Ada banyak perkara dalam dunia ni yag boleh dijadikan lagu. Pasal duit pun boleh jadi lagu. Sebab duit ni juga akan kemudiannya berkaitan dengan perkara lain seperti kehidupan, penindasan, hutang, judi dan lain-lain lagi.
Jom kita tengok lagu -lagu yang berkaitan dengan duit. Bosan juga kan asyik dengar lagu putus cinta aje..
1. Duit - Kumpulan Kembara
Lagu nyanyian kumpulan Kembara yang kemudiannya dinyanyikan semula oleh Hattan ni mempunyai lirik yang sangat mudah diingati. Masa kecik-kecik dulu selalu nyanyi.. Rasanya hampir semua generasi yang lahir sekitar 60-an dan 70-an tahu lagu ni. Duit memang penting untuk meneruskan hidup, tapi janganlah kita sampai jadi hamba duit sehingga setiap detik & langkah kita kaitkan dengan duit.
Tajuk : Duit
Penyanyi : Kembara
Pencipta : M. Nasir (1985)
Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit
Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Duit! Duit!
Hutangku membukit
Duit! Duit!
Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca serba duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal
Duit!
Duit Duit Duit
Duit!
Duit beli duit
Duit!
Duit Duit Duit
Duit!
Buat beli cinta
Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah
Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Duit! Duit!
Hutangku membukit
Duit! Duit!
Duit!
Duit Duit Duit
Duit!
Duit beli duit
Duit!
Duit Duit Duit
Duit!
Buat beli cinta
Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri
Duit! Duit!
Duit! Duit!
Duit! Duit!
Duit! Duit!
Duit! Duit!
2. Gila Judi - M. Daud Kilau
Lagu lama masih berbisa. Lirik yang sangat jelas dan terang menyatakan keburukan berjudi. Tak payah susah-susah nak bedah lirik. Pakau tu terup. Zaman sekarang orang dah tak main daun pakau, orang main judi atas talian. Lagi hebat kecanduan judi online ni. Sebab tak payah sorok-sorok dalam bangunan macam dulu lagi. Kat kedai mamak pun boleh berjudi. Takde yang eloknya pun tentang berjudi ni, kalau menang pun tak berkat.
Tajuk : Gila Judi
Penyanyi : Dato' M. Daud Kilau
Pencipta : M. Daud Kilau / Yusaini Amir
Banyak orang gila judi
Banyak orang gila judi
Hai judi merosak diri
Merosak diri
Banyak yang setengah mati
Akibat judi
Kalau sedang main pakau
Banyak orang naik angau
Mereka selalu risau
Selalu risau
Sama-sama jadi sasau
Hai jadi sasau
Hai satu ringgit, Dua ringgit
Tiga ringgit, Empat ringgit
Lima ringgit
Satu ringgit, Dua ringgit
Tiga ringgit, Empat ringgit
Lima ringgit, Hangus
Kalau sudah gila judi
Kalau sudah gila judi
Dia lupa anak isteri
Hai anak isteri
Dia lupa anak isteri
Hai anak isteri
Kalau kecanduan judi
Kalau kecanduan judi
Akhirnya setengah mati
Setengah mati
Akhirnya setengah mati
Setengah mati
Satu ringgit, Dua ringgit
Tiga ringgit, Empat ringgit
Lima ringgit
Satu ringgit, Dua ringgit
Lapan riggitlah, Sepuluh
Hangus
Kalau sudah gila judi
Kalau sudah gila judi
Dia lupa anak isteri
Hai anak isteri
Dia lupa anak isteri
Hai anak isteri
Kalau kecanduan judi
Kalau kecanduan judi
Akhirnya setengah mati
Setengah mati
Akhirnya setengah mati
Akibat judi
Eh tolak habuk, Jalan kaki
Gigit jari, Kalah judi
3. Raja Kertas
Masa kecil kecil dulu Mama Yan ingatkan Raja Kertas ni surat khabar.. Rupanya duit.
