Menu Cadangan Hidangan Rumah Terbuka Hari Raya - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, April 17, 2024

Menu Cadangan Hidangan Rumah Terbuka Hari Raya

 


Memandangkan raya tahun ni ramai yang pokai, 
Jom kita cari alternatif hidangan rumah raya yang lebih jimat bajet dan praktikal untuk dihidangkan.
Asalkan ada hidangan untuk jamu tetamu yang berkunjung cukuplah.
Kadang tu kita bukan berniat nak buat rumah terbuka,
Tapi tiba tiba dapat panggilan orang tanya nak ke mana mana tak esok,
Kami nak datang beraya ni..
tak sedap pula kalau tak masak apa apa…
Jadinya,
Tak perlu berbelanja besar beli ayam, daging, udang, sotong bagai,
Yang simple simple pun kadang tu lebih menambat selera


1. Nasi lemak
Nasi lemak pun dah okay sangat dah.
Kalau ada bajet lebih,
Boleh la buat sambal sotong kembang, 
Rendang kerang,
Paru berlado bagai.
Tapi kalau bajet ketat,
Cukup dengan telur rebus, ikan bilis goreng, kacang tanah, timun dan sambal.

2. Mihun sup
Mak Mama Yan, memang selalu pesan suruh standby beberapa bungkus bihun kat rumah.
Mana tahu ada tetamu yang tak dijangka,
Boleh juga dikoseng koseng buat jamu tetamu.
Beli ayam sekor, cincang.
Tambah lagi sikit kaki dan leher,
Fishball atau fishcake sebungkus,
Kentang 2 butir,
Cukuplah tu buat kawan dengan mihun sup.
Sedap sangat dah tu.
Makan benda benda berkuah ni, cepat kenyang.
Hihihi…
Jangan lupa sambal kicapnya sekali,


3. Nasi putih + kurma telur + sayur kobis + sambal belacan
Kalau Hidang nasi putih pun sebenarnya okey juga
Kalau rasa lauk ikan ayam daging mahal
Hidangkan telur pun sesuai juga buatlah sambal ke kurma ke kari telur rebus ke,
Lepas tu gorengkan sayur,
rasanya sayur Kobis paling sesuai,
Sebiji kobis tu pun dah cukup satu hidangan


4. Bihun goreng + sambal telur rebus
Kalau tetamu tu datang waktu petang atau malam
 bihun goreng dengan telur rebus pun sesuai juga..


5. Mi kari
Nak buat mi kari sebenarnya belanja taklah besar sangat,
Cuma banyak kerjalah,
Nak potong itu, nak potong ini,
Kalau nak kayangan pun boleh,
ada daging, udang, lobster..
Tapi, kalau nak buat mi kari B40 pun okey juga,
Campurkan ayam bahagian tulang tulang-tulang, fishcake, fishball, tauhu, sayur Sawi, tauge sudahhh


6. Roti jala + kari
Roti jala sebenarnya modal tak besar,
Cuma waktu yang diambil untuk menjala tu yang lama,
Kari cuma beli bahagian leher, bahagian rusuk ataupun bahagian kaki,
lepas tu masukkan kentang dan carrot yang dipotong dadu.
bancuhan roti jala pun kita buat yang asas sahaja,
Tepung gandum, air, garam, perwarna kuning dan minyak masak, 
Tak payah beria nak roti jala jelita bagai,


7. Nasi putih + ikan selar goreng + sayur kobis masak lemak + sambal kentang
Raya raya ni kan.
Senak perut dengan ayam dan daging.
Kita hidang lauk ikan selar, ikan termenung atau ikan uji rasid,
Buat sayur kobis atau sawi masak lemak,
Sambal kentang + tempe.
Silap silap tak cukup nasi ni nanti,
Mahu tiga kali ulang menanak nasi nanti.


8. Nasi impit + kuah lodeh + sambal tumis ikan bilis.
Tak payah beli ketupat segera pun takpe. 
Pakai je beras tempatan kita kat rumah.

