Sibuk betul MY sepanjang dua minggu ni dengan persiapan memyambut hari raya dan beraya,
Sampai tak sempat nak update blog dan blogwalking,
Dah la keadaan kesihatan kurang mengizinkan,
Tiba tiba pula MY diserang gastrik pada minggu akhir berpuasa,
Padahal, sepanjang tiga minggu sebelum tu sihat dan kuat menjalani ibadah puasa,
Muntah berkali kali sampai takde apa dah yang nak dimuntahkan,
Buka puasa juga akhirnya sebelum terdehidrasi.
Antara aktiviti yang MY buat sampai rasa busy sangat tu,
1. Alter baju Melayu Mijan. Sebenarnya baju tu beli tahun lepas, tapi lehernya besar sangat. So, last year tak jadi pakai. MY beli lain tahun lepas. Tahun ni, masih besar lagi rupanya baju tu. MY kena tetas senula bahagian depan baju untuk kecilkan bahagian leher. Settle bahagian baju, sekali nak pakai pagi raya tu, seluarnya besar sangat pulak. MY ingatkan seluar takde masalah… meragam taknak pakai baju tu sebab seluar dia besar sikit, terpaksala pakai baju tahun lepas.
2. Buat kuih raya. Beria nak buat samperit, tapi tak cantik pula bentuknya. Terus patah selera nak buat dah. Jadinya MY buat coklat ketupat aje.
Eh tu aje ke yang MY buat? Tapi apasal rasa macam busy tak cukup 24 jam sehari ? Hahaha… rasa cepat sungguh masa berlalu, tahu tahu dah nak raya… sedar sedar dah habis pun raya…
Walaupun berbaju raya tahun lepas,
Tapi Mijan tetap gembira mentunafotokan ayah dan Sarah yang sedang bermaafan
MY menulis guna handphone aje ni. Layan perasaan sebelum tidur. Esok dah nak balik ke Johor semula. Kena keluar awal awal pagi ni esok. Kejap je rasanya dapat beraya di kampung halaman sendiri. Kalau raya rumah mentua, rasa panjang betul masa… hahaha…dasar menantu hantu.
Okaylah… dah mengantuk. Esok nak balik awal dan kena bangun awal. Bye semua… selamat hari raya aidil fitri kepada semua pembaca yang dihormati. Mohon maaf zahir dan batin sekiranya ada terkasar bahasa, terperli, terumpat, termarah ataupun tersindir sepanjang MY menulis dalam blog ini. Semoga aidil fitri tahun ini memberi seribu rahmat kepada kita semua.. Insya Allah..
Selamat Hari Raya KakYan & Keluarga.
ReplyDeleteMaaf Zahir & Batin.
Mijan, dia memang enjoy je kan. Tak kisahlah baju raya lama sekalipun. Seronok betul dia ambil gambar tu. Busy betul tu banyak keje nak diuruskan. Bulan puasa ni kalau sakit agak tak tahan sikit waktu siang tu kan. Saya kena 2 minggu lebih awal puasa tu. Jauh perjalanan tu, kena awal gerak kalau tidak kena hadap jem sana sini.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin! ❤️ Semoga berbahagia di hari raya 👍
ReplyDeleteSelamat Hari Raya
ReplyDeleteMaaf Zahir & Batin 🌹
Takpa la janji Mijan happy :)
selamat hari raya, maaf zahir batin MY
ReplyDeleteselamat hari raya utk Yan sefamily
ReplyDeleteSelamat idul Fitri kak yan 🤗. Minal Aidin wal Faizin, saya juga mohon maaf untuk salah2 kata dalam berkomentar yaaa.
ReplyDeleteTerkadang memang begitu kak, rasanya tak cukup waktu, tapi saat dipikir apa yg sudah dibuat, macam tak banyak 😄. Saya seriiing sangat rasa seperti itu 😅