Hari Sabtu minggu lepas suami ajak ke Pasar Jalan Bakek, Pontian.
Tapi kami keluar aje rumah,
hujan punyalah lebat.
Jadinya, semua urusan di pasar suami buat sorang-sorang.
Suami belikan ketam, udang, sotong, ikan, ayam, lamb shank dan sayur sayuran.
Banyak betul hasil tangkapannya.
Maklumlah,
maknya ada kat rumah.
Macam macam lauk dibelikan.
Mak mentua MY dijadualkan ada sesi perbincangan dengan doktor untuk lihat keputusan Mammogram bulan lepas.
Tapi, sesampainya di hospital hari Ahad tu,
Rupanya, semua pertemuan dengan doktor ditangguhkan.
Hanya pesakit kritikal sahaja yang jadualnya tidak dianjakkan.
Pihak hospital kata dah call bagitahu.
Suami kata takde,
Pesakit susah susah datang dari jauh,
Suka hati je ubah tarikh tanpa info.
Kalau MY, memang dah kena sembur dah jururawat tu.
Tapi suami MY agak cool orangnya walaupun muka dia ketat,
tapi nada suara dia masih terkawal.
Balik dari pasar, terus MY kerjakan ketam ketam tu semua.
Sebab jarang jarang masak ketam,
Gigih buka youtube cara cara bersihkan ketam.
Hahaha,..
Tak tahu mana yang nak dibuang.
Kalau tengok cerita Korea,
Macam dimasak aje ketam tu sekor gitu.
Tu yang confuse tu,
Tapi Korea tu kita jangan ikut la ek..hehehe...
Resepi Ketam Masak Lemak
Bahan-bahan:
5 ekor ketam
Sebatang serai - titik
1 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur
3 tangkai cili padi - kisar
2 tangkai lada besar hijau - kisar
1 biji bawang merah - kisar
2 inci kunyit - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara menyediakan :
1. Bersihkan ketam. Buang cengkerang, potong dua.
Bahagian hujung sepit dan duri duri pada kaki sepit dibuang.
Ketuk sedikit supaya cengkerang retak dan boleh meresap rasa kuah.
Nak makan pun senang nanti
2. Kisar bawang, cili, kunyit.
3. Panaskan minyak.
Tumiskan bahan kisar.
Masukkan sekali serai yang telah dititik dan daun limau purut.
Daun limau purut ni opsyen aje.
Takde takpe.
MY memang suka masak letak daun limau purut.
4. Masukkan santan cair selepas bahan tunisan cukup masak.
5. Masukkan ketam.
Apabila ketam sudah agak kemerahan, masukkan pula santan pekat, garam, asam gelugur.
6. sentiasa kacau bahagian atas santan supaya tidak berketul ketul.
Api pun jangan besar sangat.
7. Matikan api apabila santan sudah mendidih.
Nampak kehijaun sebab MY gunakan cili padi yang berwarna hijau sahaja
Tapi masak tak berapa pedas pun ni.
Sebab anak anak ada yang tak kuat pedas.
Lepas masak je,
Mesti lupa nak setting gambar makanan lawa lawa..
Hmm...
sendu aje lah blog aok ye Yan...
Ambik gambor pun malas..hahaha
Sedapnya ketam ni Yan. Sama la jarang2 masak ketam. Kalau saya ketamnya saya masak cili....dulu Dania tak reti makan ketam....sekarang ni alhamdulilah. Tak reti tu maksudnya tak suka makan ketam.....
ReplyDeleteNasib dah makan awal bulan hari tu...heheheh...so xde kempunan
ReplyDeleteya Allah sedapnye ketam... yumm yumm yumm
ReplyDeleteldy dulu pun siap google cara2 nak bersihkan ketam.. mula2 dlu mmg sekor2 masak.. kali kedua gigih googlekan :P..
kali ketiga dah pandai potong2 separuh.. :P..
p/s : mesti seronok kan kalau mak dtg rumah.. xpela pospond pun, sekurang2nye krn temujanji tu buat mak berada di rumah kite skrg kan.. hihihi.. (cara nk sejukkan hati spy x mrh nurse tu)
dapnya....yum yum
ReplyDeleteketam ni masak apa pun sedap!
ReplyDeleteSuami PH pernah kena juga mcm tu, nak foll up kes denggi dia. Sampai hospital nurse bgtau Doc dia cuti, so kena dtg nx week. Takde call, text or anything. Geram je...
ReplyDeletePH tunggu anak² asrama balik, nak beli ketam juga. Nampak besar² ketam, musim dia kot ...
Aduhaii...geram betul kalau jadi macam tu. Dahlah jauh kan. Sabar je lah kita.
ReplyDeleteKetam ni masak lemak memang ngam. Sodap!
Memang yaa, jadi kacau schedule kalo mereka seenaknya saja mengganti jadwal . Apalagi yg dari luar kota, jadi harus stay lebih lama.
ReplyDeleteKepiting nih saya pun tak bisa masaknya, tau cuma makan saja 🤣. Itupun kalo sedang males hancurkan cangkang dia, skip juga 😅. Jenis masakan yg enak, tapi makan mengikut mood ðŸ¤ðŸ¤£