MY dah rasmikan pakai beg tangan yang adik dan kakak MY hadiahkan,
Tapi pakai kejap je,
Dalam seminggu macam tu,
Lepas tu MY masukkan semula dalam dust bag dia.
Beg tangan ni warna cerah,
Dah melekat kekotoran sikit sikit dah.
Adoiai.. sedih tengok.
Jadinya, kita simpan untuk pakai ke majlis sekali sekala,
Tak boleh buat basahan hari hari.
Comot nanti.
Dan dengan itu,
Suami MY belikan beg tangan baru.
Jenama Esfolar.
Kami beli di Leather Avenue, Johor Premium Outlet.
First time MY dengar jenama Esfolar.. hahaha
Yelah kan..
Mama Yan ni bukan peminat mahupun pengumpul bag tangan.
Jadi memang tak tahu la pasal jenama beg tangan ni semua.
Sementara suami dalam sedang pilih barang barang dia,
MY main masuk aje mana mana kedai yang ada jual beg tangan,
Pilih dan call suami untuk datang bayarkan.
Lepas dah siap beli beg tangan Mama Yan,
Ikut suami beli baju dan kasut dia pula.
Masa kat kedai kasut tu,
MY duduk atas bangku tempat orang test kasut sambil baca buku Penulis Pelukis Jalanan tulisan Teme Abdullah,
Tiba tiba MY rasa sejuk dan berpeluh,
Jari pun mula menggigil,
Okay.. MY perlukan gula.
Terus sahaja MY keluar beli aiskrim dan duduk di bngku luar kedai aje.
Siapa kata perempuan kaki shopping?
Dalam kes kami berdua,
MY sampai rasa nak pitam tunggu suami pilih barang.. hahaha
Habis satu kon aiskrim,
Suami pun keluar dengan membimbit beg kertas berisi kasut kasut.
“Dah lapar ye? Okay, jom makan!”
Masalahnya, Mama Yan boleh aje tahan perut lapar.
Yang tak boleh tahan tu, bila paras gula dalam darah mula menurun.
Syukurlah bila turun dia ada bagi tanda- tanda,
Kalau alih alih tumbang aje.. lagi bahaya.
Beg tangan Benedetti Polo Creation yang MY beli di AEON ni sebenarnya belumlah lama sangat,
Tapi talinya dah tetas dari badan beg.
Ehh.. gigih tau MY jahit.
Akhirnya mengalah juga MY, beli ajelah yang baru.
Suami MY cakap,
“Pakai beg putus tali berjahit jahit, nanti orang kata saya yang kedekut tau”
Bini kalau nampak mewah, orang akan kata bininya yang boros.
Bini kalau selekeh, orang akan kata suaminya kedekut.
Gitu ek?
Takpe kita berlawa2 sis..Nnt kwn husband said wahhhh...bergaya wife dia =D
ReplyDeletecolor hitam hbag Esfolar tu senang nk matching kn...skali tgk ada iras hhabg LongChamp....btul tu kalau jenis cerah cpt nmpk kesan kotor...kena pakai pegi majlis tertentu
ReplyDeleteHahahah.. serba tak kena jadi isteri ni, kan.
ReplyDeleteayat last tu baru SA mention kat suami...orang lelaki memang camtu la MY...sama la suami MY ngan suami SA..itu la ayat dia..kita ni behave tak nak la boros dan x nak habiskan duit dia..sudahnya dia cakap cenggitu plak..amik bag mahal baru tau
ReplyDelete