Resipi Nasi Impit.

 Bahan-bahan:
1 cawan beras
4 cawan air
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
1 helai daun pandan
Lesung batu

Cara menyediakan nasi himpit:
Masak nasi dengan nisbah beras:air bersamaan 1:4,
Campurkan sedikit  garam dan minyak masak.
Untuk keharuman semulajadi,
Masukkan sehelai dua daun pandan.
Jangan letak esen vanila pula ye, Tak kena langsung.
Apabila nasi dah kering air,
Masa panas panas tu,
Lenyek lenyekkan sedikit nasi impit.
Tapi jangan lah sampai hancur jadi mochi pula.
Lenyekkan dalam 30% aje.
Bila dilenyek,
 Dia akan melekat lebih kuat antara satu sama lain,
Sebab anak anak Mama Yan masa dorang kecil dulu,
Dorang panggil ketupat atau nasi impit ni,
Nasi bergabung.

Lepas tu, masukkan nasi panas tu dalam loyang.
Padatkan dan ratakan.
Kalau nak cantik,
Letak plastik kat atasnya.
Barulah senang diratakan.
Nila dah rata, tindihkan bahagian atas nasi tu supaya padat. 
Barulah namanya nasi himpit.

Oh ya..
Jangan buat ketupat segera guba plastik biasa ye.
Plastik biasa, kalau dipanaskan, zarah zarah kimianya akan terurai.
Ia akan menjadi punca penyakit.
Kalu nak ketupat segera beli, 
Yang tu memang plastik gred makanan yang tahan panas.
Plastik biasa yang kita cucuk cucuk lubang taruk beras dan seal tu,
Tak elok ya untuk dipanaskan. 
Untuk bungkus makanan boleh la…

Nasi impit ni,
Buat malam sebelum tidur,
Esok pagi pagi dah cantik dah untuk dinikmati.
Masa duduk asrama sekolah dulu,
MY pernah bawa nasi impit ni ke sekolah.
Ada sorang budak Terengganu kata,
kami tak panggil nasi impit,
kami panggil nasik kapik.
MY bawa sekali dengan loyangnya dan pisau.
Sebab kalau bawa dah siap potong takut basi,
Jauhkan Raub - Kuantan zaman dulu takde highway.
Sekarang anak MY taknak bawa makanan tradisional macam ni balik hostel.
Ada ke mintak kerepek, keropok, megi, kek batik biskut meri..
tak kenyang langsung.

Ada 8 pilihan menu berat untuk dihidangkan kepada tetamu.
Lepas ni MY carikan menu pencuci mulut pula ye..
Kalau rajin lah... hahaha..
sekian, wassalam



5 comments:

  1. Kita hidang mana yang ada je lah kan ikut bajet. Dah ada senarai ni boleh lah kira kira mana yang sesuai.

    ReplyDelete
  2. Betul², menjamu ikut kemampuan.
    Nanti nak try buat sendiri nasi impit ikut style MY ni. Dok beli yg segera je selalunya...

    ReplyDelete
  3. Menyediakan hidangan mengikut kemampuan tuan rumah bukan ikut sedap tekak pengunjung hahahahaa.. Kalau saya buat rendang 4 5kilo daging.. pastu frozen pack saiz utk sekali hidang.. hihii.. senang ada tetamu kita panas kan semula :D

    ReplyDelete
  4. Setuju kak. Karena semua itu tergantung tuan rumah punya budget , tak mungkin kita paksakan dengan kehendak tamu kan. Saya sendiri biasa pesan, atau bahkan bawa tamu makan di restoran 😄

    ReplyDelete
  5. mcm Ibu MA ..musim2 raya ni memang dia standby je bahan2 utk mee goreng ..so bila ada yg dtg mengejut, leh la goreng mee... kalau ada yg inform awal..boleh la kuar beli apa yg patut kan....

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad