Dulu MY cuba simpan duit kertas RM5 ,
Tinggi angan angan,
Nak pergi bercuti kat Pulau Langkawi dengan menggunakan wang tabungan.
Tapi,
Hahaha…
Tak berjaya pun.
Sebelum ni MY boleh kumpul duit kertas RM5 sebab anak bawa bekal pergi sekolah,
MY bekalkan makanan dan bagi mereka RM 2 / RM3 sehari.
Jadi duit kertas hijau tak digunakan.
Lepas tu,
MY tengok anak MY yang nombor satu dan nombor dua tu tak reti membeli di kedai,
Sebab tak pernah belajar membeli di kantin,
Takde kayakinan nak order makanan di kedai atau restoran,
Nak suruh dia order apa apa di kedai,
Jadi takut takut,
Nak berbelanja pun takut,
Masuk seven eleven pun takut,
Lepas tu,
Habis je PKP,
Kantin buka, terus MY tak bawakan bekal makanan lagi,
Bawakan botol air aje.
Makanan kena beli sendiri.
Belajar berbelanja.
Makanya dari sehari ke sehari,
Makin surut la tabungan RM5 Mama Yan tu.
Anak MY kan ada 5 orang yang bersekolah.
Sehari RM6 untuk seorang.
MY akan bagi duit kertas sekeping duit RM5 dan sekeping duit RM1.
Sehari dah 5 keping duit hijau tu keluar.
Kalau seminggu sekolah,
Hmm… memang tinggal kenangan gagal segala impian…
Tinggal bertanya… erti bercuti…
Hahaha…
Rezeki anak² tu ... Nanti depa dah keja, depa bawa MY gi cuti² 🤗
ReplyDeleteAnak2 linda takde erti takot membeli MY... Hahaha.. Dari drjh 1 dah membeli2... Sarapan memang buat jugak, nasi lauk pun siap masak..nak bawak bekal, tapau sendiri.. Tp yg selalunya, mak dia yg bawak bekal.. Hahaha.. Mak dia yng jinat belnja..
ReplyDeleteDulu saya pernah simpan duit RM5. Lama juga menabung. Pecah tabung kira2 hampir RM800. Sudahnya half bayar utk perbaiki mesin basuh. Sekarang RM5 jadi duit poket sekolah utk 4 org anak...dan sy menabung online je sbb payah nak dapat duit tunai.
ReplyDeleteSaya masih buat, lepaslah buat duit raya, tak perlu pergi tukar duit di bank
ReplyDeleteSA pun simpan duit RM5, ada je duit baki RM5 SA akan simpan...hujung tahun kira balik..pernah cecah 600...masuk ASB terus
ReplyDeletehaha..x pe MY..tukar kaler duit lain pulak untuk tabungan...
ReplyDelete