Berurut di Bakawali Spa JB - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, June 13, 2024

Berurut di Bakawali Spa JB

Agak lama juga dah Mama Yan tak berurut,
Nak pergi yang dekat dengan rumah tu,
Jadual dia asyik full aje,
Jadinya MY pun cari la kat tempat lain gunakan Facebook,
Jumpa la satu di Taman Universiti.
Ngam sangat dengan masa nak hantar Mijan cabut gigi.
MY siap urut,
Lepas tu boleh bawa Mijan cabut gigi kat Abby Dental Clinic pula.
Oh ya, Mijan Mama Yan tinggalkan dengan ayahnya di pejabat kami.

Kat Bakawali Spa ni ada banyak sangat rawatan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Ada yang pakej. 
Ada yang ala carte.
Kalau untuk body, ada service massage, ada scrub, ada body mask, ada sauna dan ada tungku serta lain lain lagi,
Untuk hand and feet, ada service scrub, manicure pedicure tu semua,
Untuk face lagilah banyak servicenya, berjenis jenis facial yang ada. 
Nak waxing pun boleh, tapi bukan brazillian wax. 
Cuma untuk atas bibir dan armpit sahaja.

Dan MY pilih rawatan yang ni.
Body massage + eye treatment.
Harga RM99 untuk 70 minit punya servis urutan,
Kira okay juga lah urutannya,
Mungkin kalau ada masa nanti nak repeat lagi.
Tapi nanti nak minta dia kurangkan tarik tarik rambut, 
Sakit kepala MY… hahaha
Masa tu rasa sedap..
Bila balik rumah..
Adehh, perit rasa kulit kepala.

Ni gambar dalam bilik tempat massage tu, sempat ambil sekeping gambar aje.
Lepas siap massage, 
Terus MY lincah untuk hantar Mijan ke klinik gigi pula.
Sampai bawah pejabat, 
MY call suami, rupanya suami MY dah bawa Mijan ke klinik gugi dah.
Jalan kaki aje diorang dua beranak.
Ala kesiannn…

Kalau ada yang manjakan diri dengan urutan,
Meh la datang sini,
Nanti MY nak datang lagi ambil pakej best best sikit. Hahaha…

Bakawali SPA

No. 9G, Jalan Pendidikan 8, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

018-230 5957

https://goo.gl/maps/jAD6QhMa7dtXJa7s8

2 comments:

  1. mmg syok dpt manjakan diri....start pertengahan thn lps mmg plan nk manjakan diri stiap bln tp tu pun kalau tk bz

    ReplyDelete
  2. Uishhhh..best nih..Dah lama x gi spa =)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad