Sesetengah blog ada niche yang tersendiri..
Tapi sesetengah blog..
Macam Mama Yan lah..
blog syok sendiri..
hihihi...
I am okay...
Kalau dapat jana duit..
MY anggap sebagai bonus.
Tapi MY akan terus menulis selagi ada mood untuk menulis.
Kalau waktu takde mood,
Memang takde la tulis apa apa.
Hasil penulisan orang kan ikut kepakarannya.
Macam Mama Yan yang takde kepakaran ni,
tulis ajelah tentang gaya hidup.
Masak apa hari ini?
anak buat apa hari ini?
Beli apa di Shopee hari ini?
Kucing buat hal apa hari ini?
itu ajelah kan,..
Jangan suruh MY tulis pasal construction sangat..
Dah lama tak turun site
Dah lama tak pegang lukisan,
Dah lama tak taking off (mengira kuantiti dan harga kerja),
Aje runtuh bangunan korang kang kalau ikut ajaran sesat MY.
Sesekali MY masih lagi menerima PM dan DM bertanya tentang pengiraan dalam pembinaan.
Tapi maaf lah...
MY dah banyak tertinggal dan dah tak up to date dengan harga harga bahan dan kerja binaan.
Harga roti canai pun dah berubah,
Harga besi, batu dan kayu mestilah turut berubah.
Dan pastilah perubahan trend menaik.
Takde nya harga barang makin turun.
Yang menurun tu hujan aje.
Jomlah teman temankan Mama Yan di alam blogging ni,
Dah tak keluar bekerja kan,..
Selain keluarga,
Makcik van sekolah,
ibu ibu yang jemput anak balik sekolah,
kawan kawan di atas talian ni lah yang menceriakan hari hari MY.
Hari tu MY masak daging,
Resepi main campak campak sesuka hati je..
Lepas ni bila nak karang semula masuk dalam blog,
Mulalah stuck sebab tak ingat bahan bahan.
Lain kali, kena ambil gambar bahan bahan,
Senang sikit nak tulis.. kann...
RESEPI DAGING MASAK MANIS
Bahan-bahan:
500 gram - 600 gram daging - rebus empuk dan hiris
1 cawan air rebusan daging.
1 biji bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
1 helai daun limau purut
1 batang serai - titik
1 sudu cili kisar
2 biji tomato
Beberapa potong nanas
2 sudu besar sos tomato
2 sudu sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Menyediakan:
Panaskan minyak.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar.
Masukkan juga serai dan daun limau purut.
Apabila bahan kisar sudah naik bau wangi, masukkan cili kering kisar.
Masak sehingga cili kering garing.
Lihat jika ada genangan minyak di atas permukaan cili kering, jika minyak dah timbul, tu maknanya cili kering dah masak elok.
Kemudian, masukkan daging yang telah direbus bersama 1 cawan air rebusan daging.
Masak sehingga kuah menjadi pekat.
Kemudian masukkan sos tomato, sos tiram, garam dan gula.
kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan tomato dan nanas.
Kalau takde nanas, tak payah letak.
MY letak nanas sebab ada nanas dalam peti ais.
Kacau kacau kejap.
Dah siap
Alhamdulillah...
Ni first time MY masak lauk daging masam manis ni.
Eh.. boleh tahan gak rasa dia.
Sila cuba okay!
sedapnyaaa...x pernah masak macam ni...nanti nak cuba la...terima kasih share resepi...
ReplyDeleteSedapnya..tak tahu pulak adaa menu ni ek..Unik! Takpela kak..at least berupdate blog Dari saya..Lamberttt jugak mood skrg..Hahaha
ReplyDeletemenu daging tk pernh lg masak masam manis...slalunya goreng kunyit or masak kicap
ReplyDeletesetuju.. MA pun menulis ikut suka jer, dpt income or job tu kira rezeki & bonus la kan...
ReplyDeleteok je..share resepi, leh gak kasi idea pd kengkawan kan.. i like!!
resepi ni.. x pernah terfikir leh masak ngan daging kan..leh cuba.. tq share resepinya...
:-)
Daging tak masak ni selalunya jadi boleh try pulak ikut resipi ni.
ReplyDelete