Potluck paksa - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, April 17, 2024

Potluck paksa


 
Haa… dah disiapkan jadual nak kena bawa masa jamuan nanti,
Tak payah pening kepala lagi dah nak fikir,
Anak Mama Yan dua duanya darjah empat,
Jadi mama Yan bawa roti jala sahaja, mana nak cari satay,
Pagi-pagi lagi dah kena menjala lah nampaknya,
Sebab nanti kalau lewat-lewat tak sempat pula nak ambil Mizan balik sekolah,

Cuma MY tak setuju bila ayat ayat dalam surat tu,
Seolah olah memaksa semua murid membawa makanan,
Silap silap ramai yang tak datang kalau tak dapat sediakan makanan,
Patutnya cakap pelajar digalakkan,
Sekolah kena lebih bertimbang rasa kepada ibu bapa pelajar,
Janganlah membebankan ibu bapa dengan benda benda yang bukan keperluan macam ni.
Dengan sekolah baru buka,
Baru lepas raya,
Kantong masing masing kekeringan,
Eh… kena paksa bawa makanan pula…
Patutnya,
Siapa mampu bawa, silakan bawa.
Kalau tak mampu, hadirlah beraya bersama.
Tiba tiba jadi menyampah pula pada pihak sekolah yang kurang empati kepada ibu bapa pelajar.
Apo nak dikato…


6 comments:

  1. A'ah kan. Macam wajib bawa pulak. Kesian pada yang kurang berkemampuan. Mereka nak datang pun rasa bersalah. Lebih elok kiranya guna ayat yang MamaYan sebut tu.

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. digalakkan membawa makanan.. ada tahun lepas guru kelas anak darjah mmg bagus dia buat cdangan dlm group whatsapp siapa nak bawa apa.. senang nak adjust supaya tiada makanan berlebihan yg akan membazir..

    ReplyDelete
  3. Ya betul... Sebaiknya memang bukan paksaan. Tak semua orangtua mampu kan. Sekolah anak saya sampai skr belum ada meminta hal begini, mungkin Krn sekolah negeri, bukan swasta 😅. Yg swasta saya dengar ada diminta

    ReplyDelete
  4. betul tu la MY, cikgu kene lebih empati sepatutnya. Kalau jenis mak pak yang kurang berkemampuan utk sediakan mesti tak anak-anak pun tak datang kan. Udahnya bawak biskut raya je 1 balang lagi mudah MY oi... Sekolah Aiyan belum buat majlis lagi rasanya ni

    ReplyDelete
  5. zaman sekarang kesian tengok ibu bapa kena prepare untuk aktiviti sekolah macam ni. kita dulu relaks je bila ada jamuan pakat kumpul duit order sekelas. menu tambahan pula ikut kemampuan masing-masing. zaman dah banyak berubah.

    ReplyDelete
  6. betul..ayat tu mcm memaksa. mcm x sesuai sgt kannn..suppose "digalakkan" atau "dialu-alukan" lebih sesuai la kan?

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad