur panjang nak ambil makanan,
Sempit dan sesak dah rupa kenduri kahwin,
Jadi nak ambil gambar makanan pun naik malas,
Lagipun Mama Yan datang berbayar,
Takdelah nak ambil gambar beria,
Bukannya datang buat food review,
Anak sulung MY si abang tak dapat join sebab dah balik asrama,
Jadinya, Mama Yan kena layan adik Mijan sebelum dia meragam,
Untuk akan datang,
Kat sini bukan pilihan Mama Yan lagi dah,
Nak datang pun dah jammed parah,
Orang lain mungkin okay sebab makanan dia banyak,
Sedap dan menarik,
Tapi bagi MamaYan,
Alahai malasnya nak beratur panjang di segenap penjuru,
Berlengas weh…
Mungkin kalau datang weekdays di minggu pertama,
Lebih selesa agaknya.
Tak sempat nak ambil gambar sebab anak anak dah mula merengek nak balik,
Backdrop cantik untuk ambil gambar pun takde,
Takpelah, kita simpan ajelah kenangan,
Lepas ni engineer di syarikat Mama Yan,
Akan mengorak langkah kerjaya ke syarikat yang lebih kukuh dan besar,
Tahniah!!
Semoga lebih suksess.
Syarikat kecil macam kami ni memang sesuai untuk belajar dan timba pengalaman,
Untuk terus berkarier di sini,
Mungkin tak sesuai la kut,
Kami tak mampu bagi jaminan kestabilan jangka panjang.
Kami sentiasa mendoakan kejayaan pekerja,
Walaupun kehilangan pekerja yang bagus,
Tapi yakinlah apa yang Allah berikan adalah yang terbaik.
Insya Allah.
Gitulah MY kan mak anak ramai kan, kene utamakan keselesaaan anak-anak dulu sebab kalau mereka meragam kita pun surrender sekali.
ReplyDeleteSedapnya =)
ReplyDeleteBanyak pilihan tu memang best. Tapi jem tu memang parah lah. Untuk pengalaman tu okaylah kan. Dapat berbuka ramai-ramai. 3 sekawan, Sheila Rusli, Sharifah Shahora & Maria Tunku Sabri selalu je kemana-mana bersama.
ReplyDeletesronok dpt berbuka puasa di hotel...byk pilihan menu buffet tu
ReplyDeleteMemang bercinta nak ke RH ni tapi bila mengenangkan makanan dia sedap² rajinkan diri jugaklah dulu. Dulu la.. skrg dorg tanak panggil kita dah, hahaha. Alahai, ruginya bos makan mee goreng aje. Apapun, semoga success utk engineer yg akan berhijrah.
ReplyDeleteWah, bestnya berbuka puasa di RH.
ReplyDeleteKalau saya tak lepas peluang, nak rasa banyak menu tapi ambil sikit-sikit jew.
Menyerlah betul warna mi goreng tu.
ReplyDelete