1 Kebaikan Kakak Ipar - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, May 10, 2024

1 Kebaikan Kakak Ipar

Macam ramai pula yang share gambar ni kat Facebook.
MY pun ambillah la bawa masuk blog buat konten kan..

Suami ada 5 orang kakak,
dan MY sendiri ada 3 orang abang.
Tapi dua daripada tiga orang abang MY dah meninggal.
Jadi sorang ajelah kakak ipar dari keluarga MY.
eh.. itupun diorang dah divorce.
Walaupun macam manapun,
Yang berpisah tu diorang laki bini,
Kak Long masih lagi menantu mak dan abah.
Takde kira bekas menantu.
Menantu dah jadi mahram kepada mak abah.
Jadi, hubungan kami pun baik baik aje.
Sama macam dulu juga.
Tak berapa rapat sebab jarang jumpa.
Tapi bila jumpa kami okay je.

Kakak kakak suami pula,
Kalau nak suruh sebut satu aje kebaikan memang tak patut.
Sebab dorang semuanya baik baik belaka.
MY sayang dan hormat pada mereka semua.
Tak pernah mengumpat mengata sesama sendiri.
Fitnah sesama sendiri.
Kalau kutuk mengutuk tu,
Memang secara berdepan dan dipenuhi gelak ketawa aje.
Adalah juga yang over sensitif tak boleh bawa bergurau,
tapi dengan MY dia okay je,
Sebab kita pun adik ipar je,
Takde lah nak bergurau sampai orang tu kecil hati.
Diorang merajuk sesama sendiri,
biau lantak diorang lah...hahaha...

Salah sorang kakak ipar MY, 
duduk lama dengan MY tolong jaga anak anak.
8 tahun rasanya duduk dengan MY suami isteri dan anak anak.
Terpaksa balik kampung bila Mak mentua MY kena kanser.
Memandangkan dia sorang yang belum berkeluarga,
Memang dialah yang kena jaga mak.
Yang lain kena jaga suami.

Salah seorang kakak ipar MY yang dah meninggal akibat kanser payudara,
pun baik sangat sangat.
Sebab arwah baik sangat,
MY layan anak anak dia dengan baik sebab kenangkan arwah ibu dia yang baik dengan MY.

dan yang lain lain pun semua kira baiklah.
Ajar masak,
Kalau datang tu,
siap bungkuskan makanan macam macam.

Kakak yang duduk Labis tu,
Masa anak MY yang nombor satu dua tu kecik kecik,
Bila balik kampung selalu je ajak singgah Labis,
minta teh o dengan cicah biskut,
Padahal kat rumah dia tak pandang pun biskut dengan teh o mak dia,
Kat rumah makcik dia yang tu,
kemain lagi..
Macam taknak balik gaya mengeteh...

Tu kakak ipar,
abang ipar pun baik baik juga...
Isteri abang ipar, biras Mama Yan pun baik juga semuanya.
kami semua takde masalah.
Kadang kadang dalam hubungan keluarga ni,
Yang penting jangan ada iri hati.
Lepas tu, jaga mulut.
Jangan mengata dan mengadu domba sangat.

Kalau orang kata,
entah entah baik kat depan je,
Ket belakang mengata.
Apa saja yang orang lakukan belakang kita,
Itu bukan urusan kita lagi dah.
Allah juga yang Maha Mengetahui.
Tak payah nak fikir sangat apa yang kita tak tahu.
Doa yang baik baik sahaja.
Mudah mudahan segala yang baik itu milik kita.
Insya-Allah..


 

3 comments:

  1. Alhamdulillah
    punya saudara yang baik

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...dikelilingi ipar duai yang baik baik. Satu rezeki yang kita perlu syukuri.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, kakak ipar saya pun semua baik...pendek kata, family sebelah suami, semuanya baik2..syukur ya Allah..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad