Cerita bergambar - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, May 28, 2024

Cerita bergambar

sekadar coretan kenangan.
Ada banyak benda nak tulis sebenarnya,
Tapi mood mengarang tu tak kunjung tiba.
maka berlapuklah beberapa draft entry dalam folder.
Ni pun hanya beberapa keping gambar dan sebaris dua ayat aje yang mampu dicoretkan.

kucing tortoise
Inilah kerja Ankun dan Oreo kat rumah ni.
Mengerjakan pasu bunga mama dan ayah.
Habis dibuat tempat berkubang.
Dilarang dimarah pun,
Kejap nanti dia ulang balik.


shopping list
Hari tu MY pergi Maslee,
Top up barang dapur sikit.
Dari rumah kemain duk ulang sebut nak beli telur dan ubi kentang.
Sebab tu yang dah habis kat rumah...
Yihh...
yang disebut sebut itulah yang tiada dalam troli ni.
MY ambil gambar ni sebab suami whatsapp tanya tengah buat apa..
Tu yang MY ambil gambar troli bagi suami.
Balik rumah rasa geram kemain...
sebab pergi kedai nak beli barang yang habis,
tapi sampai kedai,
benda lain yang dibeli.


1981
Tahun ni MY dah berusia 43 tahun.
MY dah malas nak bicara kenapa mengapa tentang orang..
Biarlah..
Jalankan tanggungjawab wajib aje...
Taknak berlebih-lebihan lagi dah..


benang sulam
Akhirnya...
Selepas bertahun tahun membeli satu kotak benang sulam.
MY buka juga kotak benang ni dan lihat benang benangnya.
Bukan untuk menyulam,
tapi untuk kelim kaki dan lengan baju Melayu Aril dan Ucid.
Nak pakai sikit je,
malas nak pergi beli benang lain.
Benang sulam pun boleh la.
Janji melekat elok dan kemas kelimnya.
Masa raya hari tu,
terlupa nak kelim.
Ni bila diorang pakai bawak solat Jumaat,
bukan main labuh seluar bajunya..
Dah rupa pinjam baju ayah dah..


Sempat menghadiri majlis doa selamat di rumah salah seorang pegawai di pejabat kontraktor utama.
Beliau akan berangkat mengerjakan haji tak lama lagi.
Semoga memperoleh haji yang mabrur dan dipermudahkan oleh Allah segala urusan berkaitan ibadahnya nanti.
MY makan bihun goreng dan buah tembikai aje.
Suami makan nasi dan lauk pauk penuh pinggan sebab dia belum sarapan.

Okay sampai sini dulu kisahnya..
Cukuplah buat ada ada...





 

4 comments:

  1. Comelnya si bulus tu, tak sampai hati nak marah ahak!
    Memang geramnya lahai kalau terlupa beli barang yg diperlukan tu

    ReplyDelete
  2. alolo omey nya ankun dan oreo tu... :)

    ReplyDelete
  3. Mana bisa kita marah dengan makhluk bermata bulat tak bersalah kan 😂😂😂. Apalagi kalo dah belai bukunya, LGS lenyap kemarahan hahahaha

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad