Kerabu Umbut Kelapa - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, June 19, 2024

Kerabu Umbut Kelapa

kerabu umbut
Hari tu, MY masak kerabu umbut kelapa.
Tapi terlebih pulak kuahnya.
Sepatutnya,
kerabu tak berkuah sangat.
Tapi dah terperah santan sebiji kelapa.
Sebab pelan asal nak buat masak lemak.
Pakai ajelah semua.
Malas dah nak simpan simpan.
Tu yang terlebih sikit kuahnya.

kerabu umbut kelapa
Ni umbut dari sebatang pokok kelapa di tapak pembinaan kami.
Dah tanya tanya orang kat situ siapa nak,
takde orang heran.
Jadi suami bawa balik sebatang.

Helper MY pula tercelur daun muda sekali dengan umbut.
Hmm... hancur la bahagian daunnya tu.
Terlalu pantas buat kerja.
Tak sempat ajar,
eh.. dah siap celur...hahaha
Takpelah...
abaikan aje perkara perkara kecil yang macam lalat ni..
small matter kata orang.


RESEPI KERABU UMBUT KELAPA

500 gram umbut kelapa yang telah dicelur
5 ulas bawang merah kecil - tumbuk
2 ulas bawang merah - hiris
segenggan ikan bilis - tumbuk
1 sudu lada hitam - tumbuk
1 cawan santan pekat
3 sudu kerisek kelapa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

Mula mula, celur umbut sehingga empuk.
Apabila umbut dah empuk, angkat dan toskan.
Jangan biar berendam lama lama dalam air.

Lepas tu, perah kelapa dengan secawan air.
Ambil santan pekat sahaja dan guna air panas. 
Kacau kelapa dan air panas guna senduk dulu,
Bila dah sejuk sikit baru lah perah santannya,
Kang perah kelapa guna air panas, melecur pulak.
Kalau takde kelapa, guna santan kotak pun boleh.

Kemudian, tumbuk bawang, ikan bilis dan lada hitam,
Masukkan bahan tumbuk, bawang hiris, garam ke dalam santan.
Kacau sebati.
Masukkan pula umbutnya.
Jangan tertinggal pula masukkan kerisik.
Sebelum masukkan kerisik,
Hidu dulu bau kerisek tu,
Kut kut tengik,
Habis semangkuk umbut tengik sama.
Lepas dah kacau semua tu,
Rasa sedikit masin manisnya,

Kalau nak pedas pedas sikit, 
Boleh la potong potong cili masukkan.
Boleh juga masukkan sayur yang lain macam kacang panjang ke,
Kacang kelisa ke,
Daun selom ke, sesuai juga tu


kerabu umbut
Tapi MY panaskan juga santan dan segala bahan tumbuk tu atas dapur sekejap.
Tak berani nak bagi suami MY makan santan tak masak.
Perut dia sangat sensitif.

Makan dengan nasi panas, lawankan dengan sambal ketuk, ikan goreng sedap sangat dah.
Kena bawa beringatlah…
Badan dah makin berat.. kang makin berat kalau lupa diri bila nampak lauk pauk rare ni.

 Masa Mama Yan punya kenduri kahwin dulu,
Abah MY tebang pokok kelapa, 
Dalam sembilan batang pokok kelapa untuk buat gulai umbut ni.
Habis licin lauk umbut tak cukup.
Lauk ayam dan acar darat yang banyak lebih.
Kalau kat bandar besar kat kenduri buat kat hotel hotel,
Tak laku kut lauk sayur umbut macam ni,
Kenduri kat kampung memang style menjemput seisi keluarga.
Takde rsvp. 
Pasang je balai panjang panjang depan rumah.
Satu lauk tak cukup tu, takpelah.
Goodies bag pun tak cukup. 
Maklumla, MY kahwin masa masih belajar. 
Habis belajar baru buat kenduri kahwin.
Suami pun baru aje kerja.
Manalah kami ada duit.
Semuanya guna duit mak abah..
Simple simple aje la kendurinya.
Janji semua yang hadir dapat makan.
Takde hiasan mewah mewah,
Takde potong potong kek,
Takde tukar tukar baju,
Pelamin pun mak sedara buatkan.

Tapi takpelah.. semua tu jadi kenangan.
Cerita pasal masak umbut je..
Tapi merepek sampai ke kenduri kahwin pula ye..
Dahh... Sekian.. Wassalam







 

6 comments:

  1. Lama nya tak makan. Sedap ni.

    ReplyDelete
  2. Sedap ni...
    Kecik² dulu PH tak makan umbut kelapa ni, bila dah besar ni baru reti makan. Susah la pulak nak jumpa pun :(

    ReplyDelete
  3. Pernah jugak makan umbut kelapa ni masak lemak. Kalau kenduri kat bandar memang tak jumpa laaa...

    ReplyDelete
  4. sedapnya MY oi, payah nk jumpa umbut kelapa ni... kalau masak lemak putih pun sodap sangat

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan lagi kerabu umbut kelapa ni, kena cuba buat nanti

    ReplyDelete
  6. Umbut ini mungkin maksudnya rebung kali ya kak ? Saya lihat bentuknya macam rebung soalnya. Kalo memang betul, saya sukaaa juga ni. Mama sering buat di masak gulai pedas. Tapi tak pernah buat sendiri 😅

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad