Kadang-kadang tu jemu juga hari-hari lauk ayam goreng,
Jadi hari ini Mama Yan masak Ayam Masak Lemak,
Tapi lauk macam ni ayahnya pula yang yang tak berapa suka,
Orang Jawa tak suka pakai santan diorang banyak pakai kelapa parut je,
Kuih-kuih banyak yang letak kelapa parut,
lempeng kelapa, jemput kelapa, serundeng kelapa, lepat pun taruk kelapa, urap ada kelapa,
Tapi lauk pauk bersantan macam ni, kurang pula masak.
Resepi Ayam Masak Lemak Ketumbar
1/2 ekor ayam, potong kecil
2 biji ubi kentang - potong 4 setiap sebiji
1 sudu penuh ketumbar - kisar
2 inci kunyit hidup - kisar
1 batang serai - titik dan simpul
1 keping asam gelugor
1 sudu penuh ketumbar - kisar
2 inci kunyit hidup - kisar
1 batang serai - titik dan simpul
1 keping asam gelugor
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
garam secukup rasa
garam secukup rasa
2 ulas bawang merah kecil - kisar
1 ulas bawang putih - kisar
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Penyediaan:
1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, kunyit dan ketumbar.
1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, kunyit dan ketumbar.
2. Panaskan minyak dalam periuk.
3. Masukkan bahan kisar dan serai.
4. Tumis sehingga garing
5. Masukkan santan cair, kentang dan ayam dan masakkan sehingga ayam masak.
Biasanya kalau kentang belah empat, waktu empuk dia sama dengan ayam masak.
Kalau kentang potong kecil sangat,
kentang dan lenyek, ayam belum masak.
6. Apabila ayam dah masak, kentang empuk, masukkan asam gelugur
7. Akhir sekali masukkan pula santan pekat.
tunggu sehingga kuahnya mendidih,
Boleh matikan api.
Kalau di Pahang semuanya lebur sahaja masuk dalam periuk,
tak ada tumis tumis,
tapi sebab suami dah biasa masakan bertumis,
Mama Yan pun tumiskanlah juga,
Oh ya.. kalau masakan asli Melayu negeri Pahang,
Kami tak letak bawang putih, bawang merah tau.
Masak lemak cuma ada cili padi, garam dan kunyit sahaja sebagai bumbu tumbuk.
MY masak ni tak guna cili padi,
Jadi MY gantikan dengan ketumbar.
Biasanya,
Mak MY masak lemak,
Tak ada pakai santan cair santan pekat,
Satu kali saja semuanya,
Family mentua asingkan santan cair masuk dulu,
Bila ayam dah masak,
Baru masukkan santan pekatnya pula,
Bila santan pekat dah didih terus matikan api.
Kalau nak pakai santan kotak pun boleh juga.
Masukkan setengah kotak santan dengan satu cawan air dulu.
Kemudian, bila ayam dah empuk...
Barulah masuk habis semua baki santan dalam kotak.
Alahai gambar kelabu asap pula sebab ada wap,
Gambar selepas dihidangkan tak ada sebab,
Bila dah lapar semua benda lupa,
Nampak kuning pekat kann..
Ha.. itu hasil kunyit tanam tepi rumah.
nampak sedap juga menu masak lemak sis, nanti rajin bolehlah kita mencuba..hehe
ReplyDeleteKalau di Segamat pun masak lemak cili api guna cili api, kunyit, garam dan santan pun satukan je. Lain orang lain caranya gitu kan. Tapi tak pernah lagi masak tambah ketumbar. Nanti² boleh lah tambah, cuba rasa macamana kan.
ReplyDeleteDana jawa jugak tapi orite je lemak cili api.... atau msk lemak lain MY. Mungkin jawa belah lain, lain gaya kot kan
ReplyDeleteanak2 MA suka makan pedas2.. but leh je cuba sesekali ni.. tq for sharing!
ReplyDeleteIniii samaaa kayak suami saya kak 🤣. Dia orang Jawa Solo. Terbiasa makan yg bening2. Sop bening, soto bening tak pakai santan. sementara saya orang Batak Sumatera. Yg mana kalau sumatera makanannya santaaan semua 😅. Dan banyak rempah2 pula.
ReplyDeleteJadi saya yg banyak mengalah. Terbiasa makan yg bening2. Tapi memang lebih sehat juga kan, jadi okelah 😄.