Cuti seminggu hari tu,
Kami ambil peluang untuk meluangkan masa dengan anak anak dua hari dalam kereta..
Ye dalam kereta je banyak...
hahaha..
Takpelah..
Janji dapat bersama sama kan.
Berbual bual..
bergelak ketawa..
Kami balik Raub sekejap.
Sebab kereta abah ada problem sikit.
Suami Mama Yan nak bawa ke service centre.
Kami keluar dari rumah di Pontian jam 8 pagi,
Sampai rumah cikgu Mama Yan jam 11.30 pagi.
Rumah cikgu ni terletak di Merlimau, Melaka.
Saja singgah jalan-jalan.
Kalau tak singgah macam ni,
Memang entah bila la nak sampai.
Pergi saja-saja ke Melaka memang tak mungkin.
MY minta suami ambilkan beberapa keping gambar dengan cikgu.
Tapi gambar gambar tu mata MY tertutup,
Adehhh...
geram betul dengan jurukamera MY tu.
Selalu nau ambil gambar MY mata pejam.
So letaklah gambar kandid ni..
Sampai Raub,
singgah makan di Restoran mamak yang terletak berhampiran dengan lampu isyarat masuk ke UiTM Raub.
Mama Yan makan megi goreng telur mata.
Anak anak gelakkan telur mata MY tu.
Sedihnya telur mata mama,
telur mata buta...
Nasi campurnya. lauk dah hujung hujung.
Masa kami duduk tu,
roti canai belum ada.
Suami MY pun order nasi goreng daging.
Anak anak pun order merepek repek je.
Anak MY yang nombor dua boleh pulak tanya,
Kenapa tak bagitahu je atuk kita nak balik kampung.
Nanti kan atuk masak..
Hahaha...
Anak anak...
Atuk korang tu dah tak berapa sihat dah.
Biarlah atuk rehat rehat..
Tak payah la minta dihidangkan masakan.
Kita isi perut kita kenyang kenyang..
Lepas tu,
kita tapau apa apa pula untuk atuk.
Begitulah caranya.
Bukannya kita nak balik minta atuk masak macam macam.
Kalau dua puluh tahun lepas,
Boleh la nak order masak macam macam..
Masa tu dua dua atuk masih gagah.
Restoran tu namanya Restoran Nasi Kandar Pokok Kelapa.
Sarah taknak makan apa apa..
Tapi dia minta dibungkuskan roti canai nak makan dengan atuk kat rumah nanti.
Hmm.. lain betul anak lelaki dengan anak perempuan ni ye...
Sampai sampai rumah,
abah suruh masak rendang ayam.
Hahaha...
ni abah yang rindu air tangan anak dia ni...
Malam tu,
Masa baring baring depan TV sambil berbual dengan mak MY,
Mijan pulak demam.
Panas betul badannya,
Tiba tiba je.
Padahal masa MY mandikan dia sebelum Maghrib tu,
elok aje..
Terus suami MY pergi farmasi cari ubat demam untuk Mijan.
Esoknya,
Sementara suami MY hantarkan kereta abah servis dan betulkan lampu,
MY pun kemas la rumah sikit sikit,
Tanya mak nak masakkan apa?
Mak kata tak payah masak.
Rendang ayam banyak lagi ni...
Kali ni suami tak bagi angkut barang barang dari rumah mak abah dah..
Hahaha...
Kadang tu bukan MY yang nak angkut.
Abah yang suruh bawak.
Ikut aje la kann...
Lepas tu, kami terus balik Johor semula.
Kansel la semua rancangan nak pergi taman burung KL sebab adik Mijan masih demam lagi.
Terlepek aje dalam kereta taknak makan,
minum air kotak je..
hmm.. kacauu.
Tapi abang dan kakak okay je...
Yang penting adik sihat.
Kalau demam demam tu dibawa berjalan ke Taman Burung yang luas tu,
Kang kalau makin teruk macam mana pula kann..
Selesailah percutian kami yang tak serupa bercuti ni... hahaha...
Hari ni dah mula bersekolah semuanya...
Alhamdulillah...
Percutian yg penuh bermakna ni, MY. Semoga atok² sihat² sahaja hendaknya.
ReplyDeletealhamdulillah..seronoknya jenjalan cuti sekolah ...
ReplyDeleteMaggi goreng telur mata pun sedap juga MY.....cuti2 sekolah jalan-jalan hilangkan stress sebentar.
ReplyDeleteWalaupun tak seberapa katanya, besar pahala dah tu balik jenguk mak ayah. Mudah-mudahan sihat² selalu mak ayah MY hendaknya 🤲
ReplyDeleteGitulah kalau minta para suami ambil gambar, main snap je 😅
even sekejap aje..besar jhati mak ayah tengok anak dia balik...
ReplyDeleteLancar jer perjalanan kalau kereta tak banyak
ReplyDeleteHahahahah anak saya sering juga cakap begitu. "mami, kenapa kalo Uci tanya mau dimasakin apa, mami selalu jawab ga usah. Kan adek pengen makan rendang buatan Uci" . (Uci means nenek, BHS Sibolga)
ReplyDeleteDia tak tahu masak rendang bukan gampang, apalagi kalo rendang sumatera yg sampai hitam kuahnya. Butuh lamaa masak, dan Uci mereka dah tua pun , tak mungkin saya suruh masak rendang seperti itu 😅
Memang anak2 ini, mereka anggab kakek nenek mereka masih sama kuat seperti dulu yaa 😅
Cuti tak seberapa lama, tapi tetep happy tuh kak. Yg penting dah ketemu dengan ibu ayah 🤗.