Tajuk: Raja Kertas
Penyanyi : XPDC
Penulis : JS Kevin
Di sana-sini beri terima
Tangan ke tangan dan beralih tuan punya
Berubah-ubah nilai berbeza
Menjadi impian setiap penggunanya
Raja kertas
Yang kaya raya senyum bibirnya
Yang tak berpunya terus menjadi merana
Tiada dia peninglah kita
Banyak sangat pun menggigit pusing kepala
Raja kertas
Raja kertas di mana-mana
Nusantara memerlunya
Raja kertas yang berkuasa
Menakluki manusia
Di sana-sini beri terima
Tangan ke tangan dan beralih tuan punya
Berubah-ubah nilai berbeza
Menjadi impian setiap penggunanya
Raja kertas
Yang kaya raya senyum bibirnya
Yang tak berpunya terus menjadi merana
Tiada dia peninglah kita
Banyak sangat pun menggigit pusing kepala
Raja kertas
Raja kertas di mana-mana
Nusantara memerlunya
Raja kertas yang berkuasa
Menakluki manusia
4. Aku & Duit - Khalifah
Yang sebenarnya MY tak pernah pun dengar lagu ni.. hahaha
Ini cerita pelik
Semua sebab duit
Hidup Tuhankan duit
Mati bawa duit
Percaya hanya fikir duit
Tiada duit hidup jadi sulit
Yang berduit hidup atas langit
Kaki langit ramai cari duit
Segala-gala duit
Tengok duit cakap duit
Dengar duit ilmu duit
Mahu duit nyawa duit kuasa duit
Hidup guna duit
Mati gunakan duit
Hey hey
Rumah setinggi langit
Tapi diam berhimpit
Ada lalang kini tumbuh kunyit
Ada bunga berbunga-bungaan
Memang susah kerja cari duit
Buat duit bersenang-senangan
Itu ini nak duit
Tidur duit bangun duit
Jalan duit duduk duit
Naik duit turun duit nak duit
Hidup guna duit
Mati gunakan duit
Dan jangan Tuhankan duit
Jaga-jaga kawan
Dan jangan rajakan duit
Ada zaman nilai bukan duit
Ada iman mahal dari duit
Itu zaman hilang nilai duit
Dinar dirham digantikan duit
Hilang kuasa duit
Sebab duit boleh sakit
Bila sakit akal sempit
Banyak duit dongak langit ke langit
Lupa jangan ada zaman
Duit akan berhamparan
Permainan anak-anak di jalanan
Dan jangan Tuhankan duit
Kawan jaga-jaga
Dan jangan rajakan duit
Teman-teman ini akhir zaman
Duit bukan yang kita banyakkan
Dunia kini milik mata jagan
Di-Tuhankan kerna kesaktian
Hati kayakan iman
Duit bukan harta bukan
Cantik bukan lawa bukan
Pandai bukan kuat bukan
Dan jangan salah Tuhan
Duit bukan Tuhan
Dan jangan miskin iman
Jaga-jaga kawan
Dan jangan duit di-Tuhankan
Kawan jaga-jaga
Dan jangan duit dirajakan
5. Hutang - Floor 88
Suami Mama Yan paling tak suka dengar lagu Floor 88 ni. Dia kata takde idea baru. Ambik sana sikit, situ sikit, sambung sambung buat lagu. Pastu ulang ulang-rangkap sama. MY enjoy aje dengar. Best apa..
Kau nak cepat kaya
Macam jual unta
Tapi kau sendiri
Malas nak usaha
Cerita sana sini
Gebang kau merata-rata
Pantang depan mata
Ada saja cerita
Tipu belit kawan
Dah macam ular sawa
Bila dah tahu kau lari berbatu macam kau nampak hantu
Nama penuh koi Azian binti Khalil. Lahir pada tahun 1981. Koi tu adalah kata ganti diri pertama ikut loghat sesetengah daerah di Pahang. Kawan-kawan selalu panggil Yan, Ayan & Mama Yan. Merupakan isteri & ibu kepada 6 orang anak.
Total Pageviews
Sosial Media
About Me
My name is Azian binti Khalil. If you are interested in collaborating with me, kindly contact by email dianafisa81[at]yahoo[dot]com Learn More →
Saya belum dengar semuanya. Jadi tadi dengar beberapa lagu yg ada link YT nya. Sukaaa beat lagu ini, semangat iramanya 😄👍
ReplyDelete