Family Outing - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, June 8, 2024

Family Outing

Kisah Hari Sabtu minggu lepas,
Sabtu minggu baru berjaya tulis.
Begitulah sibuknya seorang perempuan bergelar isteri dan ibu ni ye…
Sebenarnya dari sebelum cuti sekolah bermula lagi,
Mijan dah nampak iklan Garfield the Movie merata rata,
Asyikla ajak tengok Garfield.
Kami pun janji, nak tengok Jumaat petang lepas solat Jumaat gerak.
Lepas tu tak jadi sebab semua taknak tengok.
Mijan sorang aje yang nak tengok movie.
Sarah tak kisah, dia ikut mama je.

Tapi MY kesian pula kat Mijan,
Hari Jumaat malam tu, 
masa tengah makan malam, MY cakap kat anak anak,
“Korang taknak ikut tengok sudah,
Mama bawa Mijan dengan Sarah je.
Esok ayah bawakkan”

Ehhh...dan dan pulak semua nak ikut.
Lahh pulak.
Kalau semua nak ikut pergi siangnya tu kan senang...
Ish budak budak ni.
Bila Mama Yan bebel bebel..
Dijawabnya..
Kami kan masih kecil lagi,
Belum cukup bijak untuk membuat kepuutusan..
Amboi kemain pandai tai chi yea....

Mama Yan booking tiket di TGV AEON Bukit Indah.
Tiket pukul 10.15 pagi.
Kemain awal keluar ye.
Lepas siap sarapan nasi lemak kat rumah,
terus keluar menuju ke Bukit Indah.
Sebelum ke TGV,
singgah Al Ikhsan dulu.
Kasut Aril dan Mijan dah ketat.
Kasut Aril pakej dah terkopak bawahnya.
Bukan main suka Mijan dapat kasut baru.
Dia pilih sendiri ye yang warna merah,
Nak sama macam kasut Sonic

Dapat juga akhirnya Mijan menonton Garfield The Movie.
Garfield kali ni memang kartun animasi ye..
Best juga pada MY.
Cuma kat tengah tengah tu ada la part yang bosan sikit sebab banyak cakap cakap,
Masa tu Mijan dah mula turun naik tangga dalam hall tu, 
Berjoget joget kat depan skrin,
Kemudian bila ada aksi aksi sebelum habis tu,
Baru dia duduk semula kat kerusi dia, 
Mula teruja semula dan ketawa - ketawa,

Lepas habis tengok Garfield,
Singgah Popular Bookstore,
Memang wajib singgah kedai buku ya kalau outing dengan anak dara MY ni,
Kalau tak nanti,
Memang sejengkal muncungnya.


Kemudian, masing masing minta isi tangki,
Kami masuk The Chicken Rice Shop,
Pernah sekali dua aje kut makan kat sini,
Itupun zaman abang dan Moq kecik kecik dulu,

Mijan dah mula bosan dan lapar,
Mujur tak buat perangai.

Punyalah lapar, sempat ambil gambar air je,
Makanan sampai terus seranggggg,
Lupa diri tu seorang blogger yang memerlukan bantuan gambar gambar untuk blognya,
Tapi tu lah,
Selalu sangat lupa nak ambil gambar… hahaha..
Alhamdulillah… 
Balik rumah dah kenyang.
Tapi suami kata,
Makanannya rasa tak sedap,
Ayam dan nasinya tawar,
Sayur style masakan cina,
Celur air panas, lepas tu tuang kicap, 
Tak resap bumbu… kihkihkih
Alaa, bukan selalu pun,
Selalu bawa makan ke KFC dan McD je sebab senang, tapi tengah boikot ni,
Kita cuba la kedai lain.

Dah settle bawa Mijan tengok Garfield,
Dalam seminggu ni,
Langsung dia takde sebut sebut Garfield lagi dah,
Tapi kalau nampak kucing oren kat mana mana,
Memang dia panggil Garfield.
Begitulah bila dah ada anak anak,
Tengok wayang pun cerita kartun aje…

Yang sebenarnya,
Abang dan Moq nak tengok Planet of the Apes,
Tapi sebab cerita tu dah lama kat wayang,
Waktu tayangan dia dah tak banyak,
Ada pukul 11 malam je,
Memang takde kerja la ayahnya nak teman,
Pukul 11 baik ayah tidur.
Dah besar kononnya,
Tak naknlayan kartun dah,
Tapi akhirnya, suara Moq yang paling kuat gelak dalam tu…haha
Okaylah.. MY nak pergi mesyuarat Agong PIBG sekolah Moq pula kejap lagi ni,
Sekian, wassalam.








 

7 comments:

  1. Assalamualaikum sis, pandai anak² ngaku tak pandai buat keputusan lagi hehe, cantik kasut merah tu. Rajin sis pergi mensyuarat PIBG, saya ambik semangat sis juga. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. Cie dari dulu suka Garfield 😬. Bila dah anak2 kurang sikit. Kalau tak dulu semua benda garfield. Hihi

    ReplyDelete
  3. Part tengah tu meleret sikit kan, tu yang anak saya tertidur haha! Tapi overall best filemnya

    ReplyDelete
  4. Banyaknya tugas seorang isteri, merangkap ibu.... tapi bab layan anak-anak tu memang respectlah kat MY.

    ReplyDelete
  5. Asalkan anak² happy mak ayah mesti bahagia kan :)

    ReplyDelete
  6. Planet of the apes ni macam banyak pulak series dia.....

    ReplyDelete
  7. Td nya saya nak ajak anak2 nonton Garfield juga, tapi suami pun tak semangat. Dia bilang rata2 film Garfield bosan alurnya. Anak2 pun JD tak semangat 😅

    Dah laaah, nunggu kartun baru despicable me nanti main , nak tengok yg itu.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad