Abby Dental Clinic Skudai - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, June 10, 2024

Abby Dental Clinic Skudai

Hari Khamis lepas MY dan suami bawa Mizan pergi ke klinik gigi Abby yang terletak di Taman Universiti Skudai.
Temu janji pukul 11:00 pagi,
Kira ngam ngamlah dengan waktu ambil abang dan kakaknya balik sekolah pula,
Mama Yan suka bawa Mizan pergi klinik gigi ni sebab klinik ni mesra kanak-kanak,
Bukan sahaja doktornya yang mesra kanak-kanak,
Tapi hiasan dalam klinik tu nampak mewah dan buat pesakit rasa dihargai,
Sebenarnya dua minggu lepas dah datang untuk buat tampalan gigi,
Kemudian minggu lepas datang lagi untuk cabut gigi pula,
Biasalah.. budak budaknkecik tak boleh buat banyak banyak rawatan sekali jalan,
Nak nak yang istimewa macam Mijan ni.

Abby Dental Clinic Skudai
Ni bahagian kaunter klinik gigi

Abby Dental Clinic Skudai
Instagramable sangat interior design dia ye

Abby Dental Clinic Skudai
Ada satu ruangan bilik kaca ye untuk kanak kanak.
Ada buku buku bacaan dan mainan juga…


Abby Dental Clinic Skudai
Memang selesa sangat lah klinik ni. 

Abby Dental Clinic JB
Dentist kat sini pun memang mesra kanak kanak.
Pandai tackle anak anak.
Pernah bawa anak-anak ke klinik lain sebenarnya,
Tapi MY ada geram sikit la sebab doktor gigi tu membebel kat anak-anak,
Nada membebelnya tak mesra langsung.
Terus MY banned klinik tu,
Tak bawa dah anak anak ke situ.
Kalau orang dewasa takpe lah.
Sikap doktor tu buat budak budak trauma nak datang lagi.
Maknya pun trauma nak bawa anak lagi.
Anak anak autism pula memang sensitif dengan sentuhan dan bunyi,
Jadi doktor kena bijak ambil hati anak anak ni,
Pakaikan cermin mata hitam dan puji handsome,
Tunjukkan cermin dan gigi, 
Ajak buat hi five..
Ni siap buat sound like “hishh” bila anak bergerak gerak sikit..
Harga cabut gigi susu anak,
Alhamdulillah, kadar standard klinik gigi swasta.
Memanglah tak semurah klinik gigi kerajaan,
Tapi untuk anak anak,
InsyaAllah,
Akan diusahakan.

Kalau yang nak datang cabut gigi kat sini,
Boleh buat appointment by whatsapp dulu ya

Abby Dental Clinic
Whatsapp : 019 788 7032
68, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor, Malaysia






 

2 comments:

  1. Gi klinik gigi aunty dah kecut perut ni. Haha.....

    ReplyDelete
  2. Issh betul kak. Tak akan kita datangi lagi dokter yg menggerutu begitu. Terhadap anak2 pula. Janganlah disamakan anak2 dengan dewasa.

    Saya sukaaa Deco dentist ini ❤️❤️. Cantiik, pandai designernya menata ruangan 👍

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad